Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 7

Part 7 Sinaran matahari di sebalik langsir membuatkan Hareez terpaksa membuka matanya. Terasa malas untuk bangun selepas seharian menerbangkan kapal terbang dari Kuala Lumpur ke London. Perlahan-lahan dia bangun melangkah. Slinding door di buka dan senaman ringan di lakukan di beranda biliknya. Udara segar London di hirup perlahan-lahan. Baru saja beberapa minggu lepas dia meninggalkan bumi London. Dan hari ini, dia di sini lagi. Melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang juruterbang. Hareez memandang ke bawah. Melihat suasana sekeliling hotel. Terdapat ramai pelancong di sekitar kolam renang yang di sediakan oleh pihak hotel. Seketika matanya terpaku pada dua susuk tubuh yang dia sangat kenal. Mata disipitkan lagi untuk mengenal pasti sama ada tekaannya benar atau salah. Ya. Tekaannya tepat. Adellya dan Zafran. Bergelak ketawa. Bergurau mesra. Tangan dikepalkan. Perasaan tidak enak hadir di dalam hati menyebabkan api kemarahan menyala. Tidak tahu kenapa dia rasa begitu.

Freedom! ;D

Hai. Assalamualaikum readers. Okay. Now, Sya daa freedom. SPM daa habis. And insyaAllah after this Sya boleh tumpukan pada this blog and the stories sementara tunggu result. Thanks kepada yang setia menanti menunggu Sya sampai sekarang. Dan baca semua karya Sya yang tak seberapa ni. And thanks jugak kepada yang daa doakan Sya berjaya. Alhamdulillah, paper semua okay. Ada yang bad ada yang not bad ada jugak yang not not not bad. Haha. By the way, really appreciate you guys. And Sya nak mintak maaf jugak sebab buat korang ternanti nantikan sambungan semua cerita ni. Sya memang takde masa langsung nak melekat depan laptop semua ni. Mom daa bagi amaran takde internet laptop semua tu haaa. So, sekarang daa boleh just tunggu masa idea datang then nanti Sya publishkan dekat sini untuk sayang sayang Sya semua ni, okay? Doakan Sya supaya dapat banyak banyak idea untuk siapkan cerita ni semua. Don't worry. Sya tak akan biarkan semua ni tergantung macam tu je. Sya pun tak suka bagi gantun

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 6

Part 6 Lama juga dia berdiri di situ sampai naik lenguh kakinya itu. Dia berjalan melangkah untuk ke meja mereka. Tidak mahu membuat rakan-rakan setugas bimbang akan dirinya. Kakinya terkaku saat terpandang susuk badan tegap yang sedang bersandar di dinding dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. “You dah okay?” Soal Zafran perlahan. Saat menyedari kehadiran Adellya. Matanya tepat memandang ke dalam mata Adellya. “Maksud you?” terpingga-pingga Adellya dengan soalan Zafran. “You tak nak kongsi dengan I ke, Lya?” Keluh Zafran. “Kongsi apa?” Semakin pelik Adellya dengan soalan yang keluar dari mulut Zafran. Tup! Jangan-jangan… “Sampai bila you nak rahsiakan daripada I pasal hubungan you dengan Kapten Hareez?” Soal Zafran sedikit tegas namun tetap perlahan. “Arr.. app… apaa yang you cakapkan ni?” Soal Adelly gagap. Tak kan Zafran dah tahu? “You still nak berdalih lagi? I dah dengar semuanya tadi, Lya. About your marriage. Then, cerai

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 5

5 “Dear!” Adellya berpaling saat terdengar jeritan tersebut. Tersenyum dia memandang Zafran berlari anak mengejarnya. “Kenapa tak tunggu I?” “Sorry.” Kena tunggu ke? Soal batinnya. “So, lepas ni Lya, you nak ke mana?” Soal Zafran. “Hmm, I nak balik hotel. Tired.” Berada di dalam kapal terbang selam 13jam dari Malaysia ke London membuatkan dia berasa sangat letih. “Nak balik hotel? Tak nak lepak dulu? The crews nak lepak sempena sambut our new captain.” Our new captain? Bermakna Hareez. “Tak kut. Betul-betul penat. You jelah pergi. Beritahu dorang I minta maaf sangat sebab tak dapat join.” Pinta Adellya. “Are you sure? Hmm. Kalau macam tu, I pun tak joinlah. I ikut you balik hotel.” Ucap Zafran sambil berura-ura menarik luggagenya itu. “Ehh. Kenapa pulak?” Pelik Adellya dengan Zafran. “Yelah. You tak nak pergi. I pun tak naklah.” “Janganlah macam tu. Nanti apa pulak kata dorang kalau you tak pergi. I ni takpelah. Hanya stewardess. You

CERPEN: Eliya Elias 6

6 Danial hanya membiarkan gadis itu menangis di seat sebelahnya itu. Biarkan gadis itu meluahkan semua perasaannya dengan menangis. Mamanya pernah memberitahu kepada dia bahawa menangis itu adalah senjata perempuan. Dan cara perempuan meluahkan perasaan mereka. Dia hanya memandu Range Rover Evogenya dengan tenang. Dia memandu tanpa arah tuju. Biarlah dia menemani gadis  itu seketika. Eliya berterus-terusan menangis. Hati dia terluka. Hati dia hancur. Hati dia berdarah. Kenapa Arshad sanggup buat dia macam ni hanya kerana betina tak guna tu? Hampir 1 jam, akhirnya Eliya berhenti menangis. Selama itu jugalah Danial mendiamkan diri dan memandu keretanya tanpa arah tuju. “Thanks.” “Huh?” “Thanks, sebab dah tolong I.” “Ohh, no problem lah. Erm, by the way, you dah okey?” Tanya Danial perlahan. “Hmm.” Eliya tidak mampu menjawab soalan Danial kerana dia sendiri tidak tahu sama ada dia dah okey atau belum. Sepi. “Err.. Who is that guy, actually? Hmm, sor

CERPEN: Eliya Elias 5

5 Arshad dan Julia berpusing memandang ke arah datangnya suara orang menjerit itu. Bulat mata Arshad saat memandang wajah jelita itu. Oh my. Eliya? Mati aku kali ni. “El.. Eliya?” Teragak-agak Arshad menyebut sebaris nama itu. Julia di sebelah hanya mempamerkan wajah selamba. Seolah-olah tidak gentar dengan kehadiran Eliya. “Err. What are you doing here?” Terketar-ketar Arshad utarakan soalan pada Eliya. Julia hanya tersenyum sinis di sebelah. Yang lain pula hanya memandang. Tidak mahu ikut campur kerana merekea kenal siapa Eliya. Eliya Elias. Anak dan cucu kepada koporat yang terkenal. Kalau berani masuk, jangan harap boleh keluar. Manager kelab itu sendiri tidak berani cari masalah dengan Eliya. Wooo, kuasa besar tu. Manakala,  Danial pula hanya memandang. Hanya menyaksikan drama itu dari jauh. Ohh, kiranya terkantoilah ni. Nice. Dia nak tengok juga macam mana gadis seksi di depannya ini, handle teman lelakinya yang curang. Kot, kot terus putus. Dia boleh masuk jarum.

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 4

Setia Itu Menyakitkan 4 Perlahan-lahan Adellya melangkah. Kenapa dia diuji sebegini? Kenapa Hareez di tempatkan dalam satu kumpulan dengan dia? Ya Allah. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Sudahlah sekarang Hareez dah tak sayangkan dia lagi. “Ehem.”  Adellya berpaling ke arah deheman orang itu. “Eh, Kap..” “Again, Lya? How many time I have to tell you?” Soal Zafran. Keluhan keluar dari mulut Adellya. “Sorry, Zaf.” “Yaa. Itu baru betul. So, you dah ready nak terbang dengan Kapten baru?” Soal Zafran. Senyuman mesra dihadiahkan kepada gadis itu. “Hmm. Kenapa dia di tempatkan dalam group kita? Kenapa bukan dengan group yang lain?:” Soalan Zafran dijawab dengan soalan. Zafran ketawa kecil mendengar soalan yang baru saja keluar dari mulut gadis jelita itu. “Dear, you dah lupa or you buat-buat lupa ni?” Adellya mengerut dahinya tanda tidak faham dengan soalan si pilot muda itu. “Dear, hari tu kan, Kapten Qairul dah informkan pada kita semua yang group

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 3

Setia Itu Menyakitkan 3 Adellya memijak anak tangga terakhir. Dia ingin cepat ke tempat kerjanya. Sudah hampir 2 minggu dia bercuti. Sekarang sampai masanya dia mulakan kerjanya. Walaupun perasaan sedih dan kecewa itu masih bersisa, dia perlu kuat dan tabah. Jika dia terus berkurung di dalam bilik itu bererti dia telah memberi peluang besar kepada perempuan yang telah membuat suaminya itu ingin meninggalkan dia. Belum sempat dia melangkah ke bilik kecil yang disediakan untuk menyimpan semua kasut, suara Puan Iman kedengaran di belakangnya. “Adel. Adel nak ke mana ni?” “Adel nak pergi kerjalah, bu.” “Kerja? Adel dah okey ke?” “InsyaAllah Adel okey, ibu. Ibu jangan risau ya? Lagipun dah 2 minggu Adel cuti. Takut tak ada sesiapa yang nak gantikan tempat Adel nanti.” “Kalau macam tu, takpelah. Erm, Adel tak nak breakfast dulu ke? Ibu ada masakkan makanan kesukaan Adel tu. Nasi Lemak dengan sambal bilis.” Dia sengaja masakkan makanan kesukaan menantunya itu. Man