Skip to main content

CERPEN: Kau Curang 3

Part III

Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi.

Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja.

Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut.

“Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.”

Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia.

“Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?”

Sepi.

“Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang dah lukakan hati sayang. Tapi, sayang kena turun makan. Please. Kalau sayang nak pukul abang, sayang pukul je, abang tak kisah. Nak marahkan abang, abang pun tak kisah. Sebab memang abang yang salah. Tapi, please jangan seksa diri sayang dengan baby kita. Please, sayang. Please jangan macam ni.” Hakimi cuba memujuk Fathia. Tetapi, tetap sunyi sepi. Tiada balasan daripada Fathia.
Sudah beberapa kali Hakimi mengetuk pintu bilik tersebut, tetap tiada balasan daripada isterinya. Akhirnya, Hakimi mengeluh sendiri.

“Kalau sayang tak nak sarapan sekarang, nanti sayang makan, okey? Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, sayang call abang cepat-cepat. Keluar makan, ye sayang. Abang sayangkan sayang.” Hakimi merenug daun pintu tersebut. Dan beredar dari situ. Biarlah, isterinya memerlukan masa untuk tenangkan fikiran.

____________________________________________

Fathia memandang ke luar beranda bilik tidur mereka. Apabila dia pasti Hakimi telah pergi kerja, dia keluar dari bilik tersebut dan menurun anak tangga dengan perlahan-lahan. Dia tidak boleh terlalu aktif. Dia sekarang berdua, bukan seorang.

Fathia berjalan k arah meja makan. Terpandang tudung saji yang berada di atas meja lalu dia membuka tudung saji tersebut. Hmm, Nasi Goreng Kampung kesukaan dia. Terdapat stick note di tepi pinggang itu.

Fathia sayang,

Sayang jangan lupa makan tau. Abang dah buat makanan 
kesukaan sayang. Like usually, abang letak ayam banyak-
banyak buat isteri abang yang comel ni. By the way, jangan 
buat kerja rumah. Sayang berehat je. Jangan aktif sangat. 
Balik nanti biar abang yang kemaskan. And I love you! 

XOXO,
Your handsome husband


Fathia menarik kerusi lalu dia duduk dan dia menikmati sarapan yang telah disediakan oleh suaminya itu.

‘Hmm, awak fikir dengan cara awak sediakan sarapan buat saya dan tulis macam ni, luka yang awak hadiahkan tu akan sembuh? Not, Hakimi. Awak silap. Hati saya tak akan sembuh. Tak akan.’

Setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi pipi gebunya itu. Terlalu sakit apa yang telah Hakimi lakukan kepadanya. Mungkin dengan orang lain dia tak akan sesakit ini. Tapi, Hakimi curang. Dengan kawan baik dia sendiri. Hati isteri mana yang tidak akan sakit. Terluka. Kecewa.

Dia menolak pinggang yang masih berbaki nasi goreng itu. Seleranya terbantut apabila dia memikirkan soal itu. Perlahan-lahan tangannya mendarat ke atas perutnya yang masih tidak nampak bentuknya.

‘Adakah sebab baby ni Hakimi mula mengambil berat tentang dirinya? Setelah sebulan Hakimi mengabaikannya’

“Baby, walauapapun yang terjadi, mummy tetap sayangkan baby. Walaupun daddy dah tinggalkan kita. Baby janji ya, baby akan terus bertahan.”

_________________________________________

Satu kerja pun dia tak dapat lakukan. Dia masih memikirkan Fathia di rumah. Dapatkah isterinya memaafkan diri dia setelah apa yang 
terjadi? Setelah apa yang dia lakukan terhadap Fathia?

Dia telah menduakan Fathia. Malah dia sudah bertunang dengan gadis itu. Bukan orang lain. Kawan baik isterinya sendiri. Tapi, dia dah terlanjur cintakan Suraya sekarang. Mungkin cintanya melebihi cinta dia terhadap Fathia. Dia mengeluh perlahan. Dia meraup mukanya dengan kasar. Apa yang harus dia lakukan? Berpisah
dengan Suraya? Atau ceraikan Fathia? Dalam keadaan Fathia macam tu?

Arghh! Dia bingung memikirkan semua tu. Sebelah sini isteri dia yang tengah mengandungkan zuriatnya yang dia inginkan dari dulu lagi. Sebelah sana pulak, tunangnya yang sangat dia cintai.

Terkejut Hakimi apabila seseorang membuka pintu pejabatnya.

“Weh, kau tak reti nak ketuk pintu dulu ke? Kau ingat kau tu pengacara Melodi nak main terjah-terjah macam tu?” Sembur Hakimi apabila kawan baiknya, Emir berada di hadapannya.

“Tangan aku ni dah nak patah sebab ketuk pintu. Berkali-kali aku ketuk tapi kau tak jawab. So, aku terjah jelah.” Balas Emir. Dia yang salah nak marahkan aku pulak. Hish!

