Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

CERPEN: Eliya Elias 3

3 Selepas Eliya keluar dari rumah papanya, dia terus memandu Audinya dan menelefon Arshad. Tetapi, Arshad tidak menjawab panggilannya. Kemana pula lelaki itu pergi saat dia perlukan Arshad? Dek rasa geram dia membaling iPhonenye ke seat sebelah. Pedal minyak ditekan menambahkan lagi kelajuan keretanya. Air mata yang mengalir di seka dengan kasar. Satu saja tempat yang terlintas difikirannya. Kubur! ******** Elisya memandang kubur arwah mamanya. Di sinilah tempat yang dia selalu datang sekiranya dia rindukan mamanya. Walaupun mamanya sudah pergi dia tetap datang menziarahi. Dia rindukan mamanya. Kenapa cepat saja mama pergi tinggalkan dia? Sekarang papa sudah tidak sayangkan dia. Hanya tok aki yang dia ada. Arshad? Entahlah. Sudah beberapa kali dia menelefon lelaki itu tapi hampa. Selalu masuk voicemail. Kene culik ke apa mamat ni.  Huh! "Mama, Iya rindukan mama. Rindu sangat. Papa sekarang dah tak sayangkan Iya sejak papa kahwin lain. Semua pemberian mama kasi

Cerpen Kau Curang.

Alhamdulillah. Cerpen Kau Curang dapat respon yang baik daripada pembaca. Malah setiap hari ada pembaca semakin bertambah. Terima kasih semua. Walaupun ini adalah Cerpen pertama yang Sya siapkan, dan tak sehebat mana tapi, korang tak ade lah bagi komen yang negatif semuanye komen yang menaikkan semangat Sya untuk teruskan menulis lagi. Dan ade jugak yang tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni. Sekarang Kau Curang dah tamat. Harap korang dapat terima dengan apa yang Sya persembahkan pada korang. Enjoy it, okay? Selamat membaca readers! *wink* InsyaAllah dengan izinNya, Sya akan teruskan dengan cerita seterusnya. Jangan lupa baca tau.

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu.

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi

CERPEN: Eliya Elias 2

2 Dato' Elias hanya memandang wajah anak gadisnya itu. Dia pasti Eliya sudah tahu akan berita itu. Dan daripada siapa? Pasti daripada bapa mertuanya, korporat terkenal, Tan sri Irshad. Lelaki itu kan ramai kawan, tentu salah seorang daripada mereka mengasi tahu kepada lelaki tua itu. Dan dengan wajah gadis itu kemerahan seperti menahan marah. "Hey, how are you? Lama Iya tak balik ke rumah. And I know. Pasti ada something right yang membuatkan Iya balik ke sini? By the way, how was your tok aki? Is he fine? Lame dah papa tak jumpa dengan tok aki."  "Papa, I want to ask you about something." "Yes, sure. Go ahead." Dia memandang wajah papanya. Wajah yang dia rindui. Hampir 3 bulan dia pergi. Dan selama itu juga dia tidak bertemu dengan papanya. Dia tahu bahawa  tindakannya itu adalah salah. Tapi tindakan papanya juga salah. Huh! Tapi, tujuan ke sini bukan sebab itu. Dia mahu bincangkan sesuatu dengan papanya. 'Tetamu' yang tidak diundang

CERPEN: Eliya Elias 1

Hey. Read my next cerpen. :* ****************** 1 Sepanjang hari Eliya menunggu panggilan daripada lelaki itu. Namun, hampa. Janji hanya tinggal janji. Sudah banyak kali Arshad mungkir janji dengannya. Hari tu, lelaki itu berjanji mahu keluar dengannya. Sampai ke malam dia menunggu namun, bayang-bayang lelaki itu langsung tiada. Semalam lelaki itu juga berjanji tapi hampa. Eliya mengeluh. Ke manakah lelaki itu? Sibuk sangatkah dia sampai tidak sempat menghubunginya? Sibuk sekalipun tak akan Whatsapp yang dia hantar, lelaki itu juga tidak membalasnya. Dulu, sesibuk mana pun Arshad akan membalasnya tapi sekarang?  Apa dia ada melakukan kesalahan terhadap lelaki itu? Jika ada, mengapa Arshad mendiamkan diri dan membuat dia tertunggu tunggu? Dia cuba mendail nombor Arshad namun hampa. Masuk Voicemail. Dia juga menghantar Whatsapp, namun tiada apa-apa balasan daripada si dia. Ya. Memang sejak dua menjak ini, Arshad banyak berubah. Dia perasana akan semua itu. Dulu, mereka