8
Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia
dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas
bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah
Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi.
Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia
langsung tidak melarang.
Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya
tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah
dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu
masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia
tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati
dia.
Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu
tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau
mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi
tetap berkeras. Fathia jadi malas. Biarlah dia mahu lakukan apapun. Apa yang
pasti Fathia mahu permintaanya di tunaikan oleh Hakimi. Cerai!
____________________________________________
“Sayang, kita dah sampai ni.”
Sebaik saja Hakimi memberhentikan kereta BMWnya
disebalah Mini Cooper milik Fathia, Fathia terus keluar dari kereta. Dia tidak
mahu lama-lama bersama denagn lelaki yang sudah membunuh anaknya.
Hakimi hanya mengeluh perlahan dengan kelakuan
isterinya itu. Selama seminggu isterinya di hospital, selama itu juga dia
memujuk isterinya dengan kata-kata penyesalan dan ucapan maaf. Tapi, semuanya
sia-sia. Fathia tidak mengendahkannya. Fathia tetap mahu bercerai.
Dahlah si Emir selalu datang. Bukannya selalu
malah sepanjang Fathia disana, selama itulah dia datang. Langsing tak
menghormat pada diri dia sebagai suami Fathia. Fathia pula, menunjukkan reaksi
gembira apaibila bersama dengan Emir. Kalau hanya mereka berdua tinggal, hilang
semua senyuman, gelak ketawa milik isterinya. Hmm, dia rindukan semua tu. Tapi,
apa yang dapat dia lakukan? Fathia langsung tidak mahu bercakap dengannya.
Malah, langsung tidak mahu memandang mukanya. Begitu sekali Fathia membencinya.
____________________________________________
Fathia hanya mengerling ke arah Hakimi yang
berdiri dihadapan almari mereka. Memasukkan semua pakaian miliknya. Dari tadi
telefon lelaki itu berdering. Tapi, Hakimi hanya membiarkan. Siapa yang
menelefon dia juga tidak pasti. Dan dia tidak mahu ambil tahu. Dan dia juga
tidak mahu ambil tahu perihal lelaki itu. Biarlah lelaki itu mahu lakukan
apapun. Mahu main kayu tiga ke, empat ke malah sepuluh kayu pun dia juga tidak
kisah. Perasaan sayang dan cintanya terhadap Hakimi sudah hilang. Seperti
anaknya yang sudah pergi meninggalkannya. Sebak hati dia apabila memikirkan
bayi yang tidak sempat menjergah ke dunia ini.
Dia melekatkan tangan ke perut lepernya. Dulu,
setiap kali dia bangun tidur dan sebelum tidur, dia wajib akan membelai dan
bercakap dengan anaknya, tapi sekarang, itu semua hanya tinggal kenangan.
“Sayang, sayang nak makan sekarang?” Tanya Hakimi.
Dari tadi dia hanya memandang isterinya termenung
sambil membelai perutnya. Perasaan bersalah semakin membuak-buak dalam diri
dia.
Kenangan manis itu terbang saat pertanyaan Hakimi
kedengaran di telinganya.
“Aku tak nak makan. Aku nak berehat. Kau
keluarlah.”
Hakimi hanya memandang Fathia. Selepas kejadian
itu, Fathia asyik membahasakan ‘aku’ ‘kau. Sudah hilang ‘abang’ ‘Thia’. Fathia
masih tidak dapat maafkan dirinya?
“Thia, sampai bila kita nak macam ni?”
Sepi. Fathia memaling wajahnya ke luar balkoni
bilik mereka. Apa Hakimi masih tidak faham apa yang dia mahukan? Dia mahu
Hakimi ceraikannya. Dia sudah tiada hati untuk bersama dengan Hakimi.
“Sayang, abang tahu abang salah. Abang mintak maaf
sangat-sangat. Bukan Thia sorang yang sedih atas kehilangan anak kita. Abang
pun sama Thia. Abnag juga sedih. Dari dulu abang nak anak, tapi sekarang. Ini
semua takdir Thia. Kita kena terima.”
“Maaf?” Soal Fathia sambil gelak sinis. Dia terus
memandang wajah Hakimi dengan perasaan marah.
“Senang kan mintak maaf. Bila buat salah je,
mintak maaf. Buat salah, then mintak maaf. Seriously Hakimi, aku muak dengar
ucapan maaf yang keluar daripada mulut kau tu. Kau ingat dengan ucapan tu
semua, semuanya akan pulih? Anak aku akan kembali? No. Semua tu tak akan
berlaku. Tak akan.” Sambung Fathia. Dia memandang Hakimi dengan pandangan yang
tajam.
“Sekarang, kau buatlah apa pun yang kau nak buat,
Hakimi. Kau nak kahwin dengan perempuan tu pun aku dah tak kisah. Langsung tak.
Kalau kau nak kahwin empat terus pun, aku pun dah tak kisah. Sebab, perasaan
sayang, cinta dah hilang. Pergi bersama dengan anak aku. Apa yang tinggal dalam
diri aku untuk kau, hanya perasaan benci. Kau tahu? B.E.N.C.I!” Sembur Fathia.
“Dan aku nak kau ceraikan aku selepas aku tamat
tempoh edah aku.”
Biarlah Hakimi mahu terasa. Dia sudah tidak tahan.
Hatinya sakit. Sakit sekali. Selama ini dia bersabar demi anak yang berada
didalam perutnya. Sekarang, anaknya sudah tiada. Buat apa lagi dia bertahan?
Sudah banyak air mata dia bazirkan untuk lelaki itu. Satu pun tidak ada guna.
Sia-sia.
Hati Hakimi seperti ditusuk dengan pisau yang
tajam. Sungguh hati dia sakit saat Fathia mengucapkan kata benci padanya.
Cerai. Dia tidak mahu menceraikan Fathia. Mengapa Fathia tidak faham persaannya
kini? Dia kehilangan anak yang dia nantikan dan sekarang dia akan kehilangan
isterinya pula?
____________________________________________
Sudah 1 bulan peristiwa itu terjadi, Hakimi tetap
tidak mahu menceraikan Fathia. Dan dia juga tidak mahu memutuskan
pertunangannya dengan Suraya. Lebih mudah, dia mahu kedua-duanya sekali. Fathia
sudah memberitahu Hakimi bahawa dia tidak mahu bermadu. Begetu juga dengan
Suraya. Dia mahu Hakimi menceraikan Fathia. Tapi, Hakimi tetap dengan
keputusannya.
Lonceng kedengaran saat Fathia mahu melabuhkan
punggungnya di sofa. Malas-malas di mengangkat punggungnya untuk mendapatkan
tetamu yang datang itu.
Kakinya bergerak ke monitor kecil di tepi pintu
dan menekan butang untuk melihat siapa yang datang pada pagi-pagi macam ni. Tak
ada kerja lain ke? Huh!
Tup!
Mata Fathia membulat. Tangannya mengeletar.
Mengapa dia datang ke sini? Apa yang dia mahukan? Kalau mahukan Hakimi, lelaki
itu baru saja pergi ke kerja. Mahu berjumpa dengannya? Ohh, tolong. Dia tiada
mood untuk beramah mesra saat ini. Apatah lagi dengan tetamu yang tak di undang
ini.
Saat dia mahu memusingkan badannya untuk
menyambung rehatnya tadi terbantut saat loceng itu sekali lagi kedengaran.
Haih! Tak faham bahasa betul makhluk Allah yang satu ni. Dah tahu orang tak nak
terima tetamu, balik jelah! Huh! Omel Fathia dalam hati.
Dalam terpaksa Fathia membuka pintu. Mata
bertentang mata saat daun pintu itu terbuka luas.
“Hai.”
Ucap si tetamu. Tetapi, Fathia hanya menjeling.
Dia tidak ada masa untuk membalas sapaan perempuan itu. Meluat dia memandang
wajah pura-pura Suraya.
“Amboi! Bukan main sombong lagi kau. Hai aku
langsung tak nak balas.” Selamba saja Suraya melangah masuk ke dalam tanpa
undangan daripada tuan rumah.
Fathia hanya menahan marah. Dia perlu sabar. Dia
tidak mahu berlaku pergaduhan di antara dia dan Suraya. Takut perempuan itu
mengadu kepada Hakimi dan dia yang akan mendapat habuannya nanti. Huh!
“Eh, Hakimi mana? Aku tak nampak pun kereta dia
dalam porch.” Soal Suraya dan duduk di sofa berangkai satu itu.
“Kata tunang dia. Tak akan tu pun tak tahu?” Soal
Fathia dengan sinis. Dia memeluk badan dan memandang Suraya. Ada sesuatu yang
dia mahu tanyakan pada perempuan itu.
“Kenapa kau pandang aku macam tu? Kau tak suka aku
datang melawat kau ke?”
“Kenapa kau tipu Hakimi?”
“Aku tipu dia? Aku tipu apa?”
“Kenapa kau fitnah aku pukul kau? Aku jumpa dengan
cara baik kan? Tapi, kenapa kau fitnah aku macam tu?”
“Ohh. Yaa, hari kau datang jumpa aku tu? Yang
merayu-rayu aku tu?”
Geram Fathia melihat Suraya. Boleh minah ni buat
endah tak endah. Sebab perempuan nilah anak dia pergi.
“Su, kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?
Kenapa kau fitnah aku sampai macam tu sekali?”
“Haha. Apa salah kau? Seriously, soalan kau ni
boleh buat aku ketawa sampai pecah perut aku.” Kata Suraya dengan sinis.
Sekarang Fathia dah tahu. Buat apa dia penat-penat berlakon kan?
“Eh, salah kau sebab kau rampas Hakimi daripada
aku. Sampai aku hilang semangat untuk hidup. Sekarang, Hakimi dah kembali
kepada aku, tak akan senang-senang je aku nak lepaskan Hakimi. No. No. No.
Jangan harap aku akan mengalah. Faham?!” Suraya bangun dari sofa dan berjalan
mengelilingi Fathia.
“Su, kau sedar tak apa yang kau dah buat? Kau
dendam dengan aku kan? Dan sebab dendam kau anak aku mati. Kau tahu? Anak yang
selama ni aku dan Hakimi nantikan dah mati. Sebab dendam kau!” Tengking Fathia.
Dia sudah tidak kisah kalau dia kehilangan kawan baik. Suraya tidak layak
dijadikan sebagai kawan baik kalau macam nilah sikapnya.
“Wohoo! Sekarang kau dah pandai marahkan aku ae.
Good. Ada peningkatan. Ni, taklah selalu kau je yang kena tindas.
Congratulations.” Suraya menghadiakan tepukkan kepada Fathia. Dia juga memberi
senyuman sinis kepada Fathia.
“Eh, Suraya sebelum tangan aku naik ke muka kau,
baik kau berambus dari rumah aku! Kau berambus! Aku benci tengok muka kau.”
Halau Fathia.
“Wait, wait. Aku atau kau yang sepatutnya keluar
dari rumah ni? Cermin diri sendiri dulu. Tak lama lagi aku akan berkahwin
dengan Hakimi. Selepas kitorang berkahwin, aku akan pastikan Hakimi akan
ceraikan kau dan kau akan hidup merempat di luar sana.” Ugut Suraya.
“Ohh yaa, sebelum tu. Aku nak kasi tahu kau
something about me and your husband. Kau tahu? Kitorang sebenarnya dah
terlanjur. Disebabkan kau keguguran, Hakimi jadi tertekan dan dia cari aku. Dia
cakap dia dah tak tahan dengan kau. That’s why dia cari aku. Opsss!” Pantas
Suraya menutup mulutnya. Pura-pura terlepas cakap. Lalu dia ketawa sinis
memandang wajah terkejut Fathia.
“Dasar perempuan murahan!” Jerit Fathia.
Pang!!
Tepat tapak tangan Fathia melekat dipipi Suraya.
Sudah tidak tahan mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut
perempuan itu.
“Fathia!!”
Comments
Post a Comment