Setia Itu Menyakitkan 3
Adellya
memijak anak tangga terakhir. Dia ingin cepat ke tempat kerjanya. Sudah hampir
2 minggu dia bercuti. Sekarang sampai masanya dia mulakan kerjanya. Walaupun
perasaan sedih dan kecewa itu masih bersisa, dia perlu kuat dan tabah. Jika dia
terus berkurung di dalam bilik itu bererti dia telah memberi peluang besar
kepada perempuan yang telah membuat suaminya itu ingin meninggalkan dia.
Belum
sempat dia melangkah ke bilik kecil yang disediakan untuk menyimpan semua kasut,
suara Puan Iman kedengaran di belakangnya.
“Adel.
Adel nak ke mana ni?”
“Adel
nak pergi kerjalah, bu.”
“Kerja?
Adel dah okey ke?”
“InsyaAllah
Adel okey, ibu. Ibu jangan risau ya? Lagipun dah 2 minggu Adel cuti. Takut tak
ada sesiapa yang nak gantikan tempat Adel nanti.”
“Kalau
macam tu, takpelah. Erm, Adel tak nak breakfast dulu ke? Ibu ada masakkan
makanan kesukaan Adel tu. Nasi Lemak dengan sambal bilis.” Dia sengaja masakkan
makanan kesukaan menantunya itu. Mana tahu selera Adellya akan bangkit.
“Aduh.
Adel nak sangat, bu. Tapi, Adel terpaksa pergi dah ni. Adel takut tak sempat
nak kejar flight. Adel terpaksa terbang ke London. Seminggu.” Keluh Adel. Tapi,
terpaksalah dia berkorban. Bekerja sebagai seorang pramugari memang banyak yang
perlu dikorbankan.
“Laaa.
Kenapa tak kasi tahu ibu awal-awal? Jap, ibu tapaukan untuk Adel ya? Tak baik
tak sentuh sikit. Adel nak jalan jauh ni. Kejap ya , sayang.” Dengan tergesa-gesa
Puan Iman ke dapur untuk bekalkan sarapan buat Adellya.
Belum
sempat Adellya membalas, berdesup ibu mertuanya ke dapur. Hmm, untungnya dapat
mertua macam ni. Tapi, selamanya ke mereka akan menjadi mertua aku? Sementara
menunggu Puan Iman tapaukan untuk dia, Adellya menyarung kasut tumit tinggi
hitam ke kakinya. Selepas itu, dia menghidupkan enjin kereta kesayangannya.
Suzuki Swift berwarna merah garang itu. Ternampak kelibat Puan Iman di depan
pintu, Adellya cepat-cepat keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Puan
Iman.
“Susahkan
ibu je. Nanti sampai kat KLIA, Adel makan ya.”
“Tak
ada susahnya. Ni, pergi ayah dah tahu?” Soal Puan Iman. Nanti pelik pulak si
suaminya bila Adellya tiada.
“Adel
tak sempat. Ibu tolong kasi tahu ayah ya. Adel pergi dulu. Assalamualaikum.”
Dia menyalam tangan Puan Iman dan mengucup kedua-dua pipi wanita itu.
“Ya,
nanti ibu beritahu. Jaga diri elok-elok. Dah sampai London nanti, call ibu.
Waalaikumussalam.” Pesan Puan Iman. Adellya hanya mengangguk.
***********************************************************
Adellya memarkirkan keretanya bersebelahan dengan Nissan GTR berwarna putih itu. Cepat-cepat dia keluar setelah sedar dia telah lewat. Dengan tergesa-gesa dia mengeluarkan bagasinya dari bonet. Tiba-tiba ada tangan yang membantunya.
Adellya memarkirkan keretanya bersebelahan dengan Nissan GTR berwarna putih itu. Cepat-cepat dia keluar setelah sedar dia telah lewat. Dengan tergesa-gesa dia mengeluarkan bagasinya dari bonet. Tiba-tiba ada tangan yang membantunya.
“Let me
help you.”
Dia
kenal suara itu. Dia memandang wajah lelaki itu. Kapten Zafran.
“Kapten.”
Zafran
terus mengeluh mendengar Adellya memanggilya begitu. Adellya hanya menjungkit
kening saat terdengar keluhan keluar dari mulut kapten muda itu.
“Lya.
How many time I have to tell you?”
“Hah?
Tell me what?”
“Don’t
called me by that name. Captain? Oh God. Lya, I tak naklah you panggil I
kapten. Formal sangatlah.” Senyum Zafran.
“Why?
Memang I kena panggil you macam tu kan? You ketua I.”
Zafran
membetulkan kedudukan kotnya di tangan kirinya itu sebelum memandang tepat pada
wajah jelita di depannya.
“Dear,
just call me, Zafran. Or Zaf? Not captain. Please. Orang lain I tak kisah
sangat. But, you? I kisah sangat sangat.” Sempat dia mengenyitkan matanya
sebelum berlalu ke dalam bangunan KLIA itu.
Adellya
terkedu. Hmm. Dia tahu. Dia tahu sangat di sebalik semua kata-kata Zafran itu.
Mempunyai maksud yang sangat mendalam. Adellya memandang belakang tubuh lelaki
itu.
Zafran.
Cintakan. Dia.
Yaaa.
Dia tahu kerana Zafran pernah meluahkan perasaannya
itu 1 tahun yang lalu. Dan dengan perasaan bersalah dia menolak lelaki itu. Dia
dah mempunyai Hareez. Dan dia hanya cintakan Hareez. Hmm. Memang Hareez dah tak
cintakan dia. Tapi, dia masih dan tetap cintakan Hareez.
I’m
sorry, Zafran.
***********************************************************
Tergesa-gesa
Adellya meninggalkan kafe. Semasa dia bersarapan, Sarah, teman baiknya
menelefon bahawa big bos nak berjumpa dengan semua krew-krew. Dengar dari
percakapan Sarah, macam penting perkara yang nak disampaikan oleh Kapten
Qairul.
“Sorry.
I’m late.” Tertunduk Adellya memintak maaf kepada semua. Zafran hanya tersenyum
melihat Adellya.
Adellya
melangkah ke arah Sarah berdiri. Di sebelah gadis itu, dia kenal jejaka yang
berdiri di situ. Tersenyum kepadanya. Dia hanya membalas senyuman dan berjalan
ke arah itu.
“You’re
late, Lya.” Bisik Zafran.
“Yaa. I
know it. Sorry.” Perlahan Adellya membalas.
“It’s
okay. Kapten Qairul tak mulakan lagi. Mungkin dia tunggu semua orang dulu.”
“Adel.
Kau kenapa lambat?” Soal Sarah. Dia hanya memandang Zafran berbisik dengan
Adellya tadi.
“Aku
tengah breakfast lah masa kau call aku tadi. Ni apasal dia minta kita kumpul
ni? Something happened ke?” Soal Adellya kepada Sarah.
“Entah.
Aku pun tak tahu. Dia just cakap yang kita semua kena kumpul sebelum fly
nanti.”
Belum
sempat Adellya membuka mulut. Suara Kapten Qairul sudah kedengaran.
“Okay.
Guys, sebelum kita terbang nanti, saya ada nak maklumkan pada kamu semua bahawa
kita akan menerima seorang rakan kerja kita yang baru. He will work at here as
a pilot. Pertukaran from London. Ohh ya. Girls, he’s still single and handsome
too.”
Semua
tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Kapten Qairul. Tiba-tiba
Adellya merasa tidak selesa.
Alahai, kenapa pulak tiba-tiba je ni?
“Okay,
guys. Meet your new captain.”
Cepat-cepat
Adellya memandang ke depan. Bulat matanya memandang susuk tubuh yang berdiri di
sebelah Kapten Qairul. Ya Allah! Apa pulak dugaan yang bakal dia hadapi nanti?
Bekerja satu bumbung dengan Hareez? Suami dia?
Bersambung...
Comments
Post a Comment