Hakimi hanya diamkan diri dia tanpa membalas kata-kata Emir. Emir sedar Hakimi seperti tengah mengalami masalah apabila 
memandang wajah Hakimi.

“Kau kenapa? Kau ada problem ke? Tak nak share dengan aku?” Tanya Emir.

“Huh, susah aku nak cakap. Sebab ni salah aku. Aku tak tahu nak buat apa lagi dah.” Jawab Emir.

“Apa masalah kau? Cerita jelah. Sebelum ni besar mana pun masalah kau, kau selalu share dengan aku. Why not sekarang?” Pelik Emir. Apa sebenarnya masalah si Hakimi ni?

“Aku, aku… dah duakan Fathia.” Perlahan-lahan Hakimi beritahu Emir. Dia takut Emir marahkan dia. Emir adalah bekas kekasih Fathia, isteri dia.

Sebelum munculnya dia dalam hidup Fathia, Emir adalah kekasih Fathia. Mereka bercinta sejak sekolah menengah lagi dan berpisah disebabkan Emir terpaksa melanjutkan pelajarannya di overseas. Dan dia muncul apabila mereka ingin menghantar Emir terbang ke US. Di situlah semuanya bermula. Dan Emir pernah berpesan semasa dia dan Fathia bersanding.

“Kau jaga Fathia baik-baik dan jangan pernah sakitkan hati dia macam yang aku buat dulu. AKu menyesal sebab tinggalkan dia dulu. Dan kalau kau sakitkan hati dia, aku bersumpah yang aku akan rampas dia semula daripada kau walaupun dia isteri kepada kawan baik aku sendiri.”

Memang dia terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Emir. Dia tahu Emir masih cintakan Fathia. Dan mungkin sampai sekarang cinta itu masih wujud dalam diri Emir untuk Fathia.

Bukk!

Satu tumbukan melayang di muka Hakimi. Habis terbang semua kata-kata Emir dulu. Kini, hanya wajah Emir yang macam mahu menerkamnya.

“Kau apa?!” Tanya Emir dengan wajah yang menyinga. Sumpah dia terkejut. Kenapa Hakimi sanggup duakan Fathia? Apa Fathia tidak cukup?

“Kau jawab Hakimi. Kenapa kau sanggup duakan Fathia? Fathia tak sempurna sebagai seorang isteri? Apa kau dah lupa pesanan aku dulu?” Satu lagi tumbukkan melayang di muka Hakimi.
Perit. Itu yang dia rasakan sekarang. Mana janji Hakimi dulu? Janji bahawa dia tidak akan pernah lukakan hati Fathia.

“Aku tahu ni semua salah aku. Tapi, aku nak anak. Anak dari benih aku sendiri. Fathia, dia…” Belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya, satu lagi tumbukkan melayang.

“So, sebab Fathia tak mengandung lagi, kau curang? Aku tak sangka kau lelaki yang tak cukup dengan satu. Hakimi, kau dengan Fathia baru 2 tahun kahwin. Bukan 20 tahun. Tak akan kau langsung tak boleh nak bersabar?” Sembur Emir dengan perasaan marah. Hakimi betul-betul membuatkan hati dia panas.

“Emir! Kau dengar dulu apa yang aku nak cakap.”
Emir lepaskan Hakimi. Dia memberi peluang untuk Hakimi jelaskan semua ini.

“Fathia, she’s pregnant now.” Terkejut Emir. Apa yang mamat ni cakap? Macam anak keling je. Tadi cakap lain. Sekarang lain.

“What do you mean?”

“I mean, Fathia dah mengandung.”

“See, Fathia dah mengandung. So, kenapa kau perlu duakan dia?”

“It was happened before she’s pregnant, Emir.” Hakimi mengeluh perlahan.

“So, after she’s pregnant? How? Kau still dengan perempun tu?” Tanya Emir untuk memdapatkan kepastian. Tapi memandangkan Hakimi hanya mendiamkan diri, Emir dapat menganggap jawapannya.

“Hakimi, make sure kau clash dengan perempuan tu, before aku rampas balik Fathia daripada kau. I think, you still remember what I had said to you, 2 years ago. Right, Kimi?” Ugut Emir.

Langkahnya mati apabila Hakimi berkata sesuatu yang membuatkan hatinya yang panas bertambah panas.

“I can’t leave her.”

“You what?” Emir berpaling memandang wajah Hakimi.

“Aku tak boleh tinggalkan dia, sebab kitorang dah bertunang.”

“Damn it! You’re such a jerk, Hakimi! Aku akan rampas Fathia daripada kau. I will!” Ucap Emir dengan bersungguh-sungguh.

Hakimi terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Emir. See, Emir masih cintakan Fathia.


Damn!

bersambung...


*Sya rasa part yang ni macam KO skit. And I'm sorry kalau kurangsss ;'(

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter...