Part 12
“Lya!”
Adellya
menghentikan langkahnya saat mendengar namanya dipanggil seseorang. Laju kepala
berpusing menlihat gerangan tersebut.
“Morning,
Zaf.” Senyuman mesra dihulurkan walaupun badan masih letih setelah berada di
atas awan selama 6 jam setengah dari Korea.
“Hai,
pretty. How are you?” Soal Zafran lembut. Tahu buah hatinya itu letih. Tapi,
disebabkan desakan rindu dia terpaksa juga menahan langkah Adellya. Ingin saja
dia memeluk wanita itu jika tidak memikirkan status yang disandang Adellya.
“I’m
fine, just penat sikit. Baru fly dari Korea. You?”
“Ohhh,
I baru nak fly ke London.”
“London?
Again? Berapa hari? Lama ke?” Banyak pula soalan yang ditanya. Entah
kenapa tiba-tiba perasaan tidak enak
menjalar di hatinya. Riak muka ditahan. Tidak mahu Zafran risaukan dirinya.
“Macam
biasa, seminggu. Don’t worry, okay. Nanti I balik I terus jumpa you.” Ubun-ubun
Adellya diusap perlahan. Dia akan merindukan wajah ini. Sungguh susah untuk dia
melangkah pergi. Seakan dia tidak akan kembali lagi. Nafas ditarik. Senyuman
mesra dihulurkan kepada buah hati.
“I
pergi dulu. Nanti dah sampai sana I call you. Nanti, bila I dah tak ada, you
jaga diri you baik-baik tau. Jangan bagi orang lain sakitkan hati you lagi. I
will gonna miss you, Lya.” Kata-kata yang diucapkan Zafran membuatkan Adellya
terkaku sebentar. Sedikit pelik dengan ayat itu. Tidak mampu dia mengeluarkan
kata-kata membalas ucapan itu.
Saat
Zafran melangkah pergi. Cepat-cepat dia memanggil kapten muda itu.
“Zaf,
janji dengan I yang you akan balik dengan selamat. And back to me in one
piece.” Walaupun perlahan, masih dapat didengari Zafran.
“InsyaAllah,
I will, dear. I will.” Senyuman dihulurkan sebelum kembali menyambung
langkahnya.
“Sedih
ke buah hati tinggalkan you?” Suara di belakang membuat dia berpaling. Malas
melayan si dia, dia menarik kembali luggage meninggalkan Hareez berdiri di
situ.
“I nak
fly sekejap lagi. Tak ada ucapan seperti mana you ucapkan kepada Zafran ke?”
Soal Hareez. Ingat dia tak dengar apa yang mereka berdua berbual sebentar tadi?
Rancak berbual sehingga tidak sedar dia kejung berdiri di belakang.
Tanpa
membalas, Adellya menyambung kembali langkahnya. Tidak ada masa nak melayan
Hareez.
“Adel!
I belum habis lagi dengan you. Wait!” Jerit Hareez sehingga orang sekeliling
memandang ke arah mereka berdua.
“You ni
dah kenapa? Terjerit-jerit macam orang hilang akal.” Geram Adellya. Kaki laju
melangkah mendekati si suami.
“You
nak apa? I penat tahu tak!” Marah Adellya. Bertambah geram dibuatnya apabila
Hareez hanya tercegat tanpa bersuara.
“Cakaplah
cepat. I nak balik pulak ni. Orang dah ada depan mata ni cakap jelah. Tersengeh
macam kambing buat apa?” Geram dia dengan si Hareez ni.
“Dengan
si Zafran bukan main mesra lagi you cakap dengan dia. Dengan I, macam nak telan
je. I suami or dia suami?” Sinis Hareez.
Bibir
diketap menandakan bahawa dia geram dengan kata-kata suaminya. Dahla tengah
penat si suami pulak saja menaikkan darah dia. Huh, suami? Tiba-tiba rasa nak
gelak kuat-kuat je bila Hareez mengaku yang dia tu seorang suami.
“Okay,
now I tak nak gaduh dengan you. Apa yang I nak sekarang, kenapa you pindah
keluar dari rumah ibu?” Soal Hareez lembut.
“So,
you dah tahu lah yang I dah pindah kan. Baguslah. Tak payah susah-susah I nak
bagitahu.”
“Kenapa
you pindah tak berbincang dengan I dulu?” Soal Hareez. Mata tepat memandang
wajah jelita di depannya. Hati pernah menyoal diri sendiri, mengapa dia sanggup
menduakan Adellya? Kemana pergi cinta dia terhadap Adellya dulu? Dimamah
bumikah?
“Perlu
ke I berbincang dengan you?” Sinis saja soalan itu keluar dari mulut Adellya.
“I’m
your husband, Adel.”
“My
husband? Tapi, you langsung tak berlagak seperti seorang suami pada I, Hareez.”
Luah Adellya. Air mata yang ingin mengalir ditahan. Dia tidak mahu Hareez
melihat dia lemah.
“By the
way, tolong akhiri hubungan kita secepat mungkin. I tak sanggup hidup
bergantung tak bertali macam ni.”
Kaki
laju melangkah meninggalkan Hareez terkedu di situ. Cukuplah Hareez. Cukup
sampai di sini saja kisah kita. Akhiri semua ini. Agar kita dapat mencari
kebahagiaan sendiri.
************************************************
‘I tak sanggup hidup bergantung tak
bertali macam ni.’ Luahan Adellya kelmarin masih terngiang-ngiang di
telinganya. Melepaskan Adellya? Sungguh hati ini tidak sanggup. Tetapi,
bukankah itu adalah keputusannya sebaik saja mendarat di bumi Malayasia? Apa
yang telah berlaku dengan keputusannya itu?
Dia
cuma tidak mahu Adellya terlepas dan bersama dengan lelaki lain terutama kapten
muda itu. Tergugat? Keluhan kecil dilepaskan. Mungkin. Sejak dia pulang ke
Malaysia, Adellya selalu berkepit dengan kapten muda itu, dan dia Adellya
langsung tidak pandang. Adellya sudah berputus asakah dengan dirinya?
Telefon
bimbit di atas meja kopi dipanadang sepi. Sejak dia mendarat di bumi Turki,
telefonnya asyik berdering. Siapa lagi kalau bukan daripada Eleena. Muka diraup
kasar. Asyik memikirkan soal Adellya sampai terlupa akan kekasihnya.
Patutkah
dia melepaskan Adellya pergi agar isterinya itu dapat mencari kebahagiaan
sendiri? Tapi, dia? Bagaimana pula? Bahagiakah dia bersama Eleena nanti?
*******************************************************
‘Babe, esok pagi InsyaAllah I akan tiba
di Malaysia. Can’t wait to see you. And yaa, I love you and miss you, heart! ’
– Hareez
WhatsApp
daripada Zafran disambut dengan senyuman. Entah kenapa tidak sabar rasa untuk
berjumpa dengan Zafran.
‘Okay. Dah sampai Whatsapp I. I will fetch
you at airport, dear. Miss you too.’ – Adellya.
Dear?
First time dia mengunakan perkataan itu buat Zafran. Hmm, alangkah indahnya
hidup jika Zafran dulu yang dia temui sebelum Hareez. Mungkin sekrang mereka
dah hidup bahagi. Mempunyai sebuah keluarga yang kecil. Bukannya hubungan yang
tida hala tuju seperti dia dan Hareez ini. Keluhan kasar dilepaskan. Serabut
memikirkan hal rumah tangga dia.
Lebih
baik dia tidur. Esok pagi nak kena bangun awal. Nak jemput Zafran. Hareez? Hmm,
dia dah malas nak ambik tahu pasal lelaki itu.
Perlahan-lahan
mata melabuhkan tiarainya untuk maalm itu.
***************************************************
Bunga di tempat duduk sebelah dipandang dengan penuh perasaan berbunga-bunga.
Tidak sabar untuk memberi kepada Zafran. Lebih tepat tidak sabar ingin berjumpa
dengan Zafran. Senyuman manis dilakarkan. Sekejap lagi pasti Zafran akan tiba.
Make up di wajah dibetulkan. Okay, done.
Telefon
bimbitnya berdering seiring dengan kaki yang melangkah masuk ke pintu airport.
‘Sarah.’
“Hey,
babe. Zaf dah sampai ke? I baru je sampai kat pintu masuk ni. Sekejap lagi I
sampai.”
“Lya, I had something to tell you. I hope you
bersabar.” Ucap Sarah perlahan. Berita yang ingin dikhabarnya kepada Adellya
ibarat akan meruntuhkan semangat hidup Adellya.
“Apa
dia? Kenapa suara kau lain, Sarah? Kau ada problems ke?” Soal Adellya pelik.
Dah kenapa pulak dengan Sarah ni?
“No. It’s about Kapten Zaf.” Jawab Sarah
perlahan.
“Kenapa
dengan Zaf?” Perlahan-lahan kaki dia berhenti dari melangkah. Ingin memberi
perhatian kepada apa yang ingin disampaikan Sarah mengenai Zaf.
“Zaf, he’s gone, Lya.”
Dum!
Bersambung...
*Maaf kalau berterabur. XOXO!
Comments
Post a Comment