Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 5

5 “Dear!” Adellya berpaling saat terdengar jeritan tersebut. Tersenyum dia memandang Zafran berlari anak mengejarnya. “Kenapa tak tunggu I?” “Sorry.” Kena tunggu ke? Soal batinnya. “So, lepas ni Lya, you nak ke mana?” Soal Zafran. “Hmm, I nak balik hotel. Tired.” Berada di dalam kapal terbang selam 13jam dari Malaysia ke London membuatkan dia berasa sangat letih. “Nak balik hotel? Tak nak lepak dulu? The crews nak lepak sempena sambut our new captain.” Our new captain? Bermakna Hareez. “Tak kut. Betul-betul penat. You jelah pergi. Beritahu dorang I minta maaf sangat sebab tak dapat join.” Pinta Adellya. “Are you sure? Hmm. Kalau macam tu, I pun tak joinlah. I ikut you balik hotel.” Ucap Zafran sambil berura-ura menarik luggagenya itu. “Ehh. Kenapa pulak?” Pelik Adellya dengan Zafran. “Yelah. You tak nak pergi. I pun tak naklah.” “Janganlah macam tu. Nanti apa pulak kata dorang kalau you tak pergi. I ni takpelah. Hanya stewardess. You