Skip to main content

CERPEN: Kau Curang 6

6

Fathia memandang kereta Honda Civic yang berwarna merah itu. Kereta terparking elok didalam porch mesti tuannya juga ada. Dengan jantung yang berdegup laju Fathia menekan butang loceng yang terletak elok ditiang pagar itu.

Fathia tidak akan melepaskan Hakimi dengan mudah. Dia sanggup berdepan dengan Suraya kalau Hakimi tidak mahu melepaskan Suraya. Biar dia sahaja yang melutut merayu dengan Suraya. Demi rumah tangga dia. Demi baby yang berada dalam rahimnya. Dia perlu buat sesuatu.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Eh, Thia. Masuklah.”
____________________________________________

“Mimpi apa kau semalam tiba-tiba je datang rumah aku?” Tanya Suraya. Pelik dia. Tiba-tiba je Fathia datang ke rumahnya tanpa memberitahu dia terlebih dahulu. Dengan wajah yang tidak berapa ceria itu.

“Kau ada masalah ke? Tak nak share dengan aku? Mana tahu aku boleh tolong ke?” Tanya Suraya.

“Su, memang kau je yang boleh tolong aku. Hanya kau je.” Jawab Fathia sambil memegang kedua-dua belah tangan Suraya.
Suraya semakin pelik. Masalah apa yang Fathia hadapi sampai macam ni sekali. Dan hanya dia yang dapat membantu Fathia. Maksud Fathia?

“Apa yang aku boleh tolong? Kau cakap dengan aku.”

“Kau, kau tinggalkan Haris.” Berat dia untuk mengatakannya. Tapi, demi baby ini dia terpaksa.

“Apa maksud kau, Thia? Kenapa kau suruh aku tinggalkan Haris?” Terkejut Suraya. Kenapa Fathia minta dia tinggalkan Haris? Apa yang dirancangkan oleh Fathia? Laju dia menarik tangannya daripada Fathia.

“Tunang kau, Haris Hakimi. Suami aku.”

“What?!”

Haris tunang aku. Suami Thia? Kawan baik aku? AKu mimpi ke ni? Jadi yang merampas Haris dari dia adalah, Fathia kawan baik dia sendiri? Dan sekarang, dia yang merampas suami Fathia?

“Ya, Su. Haris Hakimi adalah suami aku. Tunang kau, suami aku, Su.”
Fathia memadang wajah Suraya. Dia tahu Suraya pasti terkejut. Tapi dia masih perlukan Hakimi. Dia terpaksa melakukan ini. Apabila Suraya hanya mendiamkan dirinya dia melutut didepan Suraya.

“Su, aku merayu dengan kau, Su. Please tinggalkan Hakimi. Aku perlukan Hakimi. Anak dalam kandungan aku ni juga perlukan Hakimi. Aku sanggup lakukan apa saja asalkan kau sanggup tinggalkan Hakimi.” Fathia menyeka air matanya Dia memandang Suraya yang masih terkejut.

“Su, aku tahu aku salah dengan kau sebab aku rampas Hakimi daripada kau dulu. Tapi, kau tak tahu yang Hakimi tu kekasih kau, Su. Sumpah, kalau aku tahu, aku tak akan terima dia, Su. Aku tak akan. Tapi, sekarang. Please, Su. Aku merayu sangat-sangat dengan kau. Please, tinggalkan Hakimi. Kau kesiankanlah anak aku, Su. Selama ni kau yang tahu macam mana sakitnya hati aku bila Hakimi abaikan aku. Kau saja yang faham perasaan aku. Please.”
Suraya menarik Fathia dari melutut.

“Thia, jangan macam ni. Hati aku sakit bila kau melutut merayu macam ni dengan kau. Ye, ye. Nanti aku bincang dengan Hakimi. Aku akan tinggalkan Hakimi. Demi kau dan anak kau ni. Aku tak sanggup tengok kau macam ni. Tak apa. Aku dah pernah kehilangan dia. Tak akan sekarang aku takleh kan? Dah, jangan nangis. Aku sayang kau. Walaupun sakit untuk kau lakukan, tapi tengok kau macam ni lagi sakit hati aku, Thia.” Suraya menyeka air mata yang mengalir dipipi Fathia.

“Thanks, Su. Kaulah kawan baik aku dunia akhirat. AKu mintak maaf sebab paksa kau lepaskan Hakimi. Aku mintak maaf sangat-sangat dengan kau, Su.”

Suraya menarik Fathia dalam pelukannya lalu mengusap belakang Fathia.

“Thia, kau isteri dia. Dan aku hanya tunang dia. Kau lebih layak dengan dia berbanding aku. Kau lebih dekat dengan dia berbanding aku. Dah, jangan nangis lagi. Nanti baby terikut-ikut macam kau nanti. Dah, lap air mata kau ni.”

