9
Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di
muka pintu rumah mereka.
“Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.”
Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada
Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu.
“Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar
dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya.
Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada
Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan
perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi?
“Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan
saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia.
Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu
memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru
saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi
apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah.
“Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas
hati.
“Perempuan murahan!”
Pang!!
Suraya tersenyum kemanangan. Hakimi memihak
kepadanya. Fathia terkedu? Hakimi menamparnya? Lelaki ini betul-betul sudah
melampau.
“Jangan sesekali kau panggil Suraya macam tu.
Kalau tidak,”
“Kalau tidak apa? Kau nak bunuh aku?” Bidas
Fathia. Dia tidak sangka Hakimi akan menamparnya sekali lagi. Nasib baik dia
tidak menerima Hakimi lagi. Sekarang dia nekad. Apa pun yang terjadi dia sudah
tidak kisah. Dia mahu Hakimi ceraikan dia sekarang juga. Di depan Suraya.
“Aku dah tak tahan dengan kau Hakimi. Sekarang,
bersaksikan Suraya, aku nak kau ceraikan aku. Bukan dengan talak satu. Tapi
tiga.” Pinta Fathia dengan tenang. Dia tidak mahu balik pada Hakimi lagi.
Cukuplah sekali dia dipermainkan. Beberapa kali dilukakan oleh lelaki ini. Dia
sudah tidak mampu untuk bertahan.
Hakimi dan Suraya memandang Fathia. Mata Hakimi
membulat. Mukan kemerahan menahan marah. Suraya pula hanya mendiamkan diri. Dia
lagi seronok menyaksikan drama dihadapannya kini.
“Okey, fine. Itu kau nak kan? Okey, kau dengar
sini baik-baik. Bersaksikan Suraya, aku ceraikan kau Nur Fathia dengan talak
tiga. Puas hati kau?!” Kini, lafaz talak telah dijatuhkan. Hakimi dan Fathia
bukan lagi suami isteri. Fathia tersenyum hambar walaupun air matanya mengalir.
“Terima kasih Haris Hakimi kerana telah
menceraikan saya. Saya baru terfikir yang saya nak terima awak kembali. Tapi,
bila tengok perubahan awak yang mendadak tadi, saya batalkan niat saya.
Nampaknya, awak lebih percayakan Suraya daripada isteri awak. Dan awak lebih
sayangkan dia daripada saya. Dah tak ada gunanya lagi saya di sisi awak, kan?
Dan awak jangan bimbang. Sebelum awak pulang dari kerja, saya akan keluar dari
rumah ni. Selepas itu, saya tak akan muncul lagi dalam hidup awak. Halalkan
makan minum saya selama ni. Halalkan semua pemberian awak selama ini. Ampunkan
segala dosa-dosa saya terhadap awak.”
Hakimi terkedu. Apa yang telah dia lakukan? Ya
Allah! Sekali lagi dia telah menyakiti hati isterinya.
Suraya tersenyum kemenangan. Akhirnya, Hakimi akan
menjadi miliknya seorang.
Fathia membawa dirinya ke tingkat atas. Dia mahu
mengemas pakaiannya. Dia mahu keluar dari sini. Dia mahu hilang dari pandangan
Hakimi. Biarlah Hakimi dengan kehidupannya. Selangkah dia keluar dari sini,
terhapuslah semua kenangan-kenangannya bersama Hakimi. Dia nekad.
***********************************
Fathia mengusung languagenya turun kebawah. Tiada
satu pun barang miliknya yang dia tinggalkan. Semuanya dia bawa pergi. Dia tidak
mahu barang-barangnya pula menyemak di mata Hakimi. Saat kakinya menjejaki
lantai, dia terpandang susuk tubuh yang mundar mandir di ruang tamu. Hakimi.
Mengapa lelaki itu masih di sini? Bukan ke dia sudah ke tempat kerja? Arghhh!
Mengapa dia sibuk memikirkan hal lelaki itu. Langsung tidak penting. Laju
tangannya menarik languagenya untuk dibawa ke kereta.
Belum sempat dia mencapai kunci keretanya, suara
garau itu memanggilnya.
“Thia.”
Fathia hanya membuka badannya. Tiada hati untuk
memandang lelaki itu.
“Sayang, sayang nak pergi ke mana ni?” soal Hakimi
lalu menarik tangan Fathia. Terkedu dia saat Fathia menepis kasar tangannya.
“Kita bukan muhrim lagi awak nak sentuh saya,
Encik Hakimi.”
Terpampan Hakimi. Dia mengutuk dirinya. Mengapa
begitu senang di melafazkan talak ke atas isterinya? Bodoh! Disebabkan
perempuan lain dia sanggup melepaskan isteri sebaik Fathia.
“Sayang, abang mintak maaf. Abang tak sangka abang
akan ucapkan semua tu. Kita rujuk semula, ya?” Rayu Hakimi.
