Skip to main content

KEMAAFAN YANG DIPINTA 2

2

“Mama!” Rayqal menjerit sambil menuruni anak tangga.

“Mama! Papa!”

“Kenapa Rayqal?” Soal Datuk Rahim. Tersedak dia yang tengah meneguk minuman di dapur. Terkejut dengan jeritan anak lelakinya itu. Dah kenapa pulak anaknya ini?

“Kenapa Qal? Kenapa pucat wajah kamu ni? Macam nampak hantu je?” Soal Datin Farida pula. Dia dah menjangka reaksi Rayqal setelah melihat kejutan tersebut.

“What’s this, mama? Papa? Can you please explain to me what’s going on here?” Kalau inilah kejutan yang mamanya mahu tunjukkan padanya. Ya, memang dia terkejut. Sangat. Sangat!

“Terangkan apa, Qal?”

“Mama. Inikan kejutan yang mama nak kasi tahu Qal? Perempuan tu? Apa ni, mama?” Marah Rayqal.

“Qal, dia dah balik. Orang yang kita tunggu selama ni dah balik, Qal.” Sayu suara Datin Farida.

“Ma, mama tahu kan yang Qal tak suka kalau perempuan tu muncul. Why suddenly? Why? Apa lagi yang dia nak?” Wajahnya diraup dengan kasar.
Sungguh dia tidak menyangka bahawa Syafa Aqira akan muncul kembali. Setelah 2 tahun perempuan itu pergi tinggalkan dia. Dan sekarang, tiba-tiba saja perempuan itu muncul? Apa yang dia mahukan?

“Qal, she’s your wife. Isteri yang Qal tunggu selama ni. Mama tahu Qal masih sayangkan dia, kan? Sekarang, dia dah balik. Dia dah balik untuk bersama dengan Qal.”

“No! Qal tak boleh nak terima dia. 2 tahun dia pergi tinggalkan Qal. Sekarang, dengan tiba-tiba dia muncul bila Qal dah ada pengganti dia. Bila Qal dah bahagia. Apa lagi yang dia nak? Apa lagi?” Rayqal tidak dapat menerima itu semua.

Datuk Rahim hanya mendiamkan dirinya. Dia tidak tahu mahu mengatakan apa. Anaknya itu seorang yang degil. Kalau A katanya maka A lah jadinya. Dia sebagai ayah pun tidak mampu melakukan apa-apa. Dia takut hubungannya dengan Rayqal akan menjadi renggang. Ya, memang dia sayangkan menantunya itu. Tapi, ini soal hidup Rayqal. Anaknya juga. Biarlah isterinya saja yang bercakap dengan anaknya. Dia takut kalau dia bersuara, benda lain yang akan terjadi nanti.

“Qal benci dia ma. Qal benci perempuan tu.” Jerit Rayqal.

“Rayqal! Jangan macam ni, nak. Nanti Syafa dengar.”

“Biar! Biar dia dengar. Lagi bagus kalau dia dengar. Mama, mama sendiri tengok kan macam mana keadaan Qal bila dia pergi tinggalkan Qal. Betapa terseksanya Qal masa tu. Qal menderita. Hati Qal sakit bila fikirkan balik apa yang dia dah lakukan pada Qal. Sekarang, bila Qal dah bahagia dengan Anna, bila Qal dah tak perlukan perempuan tu, mama nak suruh Qak terima dia kembali? No, ma. No! Keputusan Qal muktamad. Qal tak akan terima dia.  Sampai Qal mati!” Nekad Rayqal.

Tanpa disedari oleh mereka bertiga. Ada sepasang telinga yang sedang mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Rayqal itu. Syafa menekup mulutnya. Hatinya sakit. Tapi, ini adalah habuan dari apa yang dia telah lakukan pada Rayqal dulu. Dia terpaksa menerimanya. Dengan perasaan berdebar-debar, dia melangkah keluar dari tempat persembunyian dia dan berjalan melangkah turun menuju ke arah Rayqal.

“Abang.”