Selepas hampir 1jam Fathia berada di rumah Suraya, dia meminta diri untuk pulang. Dia mahu menyediakan makan malam buat Hakimi. Dia mahu mulakan hidup baru dengan Hakimi. Dia yakin Suraya tak akan kecewakan dia.

Suraya hanya memandang Mini Cooper itu berlalu pergi. Dia mengapai iPhonenya lalu mendail nombor seseorang.

“Bie..”
____________________________________________

“Fathia! Fathia!”

Terlepas senduk ditangan Fathia apabila dia mendengar Hakimi balik dan menjerit-jerit memanggil namanya. Tergesa-gesa dia mendapatkan Hakimi.

Takut apabila memandang wajah Hakimi seperti mahu makan diri dia. Kenapa dengan Hakimi? Dia dah tahu tentang aku ke rumah Suraya untuk meminta Suraya meninggalkan dia? Tiba-tiba bulu romanya meremang. Takut berlaku sesuatu diluar jangkaannya.

“Abang, abang dah balik?”

“Petang tadi Thia pergi mana?”

Takut Fathia memandang muka Hakimi yang merah menyala seperti menahan marah. Dengan suaranya yang tinggi.

“Thia, Thia…”

“Thia apa?! Thia pergi jumpa Suraya kan?”

Fathia hanya mendiamkan diri. Tidak berani bersuara.

Terkejut Fathia apabila Hakimi mencengkam kedua-dua belah bahunya. Sakit. Laju air matanya turun.

“Abang, sakit.”

“Thia buat apa pergi rumah Suraya?! Thia serang Suraya kan? Thia pergi pukul Suraya kan?!”

Terpampan Fathia. Dia pukul Suraya?

“Abang, memang betul Thia pergi rumah Suraya. Tapi,”

Pang!!!

Belum sempat Fathia menghabiskan ayatnya, laju saja tapak tangan Hakimi melayang ke mukanya. Fathia jatuh terjelopok diatas lantai. Terkejut. Pedih. Perit. Sakit. Itu yang dia rasakan sekarang.

“Jadi memang betullah kau pergi rumah dia tadi. Kau serang dia kan? Kenapa kau serang dia? Sebab aku tak nak tinggalkan dia, sebab tu kau serang dia? Macam tu? Jawablah.” Sakit hati dia melihat Fathia hanya mendiamkan diri. Dia menarik Fathia bangun lalu mencengkam pipi Fathia dengan kuat.

“Abang, lepaskan Thia. Sakit abang.” Teresak-esak Fathia sambil merayu agar Hakimi melepaskannya. Senak diperut mula terasa.

“Ohh, tahu pun sakit. Habis tu yang kau pergi tampar Suraya sampai habis bengkak pipi dia tu, kau tak fikir plak sakit dia.”

Sekali lagi tapak tangan Hakimi melayang ke pipi Fathia. Sakit hati apabila muka bengkak Suraya terbayang. Petang tadi, Suraya menelefon dia. Memberitahu bahawa Fathia datang menyerangnya dan memukulnya. Pada awalnya dia tidak percaya tapi apabila dia sendiri pergi ke rumah Suraya, terkejut melihat rumah Suraya tak ubah seperti pencuri masuk. Dan apabila Suraya menangis teresak-esak sambil menunjuk mukannya yang luka berdarah dan bengkak di pukul Fathia.

Fathia tersentak apabila Hakimi menamparnya sekali lagi dan perutnya jatuh tersemban mengena bucu meja makan. Ya Allah. Jerit Fathia didalam hati. Sakitnya. Senak. Sakit. Sangat sakit. Ya Allah, janganlah Engkau ambil anak ku sekarang. Hanya dia yang aku ada, Ya Allah.

“Kenapa kau diam?! Jawablah aku tanya kau kan?!”

Terdiam Hakimi apabila dia melihat Fathia jatuh tersemban dan 
memegang perutnya.

“Thia, Thia.” Suaranya mula mengendur.

Saat dia melangkah mendekati Fathia, matanya terpandang cecair merah yang mengalir di lantai. Membulat matanya apabila otaknya mula dapat mencerna cecair merah itu. Darah!

Dia membalikkan tubuh Fathia. “Thia, are you okay?” Suaranya kedengaran cemas. Apa yang aku dah buat ni, Ya Allah!

“Sakit.” Hanya itu yang keluar dari mulut Fathia sebelum matanya tertutup rapat. Hakimi mula panik.

“Sayang, jangan tinggalkan abang. Maafkan abang sayang. Sayang buka mata sayang, please. Baby, bertahan ya. Daddy bawa mummy pergi hospital. Sayang, sayang bertahan ya.” Minta Hakimi dengan nada yang cemas.


Hakimi mencempung Fathia ke kereta untuk dibawa ke hospital.

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter...