Skip to main content

CERPEN: Eliya Elias 5

5

Arshad dan Julia berpusing memandang ke arah datangnya suara orang menjerit itu. Bulat mata Arshad saat memandang wajah jelita itu. Oh my. Eliya? Mati aku kali ni. “El.. Eliya?” Teragak-agak Arshad menyebut sebaris nama itu. Julia di sebelah hanya mempamerkan wajah selamba. Seolah-olah tidak gentar dengan kehadiran Eliya.

“Err. What are you doing here?” Terketar-ketar Arshad utarakan soalan pada Eliya. Julia hanya tersenyum sinis di sebelah. Yang lain pula hanya memandang. Tidak mahu ikut campur kerana merekea kenal siapa Eliya. Eliya Elias. Anak dan cucu kepada koporat yang terkenal. Kalau berani masuk, jangan harap boleh keluar. Manager kelab itu sendiri tidak berani cari masalah dengan Eliya. Wooo, kuasa besar tu.

Manakala,  Danial pula hanya memandang. Hanya menyaksikan drama itu dari jauh. Ohh, kiranya terkantoilah ni. Nice. Dia nak tengok juga macam mana gadis seksi di depannya ini, handle teman lelakinya yang curang. Kot, kot terus putus. Dia boleh masuk jarum.

“You tanya I? Sepatutnya, I yang tanya you. You tu mana hilang? Tup tup sekarang muncul dengan perempuan ni?!” Panas hati Eliya. Kalau dengan perempuan lain mungkin dia boleh pertimbangkan, but Julia? Ohh, no no! Jangan kata pertimbangkan, tengok muka pun tak mahu.

“Arr, I.. I..” Tergagap-gagap Arshad.

“Sayang, apa yang you nak takutkan dengan perempuan ni? Cakap jelah perkara yang sebenarnya. You and I, hubungan kita berdua. Tak payahlah minah ni kejar-kejar you lagi.” Sampuk Julia dengan nada perli.

Eliya yang mendengarnya melemparkan pandangan tajam ke arah Julia. Ada yang tercalar muka tu nanti kan.

“Eh, perempuan! Apa yang kau nak daripada aku? Belum cukup kau rampas semua hak aku, sekarang boyfriend aku pun kau nak kebas? Memang betina yang tak cukup satu!”

Pang!!!

Laju tangannya hinggap ke pipi Julia. Semua tersentak. Termasuk Danial dan Arshad. Tidak sangka gadis itu akan bertindak demikian. Laju tangan Arshad hinggap di pipi Julia yang baru saja ditampar ELiya. “You okay sayang?”

“Sakit.” Rengek Julia.. menyampah pula Eliya memandang lakonan Julia itu.

“Aya, EE ar. Apa bikin you bikin rebut sini ma? Benda boleh bawa bincang oww. Jangan pukul-pukul olang. Ini amoi sudah bikin you malah or?” Sampuk Kevin, pengerus Zouk Club dari belakang. Dari atas tadi dah dia padang Eliya menjerit-jerit marahkan dua orang di depannya ini.

“Kevin, I tak akan buat kecoh kat sini kalau betina ni tak mulakan dulu.”

“Aya, EE ar. You discuss elok-elok maa sama ini amoi.”

“Huh. You jangan harap I nak discuss elok-elok dengan betina ni.”

“Eliya, please watch your word. Jangan panggil dia macam tu. Dia kan adik you.”

Eliya terus pandang tepat ke mata Arshad. Tajam. Arshad bela betina ni? What the fish?

“Adik? Huh! Sampai mati pun I tak akan mengaku betina tak sedar diri ni, adik I. No!” Eliya memeluk tubuhnya.

Danial hanya menonton drama sebabak di hadapannya kini. Kita tengok apa akan berlaku sebentar lagi. Adakah perlawanan tarik rambut akan berlangsung sebentar nanti?

“Okay, okay. But, kita boleh bincang elok-elok. Jangan jerit macam ni. Malu lah semua orang tengok.” Kata Arshad.

“Hey. I tak akan menjerit macam ni kalau you and betina ni tak mulakan dulu.” Kata Eliya sambil menunjal dahi Julia.

“Eliya!” Arshad menolak Eliya sampai terduduk gadis itu kerana marah akan tindakan Eliya.

“Auch!”

Semua terkejut dengan tindakan berani Arshad. Ada yang berkata, tidak taktkan Arshad bertindak seberani itu dengan Eliya? Julia tersenyum kemenangan. Padan muka kau! Apabila Arshad memandang ke arahnya semula dia berpura-pura sedih.

“Are you okay, sayang?” Soal Arshad sambil membelek dahi Julia.

Manakala Eliya masih terduduk di lantai dengan perasaan terkejut. Perlahan-lahan air matanya mengalir di pipi. Beberapa saat kemudian, ada tangan yang cuba membantunya bangun.

“El, come. Bangun. Jangan macam ni” Tak payah pandang pun dia tahu siapa. Denial Fawwaz. Lelaki yang baru saja dia berkenalan sebentar tadi yang membantu dia saat ini. Bukannya Arshad lelaki yang dah lama dia kenal. Yang dia cinta. Yang dia sayang. Sedih hati ini. Dia bangun dengan bantuan Danial.


“Let’s go. I bawa you pergi dari sini.” Ajak Danial dan dia hanya menurut tanpa bantahan. Dia tidak boleh berfikir saat ini. Fikiran dia kosong. Dia hanya membiarkan Danial memegang tangannya erat.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 3

Part III Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi. Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja. Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut. “Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.” Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia. “Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?” Sepi. “Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang dah lukakan hati...