Skip to main content

CERPEN: Eliya Elias 6

6

Danial hanya membiarkan gadis itu menangis di seat sebelahnya itu. Biarkan gadis itu meluahkan semua perasaannya dengan menangis. Mamanya pernah memberitahu kepada dia bahawa menangis itu adalah senjata perempuan. Dan cara perempuan meluahkan perasaan mereka.

Dia hanya memandu Range Rover Evogenya dengan tenang. Dia memandu tanpa arah tuju. Biarlah dia menemani gadis  itu seketika.

Eliya berterus-terusan menangis. Hati dia terluka. Hati dia hancur. Hati dia berdarah. Kenapa Arshad sanggup buat dia macam ni hanya kerana betina tak guna tu? Hampir 1 jam, akhirnya Eliya berhenti menangis. Selama itu jugalah Danial mendiamkan diri dan memandu keretanya tanpa arah tuju.

“Thanks.”

“Huh?”

“Thanks, sebab dah tolong I.”

“Ohh, no problem lah. Erm, by the way, you dah okey?” Tanya Danial perlahan.

“Hmm.” Eliya tidak mampu menjawab soalan Danial kerana dia sendiri tidak tahu sama ada dia dah okey atau belum.

Sepi.

“Err.. Who is that guy, actually? Hmm, sorrylah kalau soalan I ni buat you marah.” Kata Danial berhati-hati. Kan tak memasal pula high heels Eliya melekat di dahinya.

“Arshad. He is my boyfriend. Ermm, I mean, ex now. Maybe?”

“Ohh. And girl yang dengan dia tu? I ada dengar that guy panggil girl tu adik you? She is..?”

“Can we change the subject, please? I don’t have any mood to talk about this.” Hambar saja Eliya berkata. Dia tahu Danial pasti dengar apa yang dikatakan Arshad tadi. Mungkin semua yang berada di situ.

“Okey, I tak akan bercakap pasal ni lagi.” Eliya hanya mengangguk kepalanya.

“So?”

“So apa?”

“So, kita nak pergi mana?”

“Hmm. Boleh you hantar I ke Zouk semula?”

Terus Danial berpaling memandang Eliya.

“For what? You... you nak pergi serang dorang ke?”

“Ishh! I tak ada mood lah nak pergi serang orang. Baik I balik rumah tidur. I just nak pergi ambil kereta I je.” Kata Eliya geram. Buang masa je dia nak pergi serang dua mangkuk tu.

“Sorry, sorry. Tapi, you yakin ke nak drive dalam keadaan macam ni?” Tanya Danial ragu-ragu.

“Danial, yang sakit cuma hati I je. Bukan tangan kaki I. I still can drive.” Balas Eliya yakin.
“No. No. I still tak yakin. I hantar you. You cakap je kat mana rumah you? Kalau you nak I hantar you ke bulan bintang sekalipun I akan hantar.” Manis kata-kata yang keluar dari bibir Danial.

Eliya mencebikkan bibirnya mendengar kata-kata Danial yang manis seperti gula itu.

“It’s okay. Just drop me at Zouk.” Pinta Eliya.

“Dear, please. Biar I hantar you. Sebagai balasan sebab dah temankan I malam ni?” Ucap Danial.

“Tapi, how about my car?” Soal Eliya. Tak akan nak tinggalkan Audi dia macam tu saja?

“Don’t worry about the car. Nanti I akan suruh orang I uruskan. So? I hantar?”

“Hmm. Okey.” Keluh Eliya.

Dia tolaklah macam mana sekalipun ajakkan lelaki itu, dia yakin pasti tidak boleh punya. Dalam perjalanan pulang, Eliya hanya mendiamkan diri. Dia tidak ada mood untuk berbual. Denial juga faham keadaannya, hanya membiarkan dirinya melayan perasaan sendirian.

Sejam setengah, kereta Range Rover milik Danial berhenti di depan pintu rumah Tan Sri Irshad. Sebelum pergi, Danial sempat meminta nombor telefon gadis itu. Agar dapat berhubung lagi dengan Eliya selepas ini. Alasan yang digunakan, nanti nak berhubung macam mana pasal kereta yang ditinggalkan di Zouk? Dengan separuh ikhlas, Eliya memberi. Danial tersenyum kemenangan.


 Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Danial mengingati apa yang terjadi pada malam itu.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 3

Part III Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi. Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja. Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut. “Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.” Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia. “Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?” Sepi. “Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang dah lukakan hati...