Skip to main content

CERPEN: Ku Tetap Menantimu



Part 1 

Felisya Adriana. Nama secantik rupa. Nama seindah rupa. Hati? Juga secantik dan seindah rupa dan nama. Tapi, sampai sekarang masih tidak berpunya. Bukannya tiada orang yang datang meminta. Cuma tuan punya badan suka menolak. Alasan? Masih belum bersedia untuk bercinta. Bukan itu sebab sebenarnya. Akhirnya mereka mengalah dan pergi. Tiada guna orang sudah tidak suka buat apa kita mengendeng? Baik pergi dan cari yang lain. Dan Felisya? Hanya biarkan saja.

Ting! Ting!

Felisya mengangkat muka. Dia memandang ke arah jejaka yang baru saja muncul itu. Naaa, ini penyebab sebenar kenapa dia menolak semua lelaki-lelaki lain. Kerana jejaka ini. Fawwaz Hadri. Lelaki yang tinggi. Mempunyai badan yang sasa. Putih. Hidung yang mancung. Kacak. Senang kata perfect!

Sebaik saja dia tersedar Fawwaz mahu memesan minuman di kaunter, cepat-cepat Felisya menganggkat kaki meninggalkan kerjanya tadi dan mengambil alih kerja Arin di kaunter. Dan Arin sengaja memberi. Semua pekerja disitu tahu bahawa Felisya sudah jatuh cinta dengan jejaka itu. Kerana itu Arin membiarkan saja Felisya mengambil pesanan. Dia tersenyum melihat gelagat Felisya.

“Yes, sir? Hot chocolate?” Laju Felisya tanya.

“Yaa. How do you know?” Tersipu-sipu Felisya saat Fawwaz menghadiahkan senyuman menggoda kepadanya. Cair habis si Felisya.

“Ar.. ar.. Just teka. Yaa, teka.” Dia membalas senyuman Fawwaz sambil menyelitkan lebihan rambutnya di celah telinga. Malu habisss.

“Oh really? You just teka apa yang I nak? Sound interesting.” Kata Fawwaz.

Beberapa minit kemudian, minuman yang dipesan Fawwaz siap. Felisya meletakkan hot chocolate Fawwaz di atas dulang lalu diberikan kepada Fawwaz. Dia hanya tersenyum malu saat Fawwaz mengeyitkan matanya pada Felisya. Felisya terkedu dan menundukkan wajahnya.

Fawwaz meletakkan lengannya di atas kaunter dan mendekatkan wajahnya dengan Felisya. “You know what, girl?”

“Yes?” Tanya Felisya gugup.

“You’re so cute when you’re blushing.” Kata Fawwaz dengan menggoda dan melangkah pergi.

Felisya terkedu. Dia rasa macam nak...

“Isya!”

**********************

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Seketika dia menganalisis apa yang telah terjadi ke atas dirinya itu.

“Haa. Dah sedar pun tuan puteri kita ni.” Suara seseorang kedengaran di sisinya. Perlahan-lahan dia memandang ke arah datangnya suara itu.

“Kenapa dengan saya ni, Kak Arin?” Soal Felisya saat wajah  yang dicarinya jumpa.

“Isya tak ingat ke apa yang terjadi tadi?” Soal Arin.
Felisya hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak ingat. Arin hanya tersenyum dengan gelengan Felisya.

“Eh nyah! Kau ni kan. Buat malu kaum perempuan jelah. Ada ke patut kau pergi pengsan dekat kaunter tu tadi. Nasib baiklah si handsome tu tak tengok kau jatuh terbongkang tadi.” Lancar mulut si Sherry a.k.a Shariman menembak Felisya.

“Aku pengsan? Si handsome? Kau.. kau jangan cakap yang aku pengsan selepas Fawwaz datang tadi? Kak Arin?” Bulat matanya saat Arin mengangguk kepala tanda ya.

“Aduhai. Kenapa lah setiap kali selepas Fawwaz datang mesti Isya pengsan? Kronik sangat dah ni.” Yang lain hanya tergelak mendengar kata-kata Felisya itu.

***********************************

Fawwaz melangkah masuk ke dalam kafe kegemaraannya itu. Kaki diatur ke kaunter. Matanya meliar mencari seseorang. Sherry di hadapan yang menunggu pesanannya diabaikan.

“Ehem. Ehem.”

Deheman seseorang membuatkan matanya kembali ke hadapan.

“Can I help you, sir?” Soal Sherry. Hari ini dia yang menggantikan tempat Felisya. Gadis itu terpaksa mengambil cuti atas sebab-sebab tertentu. Kalau tidak dah sah-sah yang berdiri kaunter ini Felisya.

“Err. Ya. I tengah cari seseorang. I think you know her.” Jawab Fawwaz.

“Her? So, that person was girl. Boleh saya tahu nama gerangan yang encik cari?” Soal Sherry kembali. Kalau Felisya yang jaga sah-sah menangis tak berlagulah kau Isya oiii. Jantan yang kau syok ni tengah cari seseorang. Perempuan pulak tu.

“Err.. I tak berapa sure nama dia apa. But, she always took my order. I think, her name sound like, Isya? Sya? I ada dengar you guys panggil dia tempoh hari.”

Bulat mata Sherry. Dia cari Felisya? Memang sah-sahlah dia cari Felisya sebab yang ada nama Isya Sya tu, Felisya sorang saja.

“Maksud encik, Felisya?” Soal Sherry lambat-lambat.

“Yaa. I think.” Senyum Fawwaz.

“Boleh I jumpa dengan dia?” Soal Fawwaz apabila dia melihat si penjaga kaunter hanya mendiamkan diri.

“Ehem!” Eheman Fawwaz mengejutkan Sherry.

“Yaaa, yaaa. Encik cakap apa tadi?” Soal Sherry kembali. Entah-entah telinga dia yang tersilap. Padahal si handsome ni cari orang lain.

“I cari girl yang bernama Felisya.” Ulang Fawwaz sekali lagi dengan senyuman yang bakal mencairkan semua hati wanita.

“Errrr, ada apa ya encik cari dia?”

“Kenapa I tak boleh cari dia ke?”

“Bukan, maksud saya atas tujuan apa encik cari Felisya?”

“I nak berkenalan dengan dia. I berminat, no I mean I sukakan dia.”


Dan kali ini, giliran Sherry pula yang jatuh pengsan.

Bersambung...

*Hai guys. sorry sebab lama sangat Sya tak updates. And by the way, doakan semoga cerita ni tak panjang macam SIM and EE kay. XOXO!

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 3

Part III Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi. Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja. Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut. “Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.” Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia. “Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?” Sepi. “Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang dah lukakan hati...