Skip to main content

CERPEN: Eliya Elias 2

2

Dato' Elias hanya memandang wajah anak gadisnya itu. Dia pasti Eliya sudah tahu akan berita itu. Dan daripada siapa? Pasti daripada bapa mertuanya, korporat terkenal, Tan sri Irshad. Lelaki itu kan ramai kawan, tentu salah seorang daripada mereka mengasi tahu kepada lelaki tua itu. Dan dengan wajah gadis itu kemerahan seperti menahan marah.

"Hey, how are you? Lama Iya tak balik ke rumah. And I know. Pasti ada something right yang membuatkan Iya balik ke sini? By the way, how was your tok aki? Is he fine? Lame dah papa tak jumpa dengan tok aki." 

"Papa, I want to ask you about something."

"Yes, sure. Go ahead."

Dia memandang wajah papanya. Wajah yang dia rindui. Hampir 3 bulan dia pergi. Dan selama itu juga dia tidak bertemu dengan papanya. Dia tahu bahawa  tindakannya itu adalah salah. Tapi tindakan papanya juga salah. Huh! Tapi, tujuan ke sini bukan sebab itu. Dia mahu bincangkan sesuatu dengan papanya. 'Tetamu' yang tidak diundang juga sudah dia 'halau'. Julia and her mother, Datin Jelita. Huh. Jelita lah sangat mama aku lagi jelita. Omel Eliya dalam hati.

"Iya. Iya nak tanya apa? I'm waiting."

"Ha? Oh.. ya. Hmm. Is that was true, papa?"

"Hmm. About what, princess?" 

"Paa. Please. Tak payah berdalih. I know that you know what I'm talking about." Geram dengan papanya yang masih mahu berdalih.

"Okey. Okey. Hish. Semakin garang sejak duduk dengan tok aki, ya?" Sempat dia bergurau sedangkan anak daranya itu hanya menunggu untuk menerkamnya sahaja.

"Yaa. It was so true, dear. Papa, nak Julia yang gantikan tempat papa. Ambil alih Megah Holdings. Are you have anything problems with that?" Sambung Dato' Elias. 

Dia tahu puterinya itu marah dengan keputusan dia. Dia pernah berjanji bahawa Megah Holdings akan dia serahkan kepada Eliya selepas puterinya itu tamat belajar. Tapi, sekarang dia mungkir janji. Dia mahu Julia yang memegang jawatan CEO Megah Holdings.

"Papa, I'm sorry dengan apa yang Iya cakapkan. But, are you out of your minds? Papa. She's not your daughter. She's just your step daughter. I'm your daughter,  papa. Dia langsung tak ada hak dalam Megah Holdings. Megah Holdings is mine. Mine. Not her!" Begang! Dia begang dengan keputusan papanya. Bengang sampai dia tidak sedar bahawa dia telah meninggikan suaranya.

"Iya. What is wrong with you? Sedar tak Iya cakap dengan siapa sekarang? Your dad! Jangan berani tinggikan suara dengan papa." Dato' Elias bangun dari duduknya lalu berjalan ke luar balkoni pejabat mininya. 

"I'm sorry, papa." Eliya tidak menyangka dia akan meninggikan suaranya.

"I don't like it. Ini ke yang mama ajar Iya? Kurang ajar dengan papa sendiri?" Marah Dato' Elias.  Dia tidak sangka anak yang dia didik selama ini meninggikan suaranya. Hanya kerana sebuah syarikat?

"Papa, please. Jangan libatkan mama dalam hal ini. Mama dah lama pergi. Jangan libatkan dia." 

Dia tidak suka papa memarahi mama atas kesilapannya. Mama mendidiknya dengan baik. Tiada cacat cela. Mungkin silapnya datang daripada dia. Bukan daripada orang lain.

"So, apa yang Iya tak puas hati dengan keputusan papa?" Soal Dato' Elias.

"Papa. I know you remembered your promise. Janji papa nak serahkan Megah Holdings to me. Not Julia. Kenapa papa mungkir janji? Papa kan tak suka mungkir janiji." Dia masih ingat papanya tidak suka pada orang yang mungkir janji. Papa paling benci dengan orang seperti itu. Tapi, sekarang menagapa papa yang mungkiri? 


"Ya. It's true. Memang papa tak suka. Tapi, kita ada buat perjanjian bertulis ke? Hitam putih? Have we did it?" Soal papa dengan melemparkan pandangannya ke luar balkoni.

"Papa. What's wrong with you? Kenapa papa jadi macam ni? Sejak papa kahwin dengan perempuan tu, papa dah banyak berubah. Apa yang perempuan tu dah jampikan papa? Hah?!" Soal Eliya dengan perasaan marah. 

"Eliya Elias! Be careful with your words! Kenapa jadi kurang ajar macam ni? She's my wife now! Don't call her like that. Hormat dia. She's your mother now. Kalau tak nak hormat dia as your mother sekalipun please respect her as my wife. Your dad's wife." 

Eliya hanya memandang wajah papanya yang kemerahan. Hormat that bitch? Perempuan yang merampas semua hak dia? No. It were never be happen!

"Papa sanggup marah Iya just because that woman? Yaa. Now, Iya percaya yang perempuan tu dah gunakan papa. I have to talk with that woman."

Laju kakinya melangkah keluar dari pejabat mini papanya. Saat kakinya melangkah ke ruang tamu, sepasang matanya tertancap pada 2 orang perempuab berbual di ruang itu. 

"Hah! Here you are! I want to talk with you, Jelita."

Datin Jelita dan Julia bangun dari sofa mewah itu dan berjalan perlahan-lahan ke arah Eliya. Gerun mereka memandang wajah merah padam gadis itu. Kenapa gadis ini tiba-tiba saja mahu bercakap dengan dia?

Walaupun gadis ini tidak mahu memanggilnya dengan panggilan mesra. Tak apa dia tidak kisah. Dia tahu Eliya masih tidak dapat menerima diri dia lagi. Dia akan terus menunggu gadis itu untuk menerima dirinya. Dia tidak mahu memaksa. Dia takut gadis itu semakin menjauh. Jelita sayangkan anak tirinya seperti menyayangi anak sendiri. Sayangnya lebih banyak terhadap gadis itu daripada sayang dia terhadap Julia. 

Saat Julia meminta bilik dan juga kereta milik Eliya, sungguh dia geram. Malah, kalau boleh dia mahu menampar anaknya. Dia tidak suka Julia mengambil hak orang lain. Dia tahu Julia hidup susah dari kecil tapi bukan dengan cara ini untuk hidup senang. Dan marahnya bertambah saat Eliya pergi kerana disisihkan oleh papanya sendiri. Suaminya lebih manjakan Julia daripada Eliya. Haruslah gadis itu pergi. Dia risau. Dimana gadis itu mahu tinggal? Akhirnya, dia boleh bernafas lega apabila Eliya tinggal bersama tok akinya.

"Erm. Eliya nak cakap apa dengan mummy?" Soal Jelita.

"Hey. Apa yang kau dah jampikan papa aku? Sampai dia dah pandai marahkan aku sekarang?" Soal Eliya.

"Eliya!" Eliya tidak hiraukan tengkingan papanya. Apa yang dia mahu perempuan dihadapannya kini.

"Astaga. Eliya. Eliya cakap apa ni? Jampi? Mummy tak jampi papa Eliya, sayang." Mengucap panjang Jelita saat Eliya menuduhnya menjampi papanya. Dia tidak melakukan perkara syirik begitu. Julia di sebelah mummynya hanua mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur.

"Eh, perempuan. Kau tak payah nak berlakon depan aku lagilah. Aku tahu kau dah jampikan papa supaya dia bencikan aku. Kan? Mengaku jelah."

"Eliya. Mummy tahu Eliya tak suka mummy kahwin dengan papa Eliya. Tapi, sumpah. Mummy tak amalkan perkara syirik macam tu, sayang. Jangan tuduh mummy macam tu. Mummy sanggup junjung al-Quran kalau Eliya tak percayakan mummy." Teresak-esak dia menangis dan meraih tangan Eliya. 

Laju Eliya merentap tangannya. Rentapan itu membuatkan Jelita jatuh terduduk. Julia terkejut dengan tindakan Eliya. Dato' Elias yang berdiri di tangga terakhir laju mendapatkan isterinya.

"Eh, betina. Kau ingat kalau kau berlagak alim macam ni, aku akan percayakan kau? Sebab kau dan anak kau ni papa aku marahkan aku. Aku benci tengok muka kau dan anak kau ni, betina!"

Pang!!!

"Abang!"

Hampir terduduk Eliya saat papanya melayangkan tapak tangan itu ke pipinya. Nasib baik dia sempat berpaut pada almari kaca di situ. 

Semua yang berada di situ terkejut dengan tindakan Dato' Irshad. Tidak sangka lelaki itu akan menampar anaknya. Termasuk Eliya.

"Kau dah melampau Eliya. Menyesal aku sebab manjakan kau dari dulu."

"Sanggup papa tampar Iya just because of this bitch?" Soal Eliya dengan tangannya memegang pipi yang pedih itu. Perit dia rasakan. 
Sekali lagi Dato' Irshad mengangkat tangannya. Tapi, sempat di tahan oleh Jelita.

"Abang dahlah. Jangan macam ni."

Jelek Eliya memandang Jelita dengan lakonan hebatnya itu.

"Papa nak pukul Iya lagi? Pukul lah pukul sampai papa puas. Nak bunuh Iya sekalipun Iya dah tak kisah. Biar Iya ikut mama. Papa pun tak kisah kan? Because you already have a new daughter now. So, tak kisah lah kalau Iya hidup atau tak. Kan?" Terkedu Dato' Irshad saat Eliya mengeluarkan ayat sebegitu.

"You know what, pa? Sejak papa buat keputusan untuk kahwin satu lagi, Iya mogok, right? Because of this. Iya takut papa abaikan Iya. Iya belajar untuk bersabar dengan sebarang kemungkinan. Iya sabar bila papa berikan bilik Iya yang mama hiaskan khas untuk Iya tu pada Julia. Iya bersabar bila papa berikan Nissan Gtr yang mama hadiahkan untuk Iya sempena Iya sambung belajar pada Julia. Papa sanggup biarkan Iya pergi keluar dari rumah ni. Selama Iya disana, Iya tunggu papa datang pujuk Iya. Bawa Iya balik. But, papa langsung tak datang. Malah, papa lansung tak call Iya. Tanya Iya sihat or not. Perkara yang Iya takutkan dah terjadi. Iya diabaikan oleh papa Iya sendiri." 

Sebak Jelita mendengar rintihan anak tirinya itu. Ini semua salahhya. Kalaulah dia tidak setuju untuk menikahi papanya Eliya, pasti hal-hal sebegini tidak akan terjadi.

"And now, bila papa nak serahkan Megah Holdings pada Julia, Iya dah tak boleh bersabar and bertahan lagi dah. I can't. Just duduk and tengok apa yang papa lakukan. Papa, don't you see? Mereka saja nak rampas semuanya daripada kita. Everything, pa." Eliya meluahkan semuanya yang terbuku dalam hatinya. Dia dah tak sanggup untuk memendam lagi perasaan sakitnya. Biar papa tahu apa yang ada dalam hati dia. 

"Now, plan mereka dah berjaya. Mereka buat kita bertengkar macam ni sampai papa yang tak sanggup nak cubit Iya ni, tampar muka Iya." Eliya diam. Dia mahu papanya membalas setiap luhannya. Tapi, papa hanya membeku. Dia kecewa. 

"It's okaylah papa. Now, you don't love me anymore. Papa buatlah apa yang papa nak buat. Iya dah malas nak masuk campur. I'm tired, pa. Sangat!" Eliya melangkah pergi. Saat dia tiba dihadapan pintu utama, dia berhenti dan berpaling. 

"By the way, thanks pa. Iya harapkan ciuman rindu daripada papa akan melekat dipipi Iya. Tapi, tak sangka plak. Tapak tangan papa yang melekat. Iya akan pergi pa. Papa anggap saja papa tak pernah ada anak perempuan yang bernama Eliya Elias. I hope, when I go, you and your new family will be happy without me. Selamat tinggal Dato' Elias. Saya harap Dato' Elias halalkan semuanya. Assalamualaikum."

Eliya berharap papanya akan memanggil dan memujuknya supaya jangan pergi tapi papa hanya biarkan dia pergi. Dia kecewa. Hati dia sakit. Sakit sangat. Mama dah pergi tinggalkan dia. Sekarang papa. Dia hanya ada tok aki dan Arshad saja dalam hidupnya. Air matanya mengalir seperti air terjun mengalir. Laju.

"Eliya. Eliya nak pergi mana sayang? Eliya jangan pergi. Papa tak sengaja. Mummy akan pujuk papa dan Julia serahkan balik semua milik Eliya." Jerit Julia. Namun jeritannya hanya dibiar sepi oleh gadis itu.

"Mummy. Julia tak akan pulangkan balik." Terbuntang mata Julia saat mummynya mahu dia pulangkan semuanya pada Eliyam. No. Langkah mayat dia dulu.

"Abang. Pujuklah Eliya, bang. Jangan bagi dia pergi. Cakap abang tak sengaja tampar dia. Dia satu-satunya anak abang." Rayu Jelita. Dia tidak sangguo hendak membiarkan gadis itu pergi. Yang sepatutnya pergi adalah dia dan anaknya. Bukan gadis itu. 

Dato' Isrhad hanya memandang anaknya pergi dengan kereta Audi R8 itu. Dia berpusing dan memanjat anak tangga satu persatu. Dia tidak sangka bahawa dia menaikkan tangan pada muka anaknya. 

Isteri pertamanya telah pergi meninggalkan dia. Sekarang satu-satunya puteri yang dia miliki juga pergi meninggalkan dia?

Ya Allah. Apa yang telah aku lakukan?


Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter...