Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 8

Part 8 Kakinya berlari anak selepas keluar dari lif. Tidak mahu meninggalkan Adellya terlalu lama sendirian di lobby. Pagi tadi, disebabkan dia, Adellya kembali dilukakan oleh Hareez. Disebabkan dia juga Adellya kembali menangis. Masih terasa hangat air mata yang mengalir di dadanya tadi pagi. ******************************************************* Dia hanya berdiri memandang dari jauh. Sengaja memberi ruang untuk sepasang suami isteri itu berbincang masalah mereka berdua. Tidak mahu menganggu. Walaupun ada sedikit cemburu melihat Hareez merapatkan wajahnya dengan Adellya. Tetapi dia sabarkan hatinya. Hareez masih mempunyai hak ke atas Adellya. Adellya masih isteri Hareez yang sah. Dia tidak mempunyai apa-apa hak. Tiba-tiba dia melihat Adellya berlari meninggalkan Hareez. Sambil tangan menyeka air mata. Kenapa? Laju kakinya mengejar langkah Adellya. “Lya!” Langkah dibesarkan agar dapat mengejar langkah Adellya yang jauh meninggalkan dirinya di belakang. “Lya!” Sekal