“Rujuk? Awak tak belajar agama ke, Hakimi? Atau
awak dah lupa berapa talak awak jatuhkan?” Soal Fathia tanpa memandang wajah
Hakimi.
“Tiga, Hakimi. Tiga. Itu bermakna, kita dah tak
boleh rujuk kecuali saya berkahwin lain dan saya bercerai dengan dia baru kita
dapat rujuk. Itu pun kalau saya nak rujuk dengan awak.” Sambung Fathia dan
memandang Hakimi sinis.
Hakimi terdiam. dia meraup wajahnya kasar. Mengapa
dia begitu bodoh? Dan mengapa dia membuat perkara cerai itu seperti mainan?
Arghh!
“Kalau macam tu, kita cari cina buta. Kita upah
dia berkahwin dengan Thia. After a few months, kita mintak dia ceraikan Thia.
Then, kita kahwin.” Cadangan Hakimi membuatkan Fathia bertambah marah. Lelaki
ini dah lupa pada hukum hakam ke?
“Awak dah gila ke Hakimi? Berdosa tahu tak gunakan
cina buta. Satu lagi, awak ingat saya ni mainan ke? Senang-senang nak campak
sana sini?” Degus Fathia.
“Dahlah. Saya dah tak ada masa nak dengar semua
rayuan awak lagi Hakimi dan cadangan bodoh awak tu. Saya pergi dulu. Saya harap
awak dan tunang kesayangan awak tu akan hidup bahagia selepas ini. Saya akan
tunggu surat mahkamah daripada awak. Asslamualaikum, Harris Hakimi.” Fathia
melangkah pergi.
Ini adalah kali terakhir dia disini. Dia akan
pastikan dia tidak akan menjejakkan kakinya kesini sebagai isteri Hakimi lagi.
*************************************
1 tahun kemudian…
“Ouchh!”
Terduduk Fathia saat tubuhnya dilanggar oleh
seseorang. Makkk aihhh! Apa kebenda yang langgar dia ni? Gajah ke orang? Apasal
kuat sangat ni? Sakit gila!
“Sorry, sorry. I tak sengaja tadi.” Ucap jejaka
yang melanggarnya tadi.
“It’s okay. Sikit je ni.” Sikit kebendanya. Macam
nak patah tulang dia ni haa. Dia mendongak apabila menyedari lelaki itu
memandangnya. Saat matanya bertentangan dengan lelaki itu, bulat matanya.
“Emir.”
“Thia.”
********************************
“So, dah lama tak jumpa, right? Almost two years?”
Soal Emir.
Selepas bertentangan mata tadi, mereka bercadang
untuk berbual-bual di sebuah café berhampiran. Banyak cerita yang mahu
dkongsikan bersama.
“Yaa, right. So, how are you? Dah kahwin?”
Emir mempamerkan senyuman hambar. Kahwin?
“No. Jodoh Emir tak sampai lagi.” Jawab Emir.
“Ye ke? Ke Emir memilih ni?” Sakat Fathia.
“Haha, ada-ada jelah Thia ni Of course lah. Nak
cari isteri kita kena memilih. Bukannya macam beli baju di pasar malam.” Balas
Emir pula. Bukannya dia memilih tapi, dia menunggu seseorang.
“Yelah tu.”
“So, Thia. How about you? Dengar cerita Thia dan
Kimi dah berpisah. Betul ke?”
Dia dah tahu sebenarnya. Hakimi yang datang dan
memujuknya supaya dia pujuk Fathia untuk kembali kepada Hakimi. Tetapi, dia
hanya pekakkan telinga. Dia malas mahu melayan Hakimi. Nasiblah siapa suruh
cari masalah? Dah terlepas baru sibuk mengejar?
“Yaaa, kitorang dah berpisah. Mungkin tak ada
jodoh.” Fathia tersenyum nipis. Tenang saja dia memberikan jawapan kepada Emir.
“Emir dengar, Kimi dan Suraya dah berpisah. Thia
tahu?” Perlahan Emir bertanya. Takut juga kalau-kalau Fathia membaling gelas ke
arahnya.
“Ohh, really? Hmm. By the way, Emir buat apa kat
sini? Baru mendarat or mahu terbang?” Saja dia mengubah topic. Dia tidak mahu
berbual soal Hakimi lagi. Lelaki itu sudah tiada hubungan apa-apa lagi
dengannya.
“Hah? Emir baru mendarat. Emir baru balik dari
outstations. Thia plak?” Dia faham. Fathia tidak mahu berbual mengenai Hakimi.
Dia ikut saja rentak Fathia.
“Ohh. Thia baru balik dari bercuti. Saja tenangkan
fikiran.”
Mereka berbual dan terus berbual. Tanpa mengaitkan
kisah yang lalu, itu sudah membuatkan mereka selesa. Fathia tergelak saat Emir
mengeluarkan kisah-kisah lucu. Perasaan yang dulu, kini terbit kembali. Oh
Tuhan. Apakah?
Comments
Post a Comment