Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

CERPEN: Kau Curang II

Part II Hakimi terkejut. Ternyata isterinya kawan baik Suraya, tunangnya. Pucat wajah itu. Terkejut barangkali. “Su, ini tunang kau?” Fathia berpura-pura tidak mengenal Hakimi. Dia hanya terenyum hambar apabila Suraya merangkul erat lengan Hakimi. Air mata yang ingin mengalir di tahan. “Bie, ini Fathia. Kawan baik sayang dari sekolah menengah lagi tau. Thia, inilah Haris yang aku cakap kat kau tu.” Suraya senyum bahagia sambil memperkenalkan Hakimi kepada Fathia. Hakimi hanya mendiamkan diri semasa Suraya berbual dengan isterinya. Dia hanya memandang wajah pucat isterinya. ‘Sakitkah dia?’ Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Dia hanya membiarkan Suraya memeluk lengannya. Dan Fathia hanya mendiamkan diri. Tidak ada wajah marah, cemburu hanya ada riak kecewa dan pucat. “Su, aku balik dulu. Dah lewat ni.” Fathia mengalihkan matanya saat suaminya memandang ke arahnya. Tidak mahu memandang muka lelaki itu. “Nak balik dah?” Fathia hanya mengangguk kan kepalanya. Di