Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 6

Part 6 Lama juga dia berdiri di situ sampai naik lenguh kakinya itu. Dia berjalan melangkah untuk ke meja mereka. Tidak mahu membuat rakan-rakan setugas bimbang akan dirinya. Kakinya terkaku saat terpandang susuk badan tegap yang sedang bersandar di dinding dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. “You dah okay?” Soal Zafran perlahan. Saat menyedari kehadiran Adellya. Matanya tepat memandang ke dalam mata Adellya. “Maksud you?” terpingga-pingga Adellya dengan soalan Zafran. “You tak nak kongsi dengan I ke, Lya?” Keluh Zafran. “Kongsi apa?” Semakin pelik Adellya dengan soalan yang keluar dari mulut Zafran. Tup! Jangan-jangan… “Sampai bila you nak rahsiakan daripada I pasal hubungan you dengan Kapten Hareez?” Soal Zafran sedikit tegas namun tetap perlahan. “Arr.. app… apaa yang you cakapkan ni?” Soal Adelly gagap. Tak kan Zafran dah tahu? “You still nak berdalih lagi? I dah dengar semuanya tadi, Lya. About your marriage. Then, cerai