Rayqal memejamkan matanya rapat. Itulah panggilan yang dia nanti-nantikan dari dulu lagi. Dan suara itu. Suara yang dia rindukan. Tapi, semua itu sudah tidak bermakna lagi buatnya. Dia sudah tidak memerlukan semua itu lagi sejak kehadiran Anna di dalam hidupnya.

“Syafa.” Panggil Datin Farida.

“Abang, Qira dah balik, bang. Qira dah  balik. Qira nak hidup dengan  abang sampai akhir hayat. Macam yang pernah abang doakan.” Masih terngiang-ngiang doa Rayqal di telinganya.

Abang berdoa. Semoga dengan izinNya, abang nak hidup dengan Qira sampai akhir hayat. Dan insyaAllah sampai ke Jannah. Abang nak jaga Qira. Abang nak sayang Qira. Abang nak cintakan Qira sepenuh hati abang. Hanya Syafa Aqira di dalam hati Fareez Rayqal. Tiada yang lain. Hanya Syafa Aqira. Dan dalam hati Syafa Aqira, hanya ada Fareez Rayqal.” 

Setiap malam, Rayqal akan berdoa. Masa tu, dia tidak hiraukan doa Rayqal. Dia tidak pedulikan cinta dan kasih sayang yang Rayqal berikan kepadanya. Dan sekarang, dia menyesal. Sekarang, dia mahukan semua itu kembali.

“Abang, Qira mintak ampun dengan abang. Qira mintak ampun atas semua kesalahan yang telah Qira lakukan dulu. Qira menyesal, bang. Qira menyesal sebab tinggalkan abang dulu. Sekarang, Qira kembali dan Qira nak hidup dengan abang sampai nafas terakhir Qira.” Rayu Syafa. Dia memegang kaki Rayqal. Rayqal hanya diam terkaku.

“Syafa, bangun lah, nak. Jangan macam ni.” Sebak Datin Farida saat menantunya itu melutut merayu dengan Rayqal. “Qal, suruh Syafa bangun.”

“Tak, ma. Syafa tak akan bangun selagi abang tak ampunkan Syafa. Abang, Qira akan terus melutut sampai abang ampunkan Qira.” Teresak-esak dia menangis meminta ampun daripada Rayqal.

“Kau ingat senang aku nak ampunkan kau setelah apa yang kau buat pada aku dulu? Kau ingat senang aku nak lupakan semua tu?” Rayqal mengalihkan pandangannya ke lain. Dia tidak mahu memandang wajah isterinya.
Bagai pisau yang tajam menusuk ke hatinya apabila mendengar Rayqal membahasakan ‘aku’ ‘kau. Tiada lagi ‘abang’ ‘Qira’.

“Abang, Qira sedar akan kesilapan yang Qira lakukan. Qira menyesal, bang. Qira nak tebus semua kesalahan yang Qira lakukan pada abang dulu. Dan, abang cakap je apa yang abang nak Qira lakukan. Qira akan ikut semua permintaan abang.” Kata Syafa dengan penuh harapan.

‘Qira sanggup lakukan apa saja agar Qira mendapat keampunan daripada abang. Qira perlukan keampunan daripada abang.’

“Kau sanggup lakukan apa saja?” Rayqal memandang wajah Syafa. Dan gadis itu menganggukkan kepalanya tanda ya.

“Baiklah. Aku nak kau melutut di luar sana sampai hati aku terbuka untuk ampunkan kau. Itu pun kalau hati aku nak.” Arah Rayqal dengan kejam.

“Rayqal.” Serentak Datuk Rahim dan Datin Farida menyebut nama anaknya. Tidak menyangka Rayqal akan membuat permintaan sebegitu. Sebak Syafa. Kalau itu yang suaminya mahukan. Dia akan tunaikan. Perlahan-lahan dia bangun berdiri.

“Baiklah. Kalau itu yang abang mahukan. Qira akan turut. Sampai hati abang terbuka untuk ampunkan Qira. Qira akan pergi.” Syafa melangkah keluar.

“Qal! Kenapa Qal sanggup buat Syafa macam tu? Dia dah kata yang dia dah menyesal atas apa yang dia lakukan dulu? Tak akan Qal tak boleh nak maafkan dia?” Marah Datuk Rahim. Dia dah tak boleh bersabar. Rayqal dah melampau.

