Part 13
‘He’s gone, Lya. Teksi yang bawak Zafran ke
airport accident. Lori yang datang dari arah bertentangan langgar teksi yang
Zaf naik, menyebabkan mereka bertembung dan Zaf….’
‘He’s
gone, Lya.’
Satu
ayat mampu membuatkan semangat hidupnya terbang melayang. Satu ayat mampu
membuat dia tidak mampu berdiri lagi. Satu ayat mampu membuatkan dia menangis
tidak berhenti sehingga sekarang.
Kapten
Zafran. Tiada lagi Zafran yang akan menemani siang dan malam dia. Tiada lagi
yang akan menemani dia makan. Tiada lagi Zafran yang mengucapkan kata rindu dan
cinta. Semuanya tinggal kenangan. Perginya Zafran ibarat semangat untuk dia
terus hidup melayang.
Kata
Qalif, kenderaan yang dinaiki Zafran mengalami kemalangan semasa Zafran dalam perjalanan
ke airport. Teksi yang membawa Zafran bertembung dengan sebuah lori. Dan
Zafran
menghembuskan nafas terakhirnya disitu. Ya Allah! Berat untuk dia menerima
semua ini.
Zafran
pergi saat tiada siapa disisinya. Zafran pergi disaat dia belum meluahkan
perasaan sayang buat lelaki itu. Masih
terngiang-ngiang di telinganya saat Zafran ingin berlepas pergi.
‘Nanti, bila I dah tak ada, you jaga diri you
baik-baik tau. Jangan bagi orang lain sakitkan hati you lagi. I will gonna miss
you, Lya.’
Patut
dia rasa berat hati untuk melepaskan Zafran pergi, rupanya Zafran ingin
meninggalkannya, bukan untuk seminggu tapi untuk selamanya. Batu
nisan di gosok lembut ibarat dia membelai kepala Zafran.
“Zaf, I
tak sangka you akan tinggalkan I secepat ni. I tak sangka Zaf. You tunaikan
janji you, yang you akan balik in one piece. Tapi, bukan dengan keadaan you
yang tak bernyawa, Zaf. Bukan itu yang I mintak Zaf.” Semakin teresak
tangisannya.
“I tak
tahu macam mana kehidupan Iepas ni tanpa you, penguat semangat I. I ingat I
mampu untuk terus berdiri sendiri. Tapi, ternyata I salah. I tak boleh. But, I
will try. Itu yang you nak tengok kan? I akan doakan you semoga you tenang di
sana, Zaf. InsyaAllah, I akan selalu datang jumpa you. I pergi dulu, sayang.
Assalamualaikum, Kapten Zafran.” Ucap Adellya seiring dengan aliran air mata
yang mengalir di pipi gebu itu.
Saat
dia kalih ke belakang, hanya pandangan sayu yang mampu dia lemparkan kepada
Hareez. Tiada mood untuk bertikam lidah dengan lelaki itu. Dia masih
diselubungi dengan perasaan sedih. Dia harap Hareez faham keadaan dia macam
mana.
“Kita
selesai hal kita selepas keadaan kembali pulih.” Hanya itu yang mampu dia
ucapkan kepada Hareez.
Hareez
yang sejak dari tadi hanya mampu melihat isterinya tangisi kepermegiaan lelaki
lain. Walaupun setiap patah kata yang dikeluarkan dari bibir mungil itu
membuatkan hatinya bagai disiat sebilah pisau, dia hanya mampu bertahan dan
terus menemani Adellya di situ. Takut, Adellya akan melakukan perkara diluar
jangkaan.
Begitu
sedihkah Adellya saat Zafran pergi? Begitu cintakah Adellya kepada Zafran? Ya
Allah, hilang sudahkah rasa cinta dalam hati isteriku buat diriku ini? Air mata
mengalir di sebalik Rayban dipakainya disapu. Kakinya melangkah mengikut
langkah Adellya.
“Adel,
I hantar you balik, ya.” Ucap Hareez perlahan sambil lengan Adellya diraihnya.
“It’s
okay. I boleh balik sendiri.” Perlahan Adellya membalas.
“I tak
boleh biarkan you balik sorang-sorang dalam keadaan emosi you tak menentu
Adellya.” Pujuk Hareez.
“I
larat lagi.” Bantah Adellya. Dia tidak mahu melibatkan Hareez lagi.
“Adel,
please. I tahu you tengah bersedih. Tapi, you still kena fikirkan tentang diri
you jugak.” Geram dibuatnya. Dalam keadaan macam ni pun masih jugak nak
berkeras kepala.
“Fine!”
Langkah diatur menuju ke kereta Hareez.
“I
hantar you balik rumah ibu.” Ucap Hareez saat enjin kereta dihidupkan.
“Buat
apa hantar I kat sana? I nak balik rumah I.” Suka-suka hati dia je.
“Kalau
dekat sana nanti ada yang boleh tengok kan you nanti. Kalau you sorang-sorang,
sape nak tengok kan you?”
“You
ingat I tak ada jiran tetangga ke?” Sinis saja ayat dikeluarkan Adellya.
“Adel,
bukannya dorang 24jam boleh tengok kan you.”
“Tapi,
I nak bersendirian. I perlukan ruang untuk I tenangkan diri I.”
“Habis
tu, dekat rumah ibu tak ada ruang untuk you tenangkan fikiran you? Boleh tak
kalau sekali you jangan melawan cakap I? I ni suami you, Adel.”
“Fine.
I akan balik rumah ibu, but with one condition.” Putus Adellya.
“What,
dear?” Tanya Hareez dengan senyuman. Lega Adellya mahu menurutinya.
“I tak
nak tengok muka you dekat rumah ibu sepanjang I tinggal dekat sana nanti. Kalau
you sanggup tunaikan syarat I, I akan tinggal dekat sana sehingga I okay.
Muktamad.”
Senyuman
yang mekar, kembali melayu setelah mendengar syarat Adellya. Keluhan dilepaskan
perlahan. Entah macam mana dia patut lembutkan hati Adellya.
********************************
Angin dilaman rumah keluarga Hareez membuatkan dirinya nyaman sebentar. Masalah
yang dialami juga terasa hilang dibawa arus angina. Alangkah indahnya jika masalah
itu akan hilang begitu saja dan tidak akan kembali lagi. Namun, tidak semudah
itu.
Hampir
sebulan Zafran pergi tinggalkan dia. Dan selama itu juga dia tinggal di rumah
Puan Iman. Hareez juga tidak kelihatan selama dia di situ. Mungkin, sewaktu dia
berada di dalam bilik Hareez pulang untuk bertemu dengan ibu selepas itu balik.
Tak pun berdating denagan buah hati sayang.
Pekerjaannya
juga sudah dia tidak ambik tahu. Bukan malas, tapi setiap kali ingin melangkah
ke sana, bayang-bayang Zafran mula bermain di mata. Semua kenangan bersama
Zafran terngiang-ngiang di minda. Ya Allah, betapa rindunya dia dengan arwah
Zafran. Hanya berdoa yang mampu dia lakukan.
Kadang-kadang
ada juga terdetik difikirannya. Berdosakah aku apabila perasaan rindu dan
sayang untuk lelaki lain wujud di dalam hati ini selain buat suami? Tapi, jika
bukan Hareez yang mulakan dulu. Dia tidak akan lakukan semua itu. Perasaan buat
Zafran tidak akan pernah wujud jika Hareez menjaga hubungan mereka berdua.
Pernah
terdetik di hati. Kenapa dia dengan Zafran tak ditemukan awal-awal lagi?
Sebelum perasaan cinta dan sayang buat Hareez? Namun, dia bukan siapa-siapa nak
bantah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan.
***********************************
Suara riuh di ruang bawah membawa kaki Adellya melangkah turun. Ingin melihat
apa yang menyebabkan kawasan itu kecoh.
Di situ,
dia dapat melihat Puan Iman dan Encik Hisyam sedang melayang tetamu yang
membelakangi dia. Terlihat seperti sepasang suami isteri dan seorang wanita
muda. Tapi, tidak pasti pula siapa.
“Adel,
sini nak.” Panggil Puan Iman.
Asalnya
malas ingin pergi tetapi atas desakkan Puan Iman terpaksa juga dia melangkah.
“Adel,
ini mak ayah Eleena.” Ucap Puan Iman perlahan. Tidaj tahu bagaiman reaksi
Adellya. Tapi, daripada penglihatannya hanya pandangan kosong yang diberikan
Adellya buat keluarga Eleena. Tiada persaan marah atau sedih. Encik Hisya hanya
tersenyum kelat. Tidak tahu bagaimana perasaan menantunya itu.
“Ini
anak makcik ke? Adik Hareez? Tapi, Reez cakap yang dia anak tunggal.” Soal
Eleena. Baru dia perasaan, wanita muda itu, Eleena.
“Ouhhh,
ini anak arwah kawan baik makcik dan pakcik, Adellya namanya.” Jawab Puan Iman
berhati-hati. Dia tahu jawapannya telah mengecewakan Adellya. Namun, dia tidak
tahu mahu memberi jawapan apa sekiranya Adellya berdiam diri. Dan Hareez pula
tiada di sini.
Adellya
hanya mampu tersenyum kelat. Bersalam dengan mak kepada Eleena dan berlalu
meminta diri untuk ke atas.
Sungguh
tiada perasaan yang dapat dia gambarkan sekarang sebab dia tak rasa apa-apa pun.
Sakit mahupun kecewa, tidak. Hanyalah kosong.
Bersambung...
*Maaf kalau tak menarik. XOXO!
Comments
Post a Comment