Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 13

Part 13 ‘ He’s gone, Lya. Teksi yang bawak Zafran ke airport accident.  Lori yang datang dari arah bertentangan langgar teksi yang Zaf naik, menyebabkan mereka bertembung dan Zaf….’ ‘He’s gone, Lya.’ Satu ayat mampu membuatkan semangat hidupnya terbang melayang. Satu ayat mampu membuat dia tidak mampu berdiri lagi. Satu ayat mampu membuatkan dia menangis tidak berhenti sehingga sekarang. Kapten Zafran. Tiada lagi Zafran yang akan menemani siang dan malam dia. Tiada lagi yang akan menemani dia makan. Tiada lagi Zafran yang mengucapkan kata rindu dan cinta. Semuanya tinggal kenangan. Perginya Zafran ibarat semangat untuk dia terus hidup melayang. Kata Qalif, kenderaan yang dinaiki Zafran mengalami kemalangan semasa Zafran dalam perjalanan ke airport. Teksi yang membawa Zafran bertembung dengan sebuah lori. Dan  Zafran menghembuskan nafas terakhirnya disitu. Ya Allah!  Berat untuk dia menerima semua ini. Zafran pergi saat tiada siapa disisinya. Zafran pergi disa

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 12

Part 12 “Lya!” Adellya menghentikan langkahnya saat mendengar namanya dipanggil seseorang. Laju kepala berpusing menlihat gerangan tersebut. “Morning, Zaf.” Senyuman mesra dihulurkan walaupun badan masih letih setelah berada di atas awan selama 6 jam setengah dari Korea. “Hai, pretty. How are you?” Soal Zafran lembut. Tahu buah hatinya itu letih. Tapi, disebabkan desakan rindu dia terpaksa juga menahan langkah Adellya. Ingin saja dia memeluk wanita itu jika tidak memikirkan status yang disandang Adellya. “I’m fine, just penat sikit. Baru fly dari Korea. You?” “Ohhh, I baru nak fly ke London.” “London? Again? Berapa hari? Lama ke?” Banyak pula soalan yang ditanya. Entah kenapa  tiba-tiba perasaan tidak enak menjalar di hatinya. Riak muka ditahan. Tidak mahu Zafran risaukan dirinya. “Macam biasa, seminggu. Don’t worry, okay. Nanti I balik I terus jumpa you.” Ubun-ubun Adellya diusap perlahan. Dia akan merindukan wajah ini. Sungguh susah untuk dia melangk

CERPEN: Ku Tetap Menantimu

Part 1  Felisya Adriana. Nama secantik rupa. Nama seindah rupa. Hati? Juga secantik dan seindah rupa dan nama. Tapi, sampai sekarang masih tidak berpunya. Bukannya tiada orang yang datang meminta. Cuma tuan punya badan suka menolak. Alasan? Masih belum bersedia untuk bercinta. Bukan itu sebab sebenarnya. Akhirnya mereka mengalah dan pergi. Tiada guna orang sudah tidak suka buat apa kita mengendeng? Baik pergi dan cari yang lain. Dan Felisya? Hanya biarkan saja. Ting! Ting! Felisya mengangkat muka. Dia memandang ke arah jejaka yang baru saja muncul itu. Naaa, ini penyebab sebenar kenapa dia menolak semua lelaki-lelaki lain. Kerana jejaka ini. Fawwaz Hadri. Lelaki yang tinggi. Mempunyai badan yang sasa. Putih. Hidung yang mancung. Kacak. Senang kata perfect! Sebaik saja dia tersedar Fawwaz mahu memesan minuman di kaunter, cepat-cepat Felisya menganggkat kaki meninggalkan kerjanya tadi dan mengambil alih kerja Arin di kaunter. Dan Arin sengaja memberi. Semua pekerja dis