“Kalau dia mahu Qal ampunkan dia, dia perlu tunaikan semua permintaan Qal.” Rayqal memanjat anak tangga dan masuk ke dalam biliknya.

********************************
Hujan mula menyembah ke bumi. Guruh mula kedengaran. Petir mula kelihatan. Tapi, Syafa masih melutut di luar rumah banglo itu. Dia sudah nekad. Selagi suaminya itu tidak maafkan dirinya. Selagi itu dia akan melutut di sini. Dia mengangkat kepalanya lalu memandang ke balkoni bilik tidur suaminya itu. Dia dapat merasakan bahawa ada seseorang memerhatikannya dari situ. Dan dia tahu orang itu adalah suaminya. Mungkin Rayqal mahu melihat sama ada dia masih di sini ataupun tidak. Mungkin.

Dia menunduk kepalanya memandang pehanya. Tiba-tiba, setitik cecair merah jatuh ke pehanya. Syafa menyapu hidungnya. Darah. Darah mula mengalir keluar dari hidungnya. Semakin dia seka, semakin banyak darah keluar. Sakit mula menyerang di kepalanya. Dia memegang kepalanya. Dia tidak boleh pitam di sini. Dia harus kuat. Dia harus kuat untuk mendapatkan keampunan daripada suaminya itu. Semakin kuat terasa sakit dikepalanya. Dia memandang ke hadapan, pintu rumah kelihatan ada dua, tiga. Dan banyak. Tiba-tiba dunianya terasa gelap dan dia rebah ke bumi.

***************
Rayqal memandang sekujur tubuh di atas katilnya. Gadis itu semakin kurus seperti tidak makan. Wajahnya begitu pucat seperti orang sakit. Dadanya bagaikan mahu pecah saat melihat sekujur tubuh itu rebah jatuh ke bumi. Dia sangkakan Syafa hanya berlakon untuk masuk ke dalam. Hampir setengah jam dia menunggu, rupa-rupanya gadis itu tidak berlakon. Perasaan bersalah mula hadir dalam dirinya. Masih teringat kejadiaan sebentar tadi.

Semasa hujan mula turun, dia melihat ke luar balkoninya. Dia mahu menjenguk sama ada Syafa masih melutut di situ ataupun tidak. Rupa-rupanya, gadis itu tetap di situ walaupun hujan mula turun. Ribut petir mula kedengaran, gadis itu tetap di situ.

Beberapa minit dia menunggu, dia melihat gadis itu menyapu hidungnya, mungkin selsema. Dan beberapa saat selepas itu Syafa mula rebah. Dia fikirkan, Syafa hanya berlakon tapi, bila hampir setengah jam dia menunggu Syafa masih begitu. Dia mula resah.

Rayqal turun ke bawah untuk melihat keadaan gadis itu. Dan sangkaannya meleset saat matanya terpaku pada batang hidung Syafa. Ada cecair merah mengalir di situ. Laju kakinya melangkah ke arah Syafa. Beberapa kali dia menepuk pipi Syafa, namun gadis itu tidak sedarkan dirinya sampailah mama menyuruhnya membawa Syafa ke dalam. Dan sampai sekarang gadis itu tidak sedarkan dirinya. Kata doktor, Syafa hanya tertekan dan penat. Entahlah.
Rayqal melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia melihat wajah ayu itu. Dulu wajah itulah yang sering dia puji. Dulu wajah itulah yang dia selalu rindukan. Dulu wajah itulah yang selalu dia cium walaupun Syafa selalu melarangnya.

Kenapa dulu kau tinggalkan aku? Kenapa kau muncul saat aku bahagia bersama orang lain? Apa yang kau mahukan daripadaku sekarang, Syafa Aqira?’

Tangannya yang mahu membelai wajah Syafa terhenti apabila ada gerakkan daripada Syafa. Dia cepat-cepat melarikan tangannya lalu bangun dari duduknya. Dia mahu melangkah keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu Syafa tahu dia berada di situ.

“Abang.”

Kakinya berhenti melangkah saat suara lembut itu memanggilnya.

