10
“Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid
dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.”
“Sah?”
“Sah.”
“Sah.”
Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah
menjadi hak milik Emir.
Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta
pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi
cinta terakhirnya. Amin.
Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan
pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini.
Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah
dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke
Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah
kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin!
*************************************
Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan
kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan
rasa terkejutnya itu.
“Tahniah.” Ucap Hakimi dengan senyuman pahit.
Tangan dihulurkan kepada Emir.
“Thanks.” Balas Emir dan huluran Hakimi dibalas
dengan ikhlas.
“Thia, abang doakan Thia dan Emir bahagia. Dan
abang mintak maaf atas silap yang abang dah lakukan dulu. Sekarang, baru abang
sedar mana satu permata. Mana satu kaca. Abnag tak sangka Suraya sanggup fitnah
Thia.”
Sungguh dia menyesal. Saat dia terdengar perbualan
Suraya dengan seseorang mengenai Fathia tidak pernah memukulnya, jantungnya
bagaikan mahu gugur saat itu. Tapi, semuanya sudah terlambat. Sudah terlambat
untuk berbalik kepada Fathia. Wanita itu sekarang kelihatan bahagia di samping
Emir.
“Sudahlah, Hakimi. Perkara dah lepas. Saya dah
lama maafkan awak. Sekarang kita buka buku baru. Saya doakan semoga awak dapat
perempuan yang lebih baik untuk awak.” Ikhlas sekali Hakimi dengar ucapan yang
keluar dari mulut Fathia. Dia tersenyum hambar.
“Emir, kau jaga Thia baik-baik. Jangna lukakan
hati dia macam aku lakukan. Jangan buat kesilapan yang pernah aku lakukan. Aku
pergi dulu. Thia, abang pergi dulu. Asslamualaikum.” Hakimi melangkah pergi.
Tidak sanggup dia menyaksikan kebahagiaan wanita yang di cintai. Namun, apa
yang dia dapat lakukan? Terpaksa di menerima itu semua. Salah dia.
Sesaat kemudian dia berpaling dan memandang
pasangan pengantin itu dan berlalu pergi. Air mata jantannya mengalir di pipi.
**********************************
Fathia memadang pemandangan malam dari balkoni bilik pengantinnya. Cantik.
Tenang. Dia menghirup udara malam yang segar sambil memejamkan mata.
Beberapa saat kemudian, terasa pinggangnya dipeluk
dari arah belakang. Tersentak dibuatnya. Tapi hanya seketika kerana dia yakin
yang memeluknya itu adalah suaminya, Emir. Dia memalingkan sedikit wajahnya dan
menghadiahkan senyuman buat Emir.
“Sayang, buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?” Soal
Emir sambil mengeratkan lagi perlukkan di pinggang isterinya.
“Thia saja hirup udara segar. Nyaman je.” Jawab
Fathia. Sekali lagi dia mengirup udara segar sambil memejamkan matanya. Dek
rasa terkejut dengan tindakan Emir yang mencium lehernya membuatkan tindakannya
itu terhenti.
“Abang!” Jerit Fathia.
Emir hanya tergelak melihat reaksi Fathia.
Sebenarnya dia saja mahu mengusik isterinya itu. Terasa bahagia hidupnya kini.
Dilengkapi dengan seorang isteri yang sudah lama dia cintai. Membuatkan
hidupnya bertambah bermakna. Emir tersenyum bahagia.
“Sayang happy?” Soal Emir. Dia perlu mengetahui
isi hati isterinya. Mana tahu Fathia tidak bahagia berkahwin dengannya.
Dia melamar Fathia pun secara mendadak. Selepas
beberapa hari perjumpaannya dengan Fathia di KLIA, terus dia melamar Fathia
untuk jadikan isterinya. Dia takut Fathia akan terlepas sekali lagi. Dia sudah
tidak sanggup untuk menanggung sakit rindu dia terhadap Fathia. Dan selepas 2
hari, Fathia memberi kata putus dan jawapannya ialah macam sekaranglah.
“Thia happy sangat abang. Kenapa tanya macam tu?
Abang tak happy kahwin dengan Thia?” Soal Fathia kembali.
“Aikk. Abang tanya dia, dia tanya abang balik? Of
course lah abang happy, sayang. Kenapa tanya macam tu?” Tergelak Emir apabila
dia mendengar soalan yang dia tanyakan pada Fathia.
“Ishh, abnag ni. Kopi pasta soalan Thia.” Cebir
Fathia. Geram dengan sikap Emir. Dari mereka bercinta, Emir selalu suka
menyakat dia. Tidak dapat hidup agaknya kalau sehari tak menyakat dia.
“Haha. Abang gurau jelah sayang. Okey, sekarang
jawab soalan abang. Kenapa tanya abang macam tu?” Soal Emir sekali lagi.
“Yelah. Takut abang tak happy je kahwin dengan
janda. Abangkan still teruna lagi. Bukan macam Thia ni. Bekas orang.” Perlahan
saja dia menutur kata. Takut Emir memarahinya.
“Sayang. Hey. Look at me.” Emir memalingkan badan
Fathia dan memegang kedua-dua pipi Fathia. Dia mengucup dahi itu.
“Sayang. Abang tak suka tahu tak sayang cakap
macam tu. Dah takdir sayang jadi milik orang lain dulu sebelum abang. Asalkan
sekarang sayang hanya milik abang. Bukan orang lain. Abang tak nak dengar lagi
dah sayang cakap macam tu. Faham?” Tegas Emir. Fathia hanya menganggukkan
kepalanya dan menyandarkan kepalan didada bidang Emir.
“By the way, sayang. Sayang tahu ke, abang still
teruna? Entah-entah…” Sakat Emir lagi.
“Abang!! Main-mainlah dia ni.” Geram Fathia
dibuatnya. Apasal suami dia ni suka sangat menyakat dia? Haih!
“Okey. Okey.” Emir mengangkat kedua-dua tangannya
tanda menyerah. Sekali lagi tangannya memeluk pinggang isterinya dari arah
belakang.
“Sayang, bilik yang cantik dan wangi. Isteri yang
seksi dan cantik ni. Tak akan pandang je kot. Lagipun, malam ni kan malam
Jumaat. Malam sunat kan?” Bisik Emir di telinga Fathia lalu mencempung
isterinya kedalam bilik.
Terjerit Fathia dengan tindakan spontan Hakimi.
Sempat mereka berdua berdoa semoga perkahwinan
mereka diredhai oleh Allah dan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke
Jannah. Tidak ketinggalan juga semoga anak yang bakal dilahirkan nanti akan
menjadi anak yang soleh dan solehah.
***************************************
Sebaik saja tiba di rumahnya, Hakimi menuju ke
bilik tidurnya. Bilik dimana tempat dia dan Fathia beradu. Tapi, sekarang?
Hanya dia keseorangan. Sedangkan Fathia sudah berteman.
Laju kakinya melangakah ke laci dimana terletaknya
gambar Fathia dan dia bersama semasa berbulan madu di Paris beberapa tahun yang
lalu. Terduduk dia di lantai. Dia mengapai gitar ditepi katil. Gitar yang
dihadiakan oleh Fathia semasa ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Perlahan-lahan jari jemarinya memetik gitar.
Dirimu selalu
Ada di setiap jalanku
Senyumu, tawamu dan candamu
Ada di setiap jalanku
Senyumu, tawamu dan candamu
Buatku slalu mencinta
Buatku dirimu yang terbaik
Sikapmu, langkahmu sperti bintang
Yang terangi dalam sepi
Sikapmu, langkahmu sperti bintang
Yang terangi dalam sepi
Kadang cinta datang
Kadang cinta pergi
Kadang cinta tak harus memiliki
Kadang cinta pergi
Kadang cinta tak harus memiliki
Tak selamanya bahagia
Tak selamanya ceria
Kerna hidup kita
Kan terus berjalan
Tak selamanya ceria
Kerna hidup kita
Kan terus berjalan
Teresak-esak Hakimi menangis saat menyanyikan lagu
Cinta Tak Harus Memiliki. Dia reda sekiranya Fathia bukan miliknya lagi. Dia
terpaksa menerima itu semua. Dia teringat saat Fathia mendoakan semoga dia
mendapat perempuan yang lebih baik. Fathia masih mahu mendoakan dirinya setelah
dia melukakan hati bekas isterinya itu. Betapa mulianya hati wanita itu. Hanya
dia yang buta tidak tahu menghargainya. Hanya dia yang bodoh percayakan orang lain
daripada isterinya sendiri. Sekarang siapa yang menyesal?
“Perempuan yang baik untuk abang dah tak ada,
sayang. Dia dah pergi tinggalkan abang. Malah, dia dah kahwin. Dia dah bahagia
dengan suaminya. Abang doakan sayang semoga bahagia disamping Emir. Abang akan
selalu cintakan Thia.”
Dia mengucup gambar Fathia ditangannya. Sungguh
dia rindukan bekas isterinya. Namun dia sudah tidak dapat membelai wanita itu
lagi. Dia hanya dapat memandang dari jauh saja.
Masih terbayang dimatanya Fathia dan Emir berpakaian
pengantin dan tersenyum bahagia. Hancur berkecai hatinya. Wanita yang pernah
menjadi miliknya dulu sekarang telah menjadi milik kawan baiknya.
Kerana tidak sanggup menyaksikan semua itu
cepat-cepat dia meminta diri. Biarlah. Dia perlu memberi peluang untuk Fathia
bahagia. Dia perlu lepaskan Fathia pergi.
Setitik. Dua titik. Air mata jantannya kembali
jatuh. Ya Allah, aku sangat lemah. Aku tidak kuat, Ya Allah. Bantu aku Ya
Allah. Bantu hambaMu ini Ya Allah. Teresak-esak dia menangis. Sungguh dia tidak
kuat. Namun sempat dia berdoa dalam hati.
‘Abang doakan Thia bahagia dengan Emir. Abang akan
selalu doakan Thia. Abang cintakan Thia, sayang.’
TAMAT!
*Akhirnya. Tamat sudah KAU CURANG. Amacam? Nggee. Terasa nak menangis bila baca yang ni. Kesian Hakimi kan? Sob. Sob. *lap air mata* Thanks kepada yang setia dengan Sya! Love korang! Muahh! Muahhh!! :*
Memang terbaiklh cerita ni. Perempuan baik hanya utk lelaki baik. Akhirnya hakimi sedar akn kesilapnnya. Cerita yg bagus wlupn ade mula2 sakit hati
ReplyDeletenama tokoh hakimi dan emir ada yang tertukar letaknya.yang seharusnya emir jadi hakimi dan yang sepatutnya hakimi jadi emir.sempat buat bingung.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlahhh sedih lah plk dgn nasib Hakimi kesian dia
ReplyDeleteboleh tak kalau buat lagi sambungan hakimi dengan fathia balik..hahaha sedih
ReplyDeleteHappy ending and sad ending. Erghhh dahlah baru kena kes curang. Takut pulak jadi mcm tu. Haihh taknak ;'(
ReplyDeleteBro good one...email me at adamzpuvanesank@gmail... im movie director
ReplyDelete