Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Result.

Assalamualaikum and hai to my readers. 13 November 2015, Jumaat. Result final exam keluar. Tepat pukul 12:00 pagi duk bertahan depan laptop sebab nak tahu result. Berdebar tu tak payah cakap laa. Macam nak terkeluar jantung ni haaa. Takut cuak semua ade bercampur jadi sayu meletup kebaboooom! Alhamdulillah! Tak sia sia duk tunggu depan laptop hampir 1 jam. My result, lulus semua walaupun tak dapat dekan, still bersyukur. Daa lulus tu pun, daa bersyukur gile.  Thanks kepade yang doakan kejayaan Sya :* XOXO, Sya!

Imaginasi.

Assalamualaikum and hai to my lovely readers. Imaginasi. Ade orang cakap, novel, cerpen semua cerita cerita dalam blog semua macam tak logik akal je. Kuat sangat imaginasi korang semua. Yaaa, memang imaginasi kami terlampau kuat, terlampau tinggi sampai kadang kadang fikirkan balik, macam tak boleh nak terima langsung. That's why, ia di namakan CERITA. Nak harapkan apa yang kita impikan akan terjadi dalam dunia nyata memang taklah kan. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Di sebabkan kami tak mampu nak jadikan ia nyata, kami jadikan ia sebagai cerita yang di buat oleh kami sendiri. Hanya itu yang dapat membuatkan hati kami sebagai seorang penulis novel and cerpen puas. Korang tengok plak cerita aksi sekarang. Avenger, Transformers, Ninja Turtles and seangkatan dengannya. Kalau di fikirkan balik, wujud ke semua benda tu? Tak kan? It's imagination, right? Sama jugak dengan kami punya. Tapi, kami punya version lembut, romantik, cinta, sedih. It's just imaginatio

The End!

Assalamualaikum my readers. Sorry sebab Sya ambik mase yang terlalu lame untuk update final part. So, this is. Sya daa jumpa penutup untuk Setia Itu Menyakitkan. And so sorry. Ending nampak agak mengecewakan korang. Haihsss. Agak merapu sikit part kali ni. Terima kasih yang masih setia dengan Sya. Masih menunggu cerita dari Sya. Terima kasih jugak yang telah memberi sokongan untuk Sya walaupun masih ada yang tak puas hati dengan cerita Sya. So, tunggu next story yaaaa! XOXO, Sya.

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 15 END

Part 15 “Assalamualaikum, Zaf. Hari ni dah masuk sebulan awak tinggalkan saya. Tinggalkan kami semua. Saya rindukan awak, Zaf. Rindu sangat. Saya tak boleh persoalkan kenapa awak tinggalkan saya. Saya terima kenyataan kalau awak dah tinggalkan saya. Allah lebih sayangkan awak, Zaf.” Teresak-esak Adellya meluahkan rasa di hati. “Zaf. Semalam, Hareez ada bagitahu saya kalau dia cintakan saya. Macam kelakar pula. Lepas tu, dia bagitahu kalau dia cemburu awak dengan saya. Entah apa-apa lah dia tu. Kalau dah tak nak dekat si Eleena tu, tak payahlah buat alasan mengarut macam tu kan. Terus terang jelah macam dia bagitahu saya sebelum ni.” Adu Adellya. Adellya diam sebentar sebelum menyambung balik kata-katanya. “Saya tahu kalau dia menyesal. Dan saya tahu kalau luahan dia semalam tu semua ikhlas. Tapi, saya tak tahu kenapa, saya langsung tak boleh nak terima penjelasan dia. Dia keliru? Sebab saya jauh dari dia? Macam tak logik. Kalau sekarang ni pun dia cakap yang dia dah memang

Maafkan Diri Ini.

Assalamualaikum and hai to my readers. Firstly Sya nak mintak maaf sangat sebab Sya daa tak update entry baru sekarang ni. Sya tengah menghadapi masalah internet buat mase ni. Sya hanya dapat on internet pakai data phone je. Wifi langsung Sya tak dapat nak gune. Tambah pulak busy dengan study, test, quiz. Lagilah takde mase.  InsyaAllah, balik kampung for Hari Raya Haji nanti Sya akan update beberapa entry untuk korang lepaskan rindu. Sya mintak maaf sangat sangat. Yaaa, Sya tahu ramai yang akan cakap Sya ni banyak alasan untuk update entry. Oh ya, Sya punye final exam daa dekat. Doakan Sya tau. InsyaAllah Amin! And lastly, sorry kalau buat korang kecewe! XOXO!

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 14

Part 14 Adellya yang termenung jauh itu dipandang Hareez. Buntu. Dia buntu ingin memujuk Adellya. Langsung tiada perubahan ke atas diri itu sejak Zafran pergi. Malah, semakin teruk selepas kehadiran orang tua Eleena. Kata ibu, Adellya hanya mendiamkan diri saja saat mereka datang. Dia tidak tahu apa yang bermain di fikiran si isteri. Kaki melangkah ke arah di mana Adellya melabuhkan duduk. Adellya tidak perasan akan dirinya kerana isterinya membelakangkan dirinya. “Jauh termenung.” Sambil punggung melabuh disisi Adellya. Saja duduk dekat-dekat. “You menungkan apa, Adel?” Soal Hareez sambil tangan meraih jari jemari si isteri. Adellya hanya mampu biarkan. Entah kenapa dia tidak pula mahu membantah kelakuan Hareez. Hareez hanya tersenyum saat kelakuannya dibiarkan Adellya. “You rindukan arwah?” Soal Hareez perlahan. Adellya terkaku dengan soalan diberikan Hareez. Kenapa tiba-tiba tanya soalan itu? Rindu Zafran? Memang dia rindukan Zafran sangat rindu. Sebak mul

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 13

Part 13 ‘ He’s gone, Lya. Teksi yang bawak Zafran ke airport accident.  Lori yang datang dari arah bertentangan langgar teksi yang Zaf naik, menyebabkan mereka bertembung dan Zaf….’ ‘He’s gone, Lya.’ Satu ayat mampu membuatkan semangat hidupnya terbang melayang. Satu ayat mampu membuat dia tidak mampu berdiri lagi. Satu ayat mampu membuatkan dia menangis tidak berhenti sehingga sekarang. Kapten Zafran. Tiada lagi Zafran yang akan menemani siang dan malam dia. Tiada lagi yang akan menemani dia makan. Tiada lagi Zafran yang mengucapkan kata rindu dan cinta. Semuanya tinggal kenangan. Perginya Zafran ibarat semangat untuk dia terus hidup melayang. Kata Qalif, kenderaan yang dinaiki Zafran mengalami kemalangan semasa Zafran dalam perjalanan ke airport. Teksi yang membawa Zafran bertembung dengan sebuah lori. Dan  Zafran menghembuskan nafas terakhirnya disitu. Ya Allah!  Berat untuk dia menerima semua ini. Zafran pergi saat tiada siapa disisinya. Zafran pergi disa

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 12

Part 12 “Lya!” Adellya menghentikan langkahnya saat mendengar namanya dipanggil seseorang. Laju kepala berpusing menlihat gerangan tersebut. “Morning, Zaf.” Senyuman mesra dihulurkan walaupun badan masih letih setelah berada di atas awan selama 6 jam setengah dari Korea. “Hai, pretty. How are you?” Soal Zafran lembut. Tahu buah hatinya itu letih. Tapi, disebabkan desakan rindu dia terpaksa juga menahan langkah Adellya. Ingin saja dia memeluk wanita itu jika tidak memikirkan status yang disandang Adellya. “I’m fine, just penat sikit. Baru fly dari Korea. You?” “Ohhh, I baru nak fly ke London.” “London? Again? Berapa hari? Lama ke?” Banyak pula soalan yang ditanya. Entah kenapa  tiba-tiba perasaan tidak enak menjalar di hatinya. Riak muka ditahan. Tidak mahu Zafran risaukan dirinya. “Macam biasa, seminggu. Don’t worry, okay. Nanti I balik I terus jumpa you.” Ubun-ubun Adellya diusap perlahan. Dia akan merindukan wajah ini. Sungguh susah untuk dia melangk