“Abang nak pergi mana?” Syafa bangun dari pembaringannya lalu menyandarkan kepalanya di kepala katil. Dia memandang susuk tubuh belakang lelaki itu. Dengan kemeja polonya yang berwarna biru gelap dan seluar jean berwarna hitam. Seperti mahu keluar.

“Aku nak keluar.”

“Abang nak keluar pergi mana?”

“Kenapa kau sibuk nak tahu? Suka hati akulah nak pergi mana aku suka.”
Rayqal masih berdiri membelakangkan Syafa. Dia tidak mahu memandang wajah sayu itu. Dia takut tembok yang dia bina akan runtuh bila-bila masa.

“Abang, Qira cuma nak tahu suami Qira nak pergi mana malam-malam ni. Salah ke?” Soal Syafa lembut. Rayqal memusingkan badannya lalu memandang Syafa tajam.

“Eh, perempuan! Kau dengar sini. Aku buat hal aku. Kau buat hal kau. So, kau tak payah masuk campur urusan aku. Mana aku nak pergi ikut suka akulah. Selama ni, tak ada orang pun sibuk nak ambil tahu aku pergi mana. Even papa dengan mama pun. Kau yang tiba-tiba mucul entah daripada ceruk mana sibuk nak tahu urusan aku.” Sembur Rayqal.

Syafa hanya menundukkan kepalanya. Dia terasa dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh suaminya itu.

“Abang, Qira cuma nak abang temankan Qira.”

“What?! Temankan kau? Eh, selama ni elok je kau sorang-sorang. Apasal tiba-tiba mengada nak aku temankan? Nak mampus ke?”

“Kalau Qira cakap yang umur Qira dah tak panjang, abang boleh temankan Qira sampai Qira pergi?” Soal Syafa tersekat-sekat.

“Baguslah kalau umur kau dah tak panjang. Aman sikit hidup aku. Senang. Tak payah pandang muka kau tu. Meluat je aku tengok. Rupa yang penuh dengan kepura-puraan.” Bagaikan tercabut jantung dia apabila suaminya berkata sebegitu.

‘Abang, mana perginya cinta dan sayang abang pada Qira?’

“Sampai hati abang cakap macam tu. Abang dah tak sayangkan Qira?”

“Haha. Sampai hati aku? Ohh, dulu kau tak fikir pulak sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang? Sayang? Sorry. Sayang aku terhadap kau dah lama pupus selepas kau tinggalkan aku dulu. Sekarang, kau jangan ingat aku akan kembali pada kau. Sampai masanya nanti, kau dan aku akan berpisah. Macam yang kau mintak dulu.” Rayqal terus pergi meninggalkan Syafa yang menangis teresak-esak di atas katil.


“Abang, jangan tinggalkan Qira.” Dia kembali teringat saat dirinya meminta cerai daripada Rayqal. Waktu itu, Rayqal hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Tiada riak marah. hanya wajah yang tenang.

BERSAMBUNG...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu.

CERPEN: Maafkan Aku, Sayang! I

Satu Alangkah terkejutnya sebaik saja dia membuka pintu rumahnya terdapat seorang lelaki yang satu ketika dulu menghalaunya keluar dari rumah. Cepat-cepat dia menutup pintu tetapi tangan lelaki itu lebih pantas bertindak. “Awak? Macam mana awak…” Qaseh bertindak seperti biasa sedangkan dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu bertapa terkejutnya dia melihat lelaki itu. “Sayang, merata tempat abang cari sayang. Rupa-rupanya dekat sini sayang sembunyi. I miss you like crazy, tau tak.” Raffe meraih tangan wanita dihadapannya tetapi Qaseh menepis dengan kasar. “Apa awak panggil saya? Sayang?” Naik geli Qaseh mendengar perkataan itu. Qaseh tersenyum sinis. “Raffe, dahlah. Baik awak balik. Saya tak nak nanti jiran-jiran saya salah faham plak.” “Kenapa plak? I’m your husband. Kenapa dorang nak sibuk plak? Tak salah kan suami nak jumpa dengan isterinya.” Sekali lagi Raffe cuba untuk meraih tangan Qaseh tetapi gagal. “Raffe, please. Baliklah.” Qaseh menutup pintu teta

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter