5
Hakimi melabuhkan punggungnya di atas sofa di
ruang tamu. Sudah beberapa kali dia cuba menelefon Fathia. Tapi, hampa. Fathia
tidak menjawab panggilannya. Lebih hampa lagi, apabila dia pulang untuk makan
tengahari bersama dengan Fathia, kereta Mini Cooper milik Fathia tidak
kelihatan di ruang porch rumah mereka.
Fathia keluar. Dan dia keluar tanpa meminta izin
Hakimi. Hakimi kecewa dengan sikap Fathia yag telah berubah 100% itu. Dulu, ke
mana saja Fathia mahu pergi pasti dia akan meminta izin Hakimi, walaupun untuk
keluar berbual dengan jiran sebelah. Dan dia tahu perubahan itu berlaku
disebabkan dia. Dia tahu Fathia kecewa dengan dia. Tapi, dia tidak sangka
Fathia akan berubah sebegini. Hakimi mengeluh perlahan sambil meraup mukanya.
Hakimi memandang ke arah pintu utama rumah sebaik
sahaja dia mendengar pintu itu dibuka. Siapa lagi kalau bukan Fathia. Dia
memandang Fathia yang ternyata terkejut dengan kepulangan dia pada tengahari
itu.
“Kimi, awak tak kerja ke hari ni?” Tanya Fathia
dengan riak terkejut. Dia tidak sangka Hakimi akan pulang begitu awal hari ini.
“Abang ingat nak lunch dengan Thia hari ni. Tapi,
bila abang balik, Thia tak ada kat rumah. Thia pergi mana?” Tanya Hakimi. Dia
cuba untuk mengawal perasaan marahnya. Dia tidak mahu melepaskan kemarahannya
pada Fathia. Dia takut Fathia akan semakin jauh dari dia.
“Ohh, sorrylah. Saya dah lunch tadi.” Kata Fathia
dengan selamba. Langsung tiada perasaan bersalah dalam diri dia.
“Sayang, sayang pergi mana? Kenapa keluar tak
beritahu abang? Thia buat abang risau. Tahu tak?” Hakimi semakin berang apabila
Fathia hanya membuat seperti tiada apa yang berlaku.
“Kenapa awak sibuk nak tahu hal saya?” Tanya
Fathia sambil memandang ke arah Hakimi dengan pandangan tajam.
“What do you mean, Thia? Kenapa abang tak boleh
nak ambik tahu hal Thiah? You’re my wife, Fathia!” Marah Hakimi. Kenapa Fathia
menjadi sebegini?
“Wife? Layak ke orang macam awak ni menjadi suami
saya?” Soal Fathia. Dan soalan Fathia untuk telah mmbuatkan Hakimi bertambah
berang.
“Fathia! What are you talking about?!” Jerkah
Hakimi.
“Hmm, awak jerkah saya? Siapa yang patut marah
sekarang ni? Saya atau awak? Siapa yang buat salah? Saya atau awak? Siapa yang
curang sekarang ni? Saya atau awak? Jawab, Hakimi. Jawab!!”
Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fathia. Dan
Hakimi hanya mampu mendiamkan diri. Dia terkejut melihat Fathia seperti itu.
Sebelum ini, Fathia tidak pernah tengking dia. Tapi, sekarang. Semunya telah
berubah. Fathia yang sekarang bukan yang dulu lagi.
“By the way, awak nak tahu sangat saya pergi mana
kan? Okey, saya akan jawab. Saya keluar dengan Emir. Puas?!”
Terkejut Hakimi apabila Fathia beritahu bahawa dia
keluar dengan Emir. Tapi, kenapa? Apa Fathia sudah lupa yang dia tidak suka
kalau Fathia rapat dengan Emir. Walaupun Emir tu kawan baiknya.
“Thia keluar dengan Emir? Why? Kenapa keluar
dengan dia? Thia dah lupa yang abang tak suka Thia rapat dengan dia. Kenapa?
Thia nak mengadu yang abang dah duakan Thia? Macam tu? Thia nak dia tahu
masalah rumah tangga kita?”
Kali ini Hakimi pula yang menanyakan soalan. Tapi
Fathia tidak mendiamkan dirinya seperti dilakukan Hakimi tadi. Soalannya hanya
dibiarkan.
“Saya tak pernah beritahu Emir yang awak dah
duakan saya. Awal-awal lagi Emir dah tahu. And, awaklah orang tu. Awak yang
beritahu Emir sekarang awak nak salahkan saya plak?” Fathia tersenyum sinis.
Suasana di ruang tamu menjadi sunyi beberapa minit.
“Sayang, kenapa Thia berubah macam ni sekali?”
Hakimi memecahkan kesunyian.
“Berubah? Berubah macam mana?” soalan Hakimi
dijawab dengan soalan Fathia.
“Sayang sekarang dah tak macam dulu. Yang cakap
lemah lembut dengan abang. Selalu tersenyum manis dengan abang. Selalu, selalu
mintak izin dengan abang bila sayang nak keluar. I want my old sayang.” Sayu
hati Fathia apabila Hakimi meminta sebegitu. Salahkah dia berubah?
“Dan abang mintak maaf atas semua yang telah abang
lakukan pada sayang. Abang tahu abang yang salah. Abang curang. Abang jahat dan
abang teruk. Abang tak patut buat sayang macam ni. Dan abang langsung tak tahu
Suraya teman baik sayang. Abang langsung tak tahu, sayang. Abang sanggup
lakukan apa saja, asalkan sayang maafkan abang. Please, maafkan abang. Kita
baik macam dulu? Kita buka buku baru and kita mulakan hidup baru. Abang, sayang
and our baby?”
Hakimi menangis? Terkedu Fathia. Untuk menolak
semua itu, Fathia rasa bersalah. Malah, dia dapat merasakan bahawa baby juga
mahu dia berbaik semula dengan Hakimi.
“Abang sanggup lakukan apa saja? Apa saja?” Tanya
Fathia.
Senyuman Hakimi melebar apabila Fathia
memanggilnya dengan panggilan ‘Abang’. Sudah lama dia tidak mendengar suara
manja itu memanggilnya dengan panggilan itu. Sungguh dia rindu.
“Yes, everything.” Jawab Hakimi dengan
bersungguh-sungguh. Dia menarik kedua-dua tangan Fathia dan mengenggamnya
dengan kemas. Dia tidak akan lepaskan peluang itu.
“Tinggalkan Suraya.”
Dumm!
Terlepas tangan Fathia. Satu ayat itu membuatkan
lututnya lemah. Tinggalkan Suraya? Mampukah dia lakukan semua itu? Mampukah dia
tinggalkan Suraya perempuan yang dia cintai? Jika dia tidak mahu tinggalkan
Suraya, Fathia yang aku meninggalkan dia? Ya Allah, dugaan apakah yang telah
Engkau berikan kepadaku ini. Rintih Hakimi dalam hati.
Terkedu Fathia apabila Hakimi melepaskan
tangannya. Fathia menunggu jawapan daripada Hakimi, tapi memandangkan Hakimi
hanya mendiamkan dirinya, Fathia tahu, Hakimi tidak akan meninggalkan Suraya.
Jadi, diakah yang perlu pergi? Melepaskan lelaki yang dia cintai? Kuatkan aku
Ya Allah? Begitu istimewakah Suraya pada abang? Sampai abang sanggup lukakan
hati Thia lagi? Fathia meninggalkan Hakimi yang terkedu di ruang tamu itu.
Comments
Post a Comment