Hey. Read my next cerpen. :*
******************
1
Sepanjang hari Eliya menunggu panggilan daripada lelaki itu. Namun, hampa. Janji hanya tinggal janji. Sudah banyak kali Arshad mungkir janji dengannya. Hari tu, lelaki itu berjanji mahu keluar dengannya. Sampai ke malam dia menunggu namun, bayang-bayang lelaki itu langsung tiada. Semalam lelaki itu juga berjanji tapi hampa. Eliya mengeluh. Ke manakah lelaki itu? Sibuk sangatkah dia sampai tidak sempat menghubunginya? Sibuk sekalipun tak akan Whatsapp yang dia hantar, lelaki itu juga tidak membalasnya. Dulu, sesibuk mana pun Arshad akan membalasnya tapi sekarang?
Apa dia ada melakukan kesalahan terhadap lelaki itu? Jika ada, mengapa Arshad mendiamkan diri dan membuat dia tertunggu tunggu? Dia cuba mendail nombor Arshad namun hampa. Masuk Voicemail. Dia juga menghantar Whatsapp, namun tiada apa-apa balasan daripada si dia.
Ya. Memang sejak dua menjak ini, Arshad banyak berubah. Dia perasana akan semua itu. Dulu, mereka berdua sering makan bersama di kafeteria di kolej. Sekarang, dia makan sorang diri. Dulu, mereka sering pulang bersama. Sekarang, Arshad hanya meninggalkan pesanan memberitahu bahawa dia tidak dapat pulang bersama. Sekali lagi dia mengeluh.
Dia juga perasan Arshad banyak berubah sejak perempuan itu muncul. Julia. Adik tirinya. Selepas Julia ditukarkan ke kolej tempat dia belajar atas arahan papanya, Arshad banyak menjauhkan diri daripadanya. Dia bukan berburuk sangka. Walaupun Julia dan dia tidak sebulu. Tetapi, perasaan itu sering kali hadir apabila dia memikirkan soal itu.
**************
Selepas hampir 1 tahun mama meninggalkan dia dan papanya, papa mengambil keputusan untuk berkahwin lagi dengan seorang janda beranak satu tanpa menanyakan keputusannya.
Selepas papa berkahwin, Eliya membawa diri dan dia tinggal bersama dengan tok akinya, Tan sri Irshad. Ayah kepada mamanya. Dia pergi kerana papanya mengabaikan dirinya dan beralih kepada Julia. Papa lebih sayangkan Julia. Semua itu terbukti saat Julia merengek mahukan bilik tidurnya yang jauh lebih besar berbanding bilik yang papa telah sediakan untuk Julia. Dan papa setuju. Dan Eliya, terpaksa memindahkan semua barang-barangnya ke bilik yang sepatutnya dijadikan sebagai bilik Julia.
Bukan itu saja, Nissan Gtr miliknya yang dihadiakan oleh mama juga papa sanggup memberi kepada Julia saat gadis itu mogok tidak mahu makan kalau dia tidak mahu memberi kereta itu. Dia pula berkeras tidak mahu menyerahkan kereta itu dan dia menyuruh papa saja belikan yang baru. Tapi, Julia tidak mahu. Gadis itu tetap mahuka n keretanya. Dia dan papanya bertengkar. Dan papa sanggup memarahinya kerana gadis yang tidak mempunyai pertalian darah dengan papa.
Kerana dia tidak tahan dengan tindakan papa, dia membuat keputusan untuk tinggal dengan tok akinya. Dan papa langsung tidak menghalang. Sampai sekarang papa tidak datang untuk membawanya pulang. Tok aki pula, berang dengan tindakan papa. Kemarahan yang dulu belum reda sekarang papa menambahkan lagi kemarahan tok aki. Selepas mendapat tahu Nissan Gtrnya diambil oleh Julia, tok aki menggantikan dengan kereta Audi R8. Tok aki pernah memberitahunya, bahawa tok aki sanggup menghabiskan wang untuk Eliya. Kerana hanya dia satu-satunya cucu yang tok aki ada.
Mengenangkan semua itu membuatkan air matanya mahu mengalir. Dia tidak tahu mengapa papa lebihkan Julia sedangkan dia adalah anak kandung papa. Bukan Julia.
***********
Ketukan pada daun pintu biliknya, mwngejutkan Eliya dari kenangan pahit itu.
"Cik Iya, Tan Sri ajak Cik Iya turun makan."
Suara Mak Jah kedengaran disebalik pintunya.
"Baiklah Mak Jah. Nanti Iya turun."
*********
"Iya, semalam cakap nak keluar dengan Arshad. Kenapa sekarang masih ada dekat rumah? Tak jadi ke date kamu berdua?"
Eliya hanya mengangkat kedua-dua bahunya. Tok aki tahu hubunganya dengan Arshad kerana dia terkantoi saat dia berbual-bual ditelefon dengan Arshad. Hanya papa saja belum tahu. Dia tidak sempat mengkhabarkan berita itu kerana dia 'dihalau'.
"Kenapa princess tok aki monyok je ni? Gaduh dengan buah hati ke?" Soal Tan Sri Irshad apabila cucunya hanya mendiamkan diri.
"Hmm. Nothing. Just. Entahlah, tok aki. Arshad tu. Sejak akhir ni, busy je kerja dia. Susah sangat nak keluar bersama. Dekat kolej, langsung tak boleh nak berbual dengan dia. Call, text semua tu, dia langsung tak angkat. Tak reply." Eliya meluahkan semua kelakuan Arshad akhir-akhir ini.
"Hmm. Entah-entah, dia memang busy kot. Dia kan kena ganti tempat ayahnya selepas study nanti. Hah Iya pun tok aki ingat nak mintak Iya gantikan tepat tok aki after habia belajar nanti. Boleh?" Soal Tan Sri Irshad. Kalau cucunya tidak mahu, dia tidak akan memaksa. Dia mahu Eliya buat keputusan sendiri. Dia tahu, gadis seperti Eliya pasti mempunyai pilihan sendiri.
"I don't know. Sebab papa nak Iya gantikan tempat dia bila habis study nanti." Maklum Eliya dengan mulut yang penuh dengan makanan.
"Iya, tak elok bercakap dengan mulut penuh macam tu. Ni kalau Arshad tengok tak ke lari budak tu nanti?" Nasihat Tan Sri Irshad sambil tangannya menyapu tepi bibir cucunya yang terlekat dengan sebutir nasi. Anak dara apa lah macam ni.
Wajah Eliya semakin monyok saat tok akinya bergurau seperti itu. Dia tahu bahawa tok aki sekadar bergurau. Tapi dia tidak suka dengan gurauan sebegitu.
"Tapikan. Tak silap tok aki, semalam ada seorang kawan tok aki maklum kan pada tok aki yang, your dad nak Julia gantikan dia. Not you." Perlahan nada Tan Sri Irshad maklumkan pada cucunya. Matanya sempat mengerling wajah itu. Jelas ternyata gadis itu terkejut. Pasti beberapa saat nanti confirm ada bom yang akan meletup. One. Two. Three.
"What?!"
Bergegar meja mewah yang penuh dengan makanan itu hentakan yang dihadiakan oleh Eliya. Sampai tergolek cawan ditepinya. Kan dia dah cakap. Dia kenal cucu dia ini.
bersambung...
*So how? Sorry kalau tak best. Ngee XD enjoy it.
best sangat :)
ReplyDelete