Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 7

Part 7 Sinaran matahari di sebalik langsir membuatkan Hareez terpaksa membuka matanya. Terasa malas untuk bangun selepas seharian menerbangkan kapal terbang dari Kuala Lumpur ke London. Perlahan-lahan dia bangun melangkah. Slinding door di buka dan senaman ringan di lakukan di beranda biliknya. Udara segar London di hirup perlahan-lahan. Baru saja beberapa minggu lepas dia meninggalkan bumi London. Dan hari ini, dia di sini lagi. Melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang juruterbang. Hareez memandang ke bawah. Melihat suasana sekeliling hotel. Terdapat ramai pelancong di sekitar kolam renang yang di sediakan oleh pihak hotel. Seketika matanya terpaku pada dua susuk tubuh yang dia sangat kenal. Mata disipitkan lagi untuk mengenal pasti sama ada tekaannya benar atau salah. Ya. Tekaannya tepat. Adellya dan Zafran. Bergelak ketawa. Bergurau mesra. Tangan dikepalkan. Perasaan tidak enak hadir di dalam hati menyebabkan api kemarahan menyala. Tidak tahu kenapa dia rasa begitu.

Freedom! ;D

Hai. Assalamualaikum readers. Okay. Now, Sya daa freedom. SPM daa habis. And insyaAllah after this Sya boleh tumpukan pada this blog and the stories sementara tunggu result. Thanks kepada yang setia menanti menunggu Sya sampai sekarang. Dan baca semua karya Sya yang tak seberapa ni. And thanks jugak kepada yang daa doakan Sya berjaya. Alhamdulillah, paper semua okay. Ada yang bad ada yang not bad ada jugak yang not not not bad. Haha. By the way, really appreciate you guys. And Sya nak mintak maaf jugak sebab buat korang ternanti nantikan sambungan semua cerita ni. Sya memang takde masa langsung nak melekat depan laptop semua ni. Mom daa bagi amaran takde internet laptop semua tu haaa. So, sekarang daa boleh just tunggu masa idea datang then nanti Sya publishkan dekat sini untuk sayang sayang Sya semua ni, okay? Doakan Sya supaya dapat banyak banyak idea untuk siapkan cerita ni semua. Don't worry. Sya tak akan biarkan semua ni tergantung macam tu je. Sya pun tak suka bagi gantun