Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

KEMAAFAN YANG DIPINTA 3

3 “Saya nak bercerai dengan awak. Saya langsung tak sayangkan awak, Rayqal. Apatah lagi cintakan awak. Tolong, Rayqal. Ceraikan saya. Kalau kita teruskan perkahwinan ini, kita berdua tak akan bahagia. Please.” Suara itu hilang apabila dia dikejutkan dengan suara perempuan lain. Dia memandang di sekelilignya sebelum memandang wajah di depannya itu. “Sayang, you menungkan apa tu? Dari tadi I bercakap, you buat tak tahu je. Kenapa ni? Ada problem ke?” Soal Anna dengan lembut lantas memegang tangan Rayqal yang berada di atas meja itu. “Nothing.” Sepatah jawapan yang keluar dari mulut Rayqal itu membuatkan Anna tidak berpuas hati. “Ish! Siapa I pada you sebenarnya, Rayqal?” Soal Anna geram. “Hey, apasal you soal I macam tu?” Terhenti jarinya yang tadi sibuk bermain dengan sudu. “Dah tu, kalau you anggap I ni sebahagian daripada hidup you, you kenalah share problems yang you hadapi dengan I. Jangan simpan sorang-sorang. Apa gunanya I ni kalau tak boleh nak bant

KEMAAFAN YANG DIPINTA 2

2 “Mama!” Rayqal menjerit sambil menuruni anak tangga. “Mama! Papa!” “Kenapa Rayqal?” Soal Datuk Rahim. Tersedak dia yang tengah meneguk minuman di dapur. Terkejut dengan jeritan anak lelakinya itu. Dah kenapa pulak anaknya ini? “Kenapa Qal? Kenapa pucat wajah kamu ni? Macam nampak hantu je?” Soal Datin Farida pula. Dia dah menjangka reaksi Rayqal setelah melihat kejutan tersebut. “What’s this, mama? Papa? Can you please explain to me what’s going on here?” Kalau inilah kejutan yang mamanya mahu tunjukkan padanya. Ya, memang dia terkejut. Sangat. Sangat! “Terangkan apa, Qal?” “Mama. Inikan kejutan yang mama nak kasi tahu Qal? Perempuan tu? Apa ni, mama?” Marah Rayqal. “Qal, dia dah balik. Orang yang kita tunggu selama ni dah balik, Qal.” Sayu suara Datin Farida. “Ma, mama tahu kan yang Qal tak suka kalau perempuan tu muncul. Why suddenly? Why? Apa lagi yang dia nak?” Wajahnya diraup dengan kasar. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Syafa Aqira akan

KEMAAFAN YANG DIPINTA 1

1 “Kak.” Syafa Aqira berpaling saat adik perempuannya, Syifa Aqila memanggilnya. Beg pakaiannya sudah selamat di letakkan di dalam bonet teksi. Dia sudah siap sedia untuk pergi. “Ya?” “Kak Syaf betul-betul nak pergi ke?” Soal Syifa dengan ragu-ragu. “Kak Syaf perlu pergi, sayang.” Jawab Syafa dengan tenang. Dia menarik tangan Syifa dan mengenggamnya dengan penuh kasih sayang. “Kak. Syifa takut kalau mereka dah tak nak terima akak lagi. Syifa takut kak.” “Syifa, insyaAllah, mereka akan terima akak. Syifa doakan ya. Dan semasa ketiadaan akak, Syifa tolong tengokkan mak. Nanti, bila tiba masanya, akak akan balik. Akak akan selalu call Syifa. InsyaAllah. Doakan akak bahagia.” Pinta Syafa dengan sebak. Sebak mula mencengkam dada Syifa. Dia sedih mendengar permintaan kakaknya itu. Hanya Syafa Aqira yang dia punya dan maknya. Ayah sudah lama pergi tinggalkan mereka kerana menghidap penyakit kanser. Dia mengucup tangan kakaknya. “Kak, Syifa sentiasa doakan ak