Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

CERPEN; Kau Curang 4

Part 4 Keesokkan harinya, Fathia dikejutkan dengan satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Dia hanya membiarkan panggilan itu tanpa menjawabnya. Dia tidak berapa gemar untuk menjawab panggilan daripada nombor yang dia tidak kenal. Tapi pemanggil itu masih tidak berputus asa. Dalam keadaan terpaksa, Fathia menjawab panggilan tersebut. “Assalamualaikum.” Jawab pemanggil yang tidak dikenali itu. “Waalaikumussalam.” Balas Fathia. Walaupun dia tidak kenal, dia wajib menjawab salam itu. “Can I speak to Miss Fathia?” Tanya pemanggil tersebut. “Before that, may I know who is this?” Soalan dibalas dengan soalan. Saja dia tidak mahu menjawab soalan pemanggil itu. Sebelum dia jawab, baik dia tahu siapa pemanggil itu dahulu. “Opss, sorry. This is Emir.” Jawab panggil itu. “Emir?” Terkejut Fathia apabila pemanggil yang menelefon dia adalah Emir, bekas kekasihnya masa di sekolah menengah dulu. Bekas kekasih merangkap teman baik suaminya. “Thia? Are you s

CERPEN: Kau Curang 3

Part III Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi. Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja. Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut. “Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.” Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia. “Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?” Sepi. “Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang dah lukakan hati

TerDELETE ;'(

Sob! Sob!  Sya ingat nak sambung cerpen Kau Curang. Tapi, Sya terdelete file cerpen ni. Huarghhhh! Stressnye. Dengan ideanye tak nak bertandang kat kepale Sya lepas tu bile ade yang bertandang file plak terDELETE! Stress! Stree!  Huarghhh! Takpe, Sya akan teruskan jugak cerpen tu walaupun filenye terdelete. Tapi, MSG tu, Sya mintak maaf sangat-sangat sebab terpaksa keluarkan atas sebab-sebab tertentu.  X_X

My First Mini Novel: Buka Hatimu

Hye, hye, hye. XD Sorry, MSG terpaksa dikeluarkan sebab ade beberape perkare. Sorry. Okay, but don't worry Sya gantikan MSG dengan Mini Novel yang lain. Tajuk mini novel ni Buka Hatimu. BH ni mengisahkan tentang seorang lelaki, Tengku Erryyan dan seorang perempuan Sharifah Elyyssa. *opss, name daa nak dekat same* Actually, sinopsis BH ni, Sya tak siap lagi. Nanti bile daa siap, Sya post. Okey? Syacume nak kasi intro skit. Hehe! Yaa, here hero and heroin BH! Here we go! So, how? Dorang memang sesuai laa untuk watak ni. *Tang mane entah yang sesuai tu. Handsome and cantik adelaa. Haha* *Macam nak cari watak untuk berlakon plak daa. Haaiiii* Okey, wait for my next mini novel!!!!! Byebye! Muachhhh ;*

CERPEN: Kau Curang II

Part II Hakimi terkejut. Ternyata isterinya kawan baik Suraya, tunangnya. Pucat wajah itu. Terkejut barangkali. “Su, ini tunang kau?” Fathia berpura-pura tidak mengenal Hakimi. Dia hanya terenyum hambar apabila Suraya merangkul erat lengan Hakimi. Air mata yang ingin mengalir di tahan. “Bie, ini Fathia. Kawan baik sayang dari sekolah menengah lagi tau. Thia, inilah Haris yang aku cakap kat kau tu.” Suraya senyum bahagia sambil memperkenalkan Hakimi kepada Fathia. Hakimi hanya mendiamkan diri semasa Suraya berbual dengan isterinya. Dia hanya memandang wajah pucat isterinya. ‘Sakitkah dia?’ Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Dia hanya membiarkan Suraya memeluk lengannya. Dan Fathia hanya mendiamkan diri. Tidak ada wajah marah, cemburu hanya ada riak kecewa dan pucat. “Su, aku balik dulu. Dah lewat ni.” Fathia mengalihkan matanya saat suaminya memandang ke arahnya. Tidak mahu memandang muka lelaki itu. “Nak balik dah?” Fathia hanya mengangguk kan kepalanya. Di

CERPEN: Maafkan Aku, Sayang! I

Satu Alangkah terkejutnya sebaik saja dia membuka pintu rumahnya terdapat seorang lelaki yang satu ketika dulu menghalaunya keluar dari rumah. Cepat-cepat dia menutup pintu tetapi tangan lelaki itu lebih pantas bertindak. “Awak? Macam mana awak…” Qaseh bertindak seperti biasa sedangkan dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu bertapa terkejutnya dia melihat lelaki itu. “Sayang, merata tempat abang cari sayang. Rupa-rupanya dekat sini sayang sembunyi. I miss you like crazy, tau tak.” Raffe meraih tangan wanita dihadapannya tetapi Qaseh menepis dengan kasar. “Apa awak panggil saya? Sayang?” Naik geli Qaseh mendengar perkataan itu. Qaseh tersenyum sinis. “Raffe, dahlah. Baik awak balik. Saya tak nak nanti jiran-jiran saya salah faham plak.” “Kenapa plak? I’m your husband. Kenapa dorang nak sibuk plak? Tak salah kan suami nak jumpa dengan isterinya.” Sekali lagi Raffe cuba untuk meraih tangan Qaseh tetapi gagal. “Raffe, please. Baliklah.” Qaseh menutup pintu teta

CERPEN: Kau Curang I

Hey, hey! This is my first CERPEN! Sya tak tahu korang suke atau tak but bace dulu, okay? Then, leave a comment! Semue comment korang, Sya terime dengan hati terbuka. :) Part 1 “Hmm, mane abang ni tak balik-balik lagi ni?” Fathia menunggu suaminya pulang sejak petang tadi. “Dah pukul 1 pagi dah ni.” Fathia mengeluh pelahan. Dia betul-betul sunyi apabila ketiadaan suaminya. Kalau lah ada anak. Sudah 2 tahun mereka berkahwin, mereka belum tiada rezeki untuk menimang cahaya mata. Ibu mentuanya selalu menghina dirinya. Kata dirinya mandul tidak boleh mengandung. Bukan dia nak, dia pun inginkan seorang anak. Tapi belum ada rezeki. Fathia hanya mampu berdoa. Tanpa dia meminta, air mata mengalir pelahan-lahan di pipi gebu milik Fathia. Dia terlelap di atas sofa. _______________________________________________________________________________ Kereta BMW milik Hakimi memasuki perkarangan rumah banglo miliknya. Dia mengeluh. Kalau lah ada anak. Tidak perlu dia balik lewat macam