Skip to main content

KEMAAFAN YANG DIPINTA 1

1

“Kak.”

Syafa Aqira berpaling saat adik perempuannya, Syifa Aqila memanggilnya. Beg pakaiannya sudah selamat di letakkan di dalam bonet teksi. Dia sudah siap sedia untuk pergi.

“Ya?”

“Kak Syaf betul-betul nak pergi ke?” Soal Syifa dengan ragu-ragu.

“Kak Syaf perlu pergi, sayang.” Jawab Syafa dengan tenang. Dia menarik tangan Syifa dan mengenggamnya dengan penuh kasih sayang.

“Kak. Syifa takut kalau mereka dah tak nak terima akak lagi. Syifa takut kak.”

“Syifa, insyaAllah, mereka akan terima akak. Syifa doakan ya. Dan semasa ketiadaan akak, Syifa tolong tengokkan mak. Nanti, bila tiba masanya, akak akan balik. Akak akan selalu call Syifa. InsyaAllah. Doakan akak bahagia.” Pinta Syafa dengan sebak.

Sebak mula mencengkam dada Syifa. Dia sedih mendengar permintaan kakaknya itu. Hanya Syafa Aqira yang dia punya dan maknya. Ayah sudah lama pergi tinggalkan mereka kerana menghidap penyakit kanser. Dia mengucup tangan kakaknya.

“Kak, Syifa sentiasa doakan akak semoga akak bahagia. Akak jangan bimbang pasal Syifa dan mak. Akak pergilah kejar kebahagiaan akak. Kalau mereka tak perlukan akak, akak balik ya. Kami tunggu akak.” Ucap Syifa.

Mak Timah di muka pintu hanya memandang wajah anaknya. Berat hatinya untuk melepaskan anak perempuannya itu pergi. Tapi, kalau itu adalah permintaan anaknya, dia terpaksa lepaskan jua. Biarlah anaknya bahagia untuk kali ini. Mak Timah mengelap air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang dipakainya.

“Mak, Syaf pergi dulu ya. Mak doakan Syaf tau. InsyaAllah, nanti Syaf akan selalu telefon mak. Syaf pergi dulu. Jaga diri mak. Jangan buat kerja berat.” Ucap Syafa lalu mengucup tangan tua maknya itu.

“Yalah, nak. Pergilah. Kamu jangan bimbangkan mak di sini. Mak selalu doakan anak mak. Jaga diri baik-baik di sana nanti. Jangan menyusahkan orang, ya sayang.” Mak Timah mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi anaknya itu. Pergilah, sayang. Pergi kejar kebahagiaan yang kamu cari selama ini.
Syafa mengangguk tanda faham nasihat maknya itu. Syafa melangkah dan berhenti di depan adiknya.

“Jaga mak dan diri Syifa. Kalau ada apa-apa, terus telefon akak. Akak pergi dulu. Assalamualaikum.” Kata Syafa. Dia melangkah ke arah teksi yang menunggunya. Dia berpaling lalu melambaikan tangannya. Dia pergi untuk mengejar kebahagiaan yang dia lepaskan dulu.

*************************
Ting tong! Ting tong!

“Assalamualaikum.”

Datin Farida berhenti menyiram pokok bunga kesayangannya apabila terdengar loceng berbunyi dan diselangi dengan salam. Dia bergerak ke pintu pagar rumah banglonya untuk melihat gerangan yang datang.

“Waalaikumussalam.”

Alangkah terkejutnya dia saat melihat gerangan itu. Terpaku sebentar. Sudah lama dia tidak melihat wajah ayu itu. Rindunya dia pada menantunya itu. Laju kakinya berlari ke arah menantunya saat pintu pagar terbuka.

“Syafa!”

“Mama!”

“Ya Allah, sayang! Mana kamu pergi, nak? Lama mama tunggu Syafa datang.  Rindunya mama pada kamu, Syafa. Kamu sihat? Kamu dah semakin kurus.” Kata Datin Farida sebak.

Dia mengucup pipi dan dahi menantunya itu dengan kasih sayang. Dia rindukan menantunya, Syafa Aqira. Sudah 2 tahun menantunya itu pergi tinggalkan anaknya. Walaupun dia tahu itu adalah salah Syafa, dia tetap tidak marah. Dia tahu saat itu Syafa masih muda dan tidak tahu apa-apa.

“Syafa sihat ma. Syafa pun rindukan mama.”

Dia menyalam tangan mentuanya itu. Alhamdulillah. Dia bersyukur kerana Datin Farida masih mahu menerima dirinya walaupun banyak kesalahan yang telah dia lakukan dulu.

“Mama, siapa yang datang?” Soal Datuk Rahim di belakang. Terkejut juga dirinya saat melihat isterinya memeluk seorang perempuan sambil menangis.

“Papa.” Panggil Syafa sebak.

“Ya Allah. Menantu papa! Kamu dah pulang, nak.” Dia terus memeluk menantunya itu. Ya Allah. Sudah lama dia tunggukan saat ini. Akhirnya Allah telah makbulkan doanya.

“Mana kamu menghilang, Syafa? Lama kami tunggu kamu.” Kata Datuk Rahim.

“Jom. Kita masuk dalam. Tak elok orang tengok menangis kat sini. Jom. Mama, mari kita masuk.” Ajak Datuk Rahim. Dia mengambil beg pakaian Syafa yang sudah luntur warnanya itu. Manakala, Datin Farida pula memeluk bahu menantunya itu masuk ke dalam banglo mereka. Banyak perkara yang dia mahu borakkan bersama Syafa.

******************************
Fareez Rayqal menekan punat kunci kereta Range Rovernya. Sebaik saja terima panggilan daripada mamanya, dengan tergesa-gesa dia keluar dari office. Mama cakap ada kejutan untuk dirinya. Tidak pula Datin Farida memberitahunya kejutan apa. Datin Farida hanya menyuruh dia pulang dan ada kejutan menanti dirinya. Timbul rasa ingin tahu dalam diri.

Rayqal menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan keretanya. Sudah tidak sabar untuk mengetahui kejutan apa yang bakal di terimanya nanti. Dalam kepalanya dah macam-macam keluar. Ada juga perasaan curiga dalam dirinya. Kenapa tiba-tiba saja Datin Farida mahu membuat kejutan untuk dirinya?

Dalam tengah memikirkan kejutan apa yang bakal di terimanya nanti, iPhonenya berdering tanda ada panggilan buat dirinya. Senyuman mula terukir di wajahnya saat nama si dia yang muncul pada screen iPhonenya itu.

Swipe!

“Hai, baby.” Sapa Rayqal dengan mesra.

“Hai, sayang. You kat mana ni? I pergi office you, PA you cakap you dah keluar.” Kata Anna, buah hati kesayangan Rayqal itu.

“I baru je keluar. Mama call tadi mintak I balik. Ada something happened. So I terpaksa balik.”

“Ala, semalam you dah janji nak lunch dengan I kan?” Rajuk Anna.
Rayqal mengigit bibirnya. Sumpah dia terlupa tentang lunch datenya dengan Anna. Aduh, mampus aku.

“Rayqal, you lupa kan?” Soal Anna dengan marah.

“I’m so sorry, sayang.”

“You! Dahlah semalam pun kita terpaksa cancel date kita. Tak akan hari ni pun. You dah janji kan. Bencilah macam ni. I dah lah tengah rindukan you sekarang. Lepas tu, macam ni pulak.” Dengus Anna.

“Ala, baby. I mintak maaf, okay. I terpaksa balik. Okey, okey. Macam ni. Malam nanti kita keluar? Having a dinner? I will pick up you at 8p.m? How?” Pujuk Rayqal. Aduhai, macam manalah dia boleh lupa date dia dengan Anna?

“Hmm. You selalu macam ni. Janji. Janji. Lepas tu tak jadi. Huh!”

“Baby. Kali ni I janji. Kita keluar. Hmm?”

“Okey. Okey. Pukul 8. I tunggu you. Kalau you mungkir. I mogok seminggu. Promise?” Ugut Anna.

“Seminggu? Lamanya. Okey. Okey. Kali ni I janji yang I tak akan mungkir janji. Baby, I call you balik. I tengah drive ni. Okey, sayang? Bye bye. Love you.” Ucap Rayqal mesra.

“Okey. Bye. Love you too.”

Klik!

Rayqal meletakkan iPhonenya di seat sebelah dan meneruskan perjalanannya.

***********************
“Mama! I’m home.”

Aikk. Sunyi je. Mana semua orang? Kata ada kejutan, tapi mananya?

“Mama. Papa. Qal dah balik ni.”

“Ya. Ya. Mama kat taman ni.” Sahut Datin Farida.

Rayqal membawa dirinya ke taman sebaik saja dapat sahutan daripada mamanya.

“Mama, kenapa mama mintak Qal balik ni? Ada something ke?” Soal Rayqal. Duduk dilabuhkan di atas gazebo di tengah taman itu. Kelihatan mamanya sedang menyemai pokok bunga kesayangannya itu. Papa pula tidak kelihatan.

“Amboi? Salah ke mama mintak anak mama balik sini? Kamu sekarang kan dah makin susah nak balik sini sejak ada buah hati ni.” Perli Datin Farida.

“Taklah. Tadi mama cakap ada kejutan untuk Qal. Mananya?” Rayqal menukar topik. Dia tidak mahu bercakap tentang Anna. Dia tahu mamanya tidak sukakan Anna. Mama paling pantang apabila dia menyebut nama Anna. Pasti mama akan melenting. Jadi, dia cepat-cepat menukar topik.

“Hah! Sebelum tu, pergi naik atas mandi. Tukar baju. Nanti turun makan. Pasal kejutan tu, sabar ya.” Arah Datin Farida.

“Baiklah, ma’am.” Seloroh Rayqal. Baik dia turutkan saja mamanya. Nanti ada pulak yang merajuk. Lepas tu, tak dapatlah dia nak keluar dinner dengan Anna malam nanti.

Datin Farida tersenyum melihat anaknya mendaki tangga satu persatu. Dalam hati sempat dia berdoa semoga anaknya itu boleh menerima kejutan yang sedang menanti dirinya itu. Amin!

***********************
Rayqal berhenti di depan pintu biliknya. Sejuk mula keluar dari celahan daun pintu itu. Pelik. Kalau tak silap dia, hari tu sebelum dia tinggalkan bilik tidurnya, dia dah tutup semua lampu dan aircond. Tapi, kenapa dia rasa biliknya sejuk? Seperti ada orang memasang aircond di dalam biliknya itu. Ada penghuni ke di dalam? Ah, mungkin mama atau papa yang lupa untuk menutupnya. Dia memulas tombol pintu. Gelap.

Klik!

Lampu bilik di buka. Cerah. Baru beberapa langkah kakinya melangkah. Tiba-tiba, sepasang mata hazelnya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas katilnya itu. Wajahnya tidak kelihatan dan kelihatan seperti seorang perempuan kerana rambutnya panjang. Wajahnya terlindung dengan rambutnya itu.

Perlahan-lahan kakinya melangkah. Dia berhenti di tepi katil. Rayqal masih mencuba untuk melihat wajah gadis yang nyenyak tidur itu. Siapa pulak perempuan ni? Tak akan ada saudaranya yang datang dan tidur di dalam biliknya. Tapi tak logik lah pulak. Sebab rumah ni kan ada banyak bilik tetamu. Fikirnya. Perlahan-lahan dia menolak rambut gadis itu dari menutupi wajahnya.

Tup!

Terkejut. Terpaku. Terkedu. Pucat! Semua itu mula hadir saat wajah gadis itu kelihatan. Selangkah demi selangkah Rayqal mengundur dirinya.

Tak mungkin! Tak mungkin! Macam mana perempuan ini boleh berada di sini? Selama 2 tahun dia pergi tinggalkan aku, sekarang tiba-tiba dia muncul kembali? Laju sepasang kakinya pergi meninggalkan bilik tidurnya. Tak. Tak! Aku mimpi kan? Perempuan tu tak ada dalam bilik tu kan? Bisik hatinya.

BERSAMBUNG,,,

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu.

CERPEN: Maafkan Aku, Sayang! I

Satu Alangkah terkejutnya sebaik saja dia membuka pintu rumahnya terdapat seorang lelaki yang satu ketika dulu menghalaunya keluar dari rumah. Cepat-cepat dia menutup pintu tetapi tangan lelaki itu lebih pantas bertindak. “Awak? Macam mana awak…” Qaseh bertindak seperti biasa sedangkan dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu bertapa terkejutnya dia melihat lelaki itu. “Sayang, merata tempat abang cari sayang. Rupa-rupanya dekat sini sayang sembunyi. I miss you like crazy, tau tak.” Raffe meraih tangan wanita dihadapannya tetapi Qaseh menepis dengan kasar. “Apa awak panggil saya? Sayang?” Naik geli Qaseh mendengar perkataan itu. Qaseh tersenyum sinis. “Raffe, dahlah. Baik awak balik. Saya tak nak nanti jiran-jiran saya salah faham plak.” “Kenapa plak? I’m your husband. Kenapa dorang nak sibuk plak? Tak salah kan suami nak jumpa dengan isterinya.” Sekali lagi Raffe cuba untuk meraih tangan Qaseh tetapi gagal. “Raffe, please. Baliklah.” Qaseh menutup pintu teta

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter