3
Selepas Eliya keluar dari rumah papanya, dia terus memandu Audinya dan menelefon Arshad. Tetapi, Arshad tidak menjawab panggilannya. Kemana pula lelaki itu pergi saat dia perlukan Arshad? Dek rasa geram dia membaling iPhonenye ke seat sebelah. Pedal minyak ditekan menambahkan lagi kelajuan keretanya. Air mata yang mengalir di seka dengan kasar. Satu saja tempat yang terlintas difikirannya. Kubur!
********
Elisya memandang kubur arwah mamanya. Di sinilah tempat yang dia selalu datang sekiranya dia rindukan mamanya. Walaupun mamanya sudah pergi dia tetap datang menziarahi. Dia rindukan mamanya. Kenapa cepat saja mama pergi tinggalkan dia? Sekarang papa sudah tidak sayangkan dia. Hanya tok aki yang dia ada. Arshad? Entahlah. Sudah beberapa kali dia menelefon lelaki itu tapi hampa. Selalu masuk voicemail. Kene culik ke apa mamat ni.
Huh!
"Mama, Iya rindukan mama. Rindu sangat. Papa sekarang dah tak sayangkan Iya sejak papa kahwin lain. Semua pemberian mama kasikan pada Iya papa kasi kat anak tiri dia. Hati Iya sakit sangat. Kenapa papa buat Iya macam ni?" Teresak-esak Eliya mengadu.
"Mama, kenapa mama tak bawak Iya sekali? Kenapa mama tinggalkan Iya sorang-sorang?" Sambung Eliya. Dia memandang kubur arwah mamanya.
"Mama, Iya balik dulu. Nanti Iya datang lagi. Assalamualaikum." Dia melangkah pergi. Seketika, dia berpaling. 'Iya sayangkan mama. Bila tiba masanya nanti, Iya akan menyusul mama.'
************
"Assalamualikum. Tok aki. Iya dah balik." Melangkah saja ke dalam Villa itu, dia memanggil tok akinya. Kalau papa tidak mahukan dia. Tok aki ada untuk dia. Biarlah hanya tok aki.
"Waalaikumussalam. Iya, lewat balik."
"So sorry. Lupa nak call tok aki. Kasi tahu yang Iya ke kubur arwah mama tadi." Dia memeluk tok akinya yang duduk membaca surat khabar di ruang tamu itu.
"Ohh. Tok aki dah lama tak ke sana. InsyaAllah kalau ada masa nanti tok aki nak jugak melawat kubur arwah mama kamu tu." Kata Tan Sri Irshad sambil tangannya membelai rambut cucu kesayangannya itu.
Eliya hanya mengangguk saja.
"Princess, kenapa diam je ni? Selalunya mulut kamu yang berbunyi satu rumah. Rundingan dengan papa kamu tak berhasil ke?"
Sesaat kemudian Tan Sri Irshad terdengar tangisan. Laju kepalanya menunduk melihat wajah cucunya itu.
"Hey. Kenapa menangis ni? Tok aki ada tersilap cakap ke?" Soal Tan Sri Irshad.
"Pa. Pa. Papa dah tak sayang Iya." Adu Eliya pada tok akinya.
"Hey. Kenapa cakap macam tu? Of course laa papa sayangkan Iya." Pujuk tok akinya.
"No! He doesn't love me, tok aki." Belakang tapak tangannya menyapu air matanya dengan kasar.
"He was slap me. Dia tampar Iya sebab nak bela perempuan tu." Sambubg dia lagi.
Terkejut Tan sri Irshad. Dato' Elias menampar cucunya hanya kerana mahu membela perempuan lain berbanding anak sendiri? Apa lelaki itu telah gila? Siapa darah dagingnya sekarang ini? Lelaki itu betul-betul sudah melampau.
"How dare dia tampar princess to aki." Marah Tan Sri Irshad.
"So, how about Megah Holdings? Dia still nak kasi Megah to her step daughter?" Soal dia selepas Eliya berhenti menangis.
Eliya hanya mengangguk.
"Papa still nak anak tiri dia. Iya dah tak ada gunanya lagi untuk dia. I'm nothing. Iya tak tahu kenapa papa nak sangat Julia ambik alih Megah. Padahal that girl langsung takde hubungan dngn dia." Jelas Eliya kepada tok akinya.
Agaknya papa dia dah hilang akal. Tiba-tiba saja memberi Megah Holdings itu kepada orang lain. Sepatutnya dia yang layak. Bukan Julia yang entah datang daripada mana.
"Shhh. Dah. Sebenarnya, ada hikmahnya jugak kalau papa tak kasi Megah tu kat Iya."
"What do you mean, tok aki?" Soal Eliya dengan kening kiri kanan terangkat. Hikmah apa plak ni?
"Yaa, cuba Iya fikir. Kalau papa kasi Iya jaga Megah tu, sapa plak yang nak kena jaga Cahaya Holdings?"
"Hah? Kan tok aki ada." Apa plak yang tok aki dia merepek ni?
"Iya... Kan tok aki nak Iya yang ambik alih Cahaya nanti lepas graduate. Kalau Iya ambik dua-dua, tak penat ke nanti? Biarkan aje Megah tu. Papa tau lah apa yang dia buat. Tapi, tok aki tetap nak cucu tok aki yang sorang ni ambik ganti tempat tok aki. Boleh?" Pujuk Tan Sri Irshad.
Dia tahu Eliya sayangkan Megah Holdings macam dia sayangkan dirinya sendiri. Tapi, apakan daya kalau papanya mahu begitu. Biar dia jelah yang serahkan Cahaya pada Eliya.
"Tok aki tak kisah ke Iya yang ambik alih Cahaya? Bukan tok aki dah arahkan orang lain ke?" Soal Eliya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia sudah serik.
"Memang tok aki mintak someone yang uruskan. But, bila dah jadi macam ni, tok aki ambik Iya jelah. Lagipun, tok aki tak nak lah Iya kerja kat tempat entah apa-apa. Sekarang kan susah nak cari kerja. Iya ganti tempat tok aki, okey?"
Dia menunggu jawapan daripaa cucunya itu. Kalau Eliya setuju dia hanya tinggal menelefon peguamnya untuk menguruskan segalanya saja.
Eliya memikirkan tawaran tok akinya. Betul juga kata tok aki. Nanti takdela dia susah-susah nak cari kerja lain. Lagipun tok aki dah tua. Dah tak ada siapa. Hanya dia saja.
"Kalau tok aki percayakan Iya, Iya terima tawaran tok aki tu. Tapi. Tapi, Iya perlukan someone untuk guide Iya. Iya bukannya tau sangat pasal ni semua. Nak nak uruskan syarikat gergasi tok aki tu. Huh!" Terang Eliya.
"Itu, Iya jangan bimbang. Tok aki dah ada someone yang boleh guide Iya. Nanti tok aki uruskan semuanya." Kata Tan Sri Irshad.
Dia lega apabila Eliya bersetuju untuk menguruskan Cahaya Holdings. Syarikat yang dia dan isterinya bangunkan bersama-sama. Dia tidak mahu Cahaya jatuh ke tangan orang lain. Hanya itu kenangannya bersama isterinya yang masih tinggal.
Bersambung...
Comments
Post a Comment