Part 15
“Assalamualaikum,
Zaf. Hari ni dah masuk sebulan awak tinggalkan saya. Tinggalkan kami semua.
Saya rindukan awak, Zaf. Rindu sangat. Saya tak boleh persoalkan kenapa awak
tinggalkan saya. Saya terima kenyataan kalau awak dah tinggalkan saya. Allah
lebih sayangkan awak, Zaf.” Teresak-esak Adellya meluahkan rasa di hati.
“Zaf.
Semalam, Hareez ada bagitahu saya kalau dia cintakan saya. Macam kelakar pula.
Lepas tu, dia bagitahu kalau dia cemburu awak dengan saya. Entah apa-apa lah
dia tu. Kalau dah tak nak dekat si Eleena tu, tak payahlah buat alasan mengarut
macam tu kan. Terus terang jelah macam dia bagitahu saya sebelum ni.” Adu
Adellya. Adellya diam sebentar sebelum menyambung balik kata-katanya.
“Saya
tahu kalau dia menyesal. Dan saya tahu kalau luahan dia semalam tu semua
ikhlas. Tapi, saya tak tahu kenapa, saya langsung tak boleh nak terima
penjelasan dia. Dia keliru? Sebab saya jauh dari dia? Macam tak logik. Kalau
sekarang ni pun dia cakap yang dia dah memang tak cintakan saya lagi, saya
masih boleh terima, Zaf. Sebab cinta saya untuk dia, langsung tak ada. Dah
pupus. Kosong. Sikit pun tak tinggal. Cinta saya, awak dah bawak pergi jauh.
Macam mana saya nak bagi dia peluang?” Makin laju air mata mengalir. Sungguh
dia terseksa merindui Zafran. Hanya mampu meluahkan.
Cinta
dia, tiada lagi untuk lelaki lain selain Zafran. Hareez juga, tidak mampu
mengembalikan rasa cinta itu, walaupun beribu kali pun suaminya merayu.
Disebalik
pokok yang berhampiran kubur Zafran, Hareez hanya mampu berdiri kaku mendengar
setiap luahan Adellya.
Begitu
hebatkah Zafran sehingga isterinya itu dulu, begitu cintakan dia sekarang
beralih arah? Memang tiada langsungkah cinta Adellya buat dia? Inikah balasan
yang harus dia tanggung setelah banyak luka yang dia hadiahkan kepada Adellya?
******************************************
“Reez, dah jumpa Adel?” Soal Encik Hisyam.
“Reez, dah jumpa Adel?” Soal Encik Hisyam.
Hanya
anggukan menjadi jawapan kepada soalan Encik Hisyam. Dia tiada tenaga untuk
membuka mulut. Kaki melangkah menaiki tangga.
Encik
Hisyam hanya memandang anaknya dengan keluhan kecil. Dia sudah buntu. Tidak
tahu macam mana lagi dia ingin membantu anaknya. Adellya sekarang sudah payah
untuk ajak berbincang sejak Zafran meninggal.
Salah
anaknya juga. Dulu bukan main payah bila Adellya ajak duduk berbincang.
Sekarang, bila giliran Adellya buat hal, tahu pening kepala.
********************************************
Pintu bilik ditutup. Kaki melangkah mendekati meja kerjanya. Laci pertama ditarik. Kotak kayu sederhana berwarna hitam ditarik keluar dari laci tersebut.
Pintu bilik ditutup. Kaki melangkah mendekati meja kerjanya. Laci pertama ditarik. Kotak kayu sederhana berwarna hitam ditarik keluar dari laci tersebut.
‘Kisah
Kita’
Ukiran
di kotak kayu digosok lembut. Perlahan-lahan Hareez membuka kotak itu. Semua
kenangan, gambar dirinya dan Adellya tersimpan kemas di dalam kotak itu. Malah
cincin perkahwinan dia dan Adellya juga tersimpan kemas di dalam kotak
tersebut. Cincin di bawa keluar. Masih segar di ingatannya saat hari
perkahwinan mereka berdua. Akad nikah. Majlis yang berlangsung dengan
meriahnya.
Ya
Allah, mengapa begitu mudah dia melupakan segala janji yang telah dia tuturkan?
Mengapa begitu mudah dia mempermainkan ikatan hubungan suci ini?
Kemudian,
gambar candid Adellya tersenyum di bawa keluar. Sudah lama dia tidak melihat
Adellya tersenyum bahagia seperti ini. Kali terakhir saat si isteri bersama,
Zafran. Hareez hanya mampu mengeluarkan ketawa sinis. Sudah tiada gunakah dia
ini? Sudah tidak mampukah untuk dia membuat Adellya tersenyum kembali seperti
ini?
“Maafkan
abang, Adel.” Air mata gugur dengan begitu mudah sekali.
“Apa
yang abang perlu lakukan untuk mendapatkan balik cinta Adel? Kebahagiaan kita
yang dulu?” Sayu suara Hareez meminta walaupun Adellya tidak mampu mendengar.
**************************************
Suasana di ruang tamu sunyi sepi. Entah apa yang ingin dibincangkan oleh Encik Hisyam. Walaupun kakinya berat untuk melangakah duduk di dalam satu ruang dengan Hareez, Adellya ringankan juga kakinya itu. Mahu mendengar hal yang ingin dibincangkan oleh ayah mertuanya itu.
Suasana di ruang tamu sunyi sepi. Entah apa yang ingin dibincangkan oleh Encik Hisyam. Walaupun kakinya berat untuk melangakah duduk di dalam satu ruang dengan Hareez, Adellya ringankan juga kakinya itu. Mahu mendengar hal yang ingin dibincangkan oleh ayah mertuanya itu.
“Ada
apa Ayah panggil kitorang?” Soal Hareez.
“Ayah
nak bincangkan mengenai hubungan korang.” Jawab Encik Hisyam serius. Puan Iman
hanya memilih untuk mendiamkan diri di
sebelah suaminya itu.
“Maksud
ayah?”
“Kamu
tak faham lagi ke? Kamu tak nampak hubungan korang berdua ni dah makin teruk
ayah tengok. Dulu, ayah dan ibu diamkan diri dan memilih untuk tak nak masuk
campur, sebab kami fikir korang akan selesaikan hal korang dengan cepat, dengan
baik. Tapi, sejak Zafran meninggal, makin teruk pulak ayah tengok. Adel ke
barat. Kamu pulak, Reez, ke timur.” Keluhan berat dilepaskan. Melihat anak
menantu hanya mampu mendiamkan diri.
“Reez,
Adel. Ayah tak nak hubungan kamu berdua menjadi teruk macam ni. Ayah dengan ibu
tak pernah doakan kamu berdua berpisah. Tapi, kalau memang betul korang
langsung tak nampak sinar kebahagiaan dalam perkahwinan korang, berpisah adalah
penyelesaiannya.”
“Ayah!”
“Abang!”
Serentak
Hareez dan Puan Iman menjerit. Adellya hanya terkejut dengan kata-kata Encik
Hisyam. Tidak sangka Encik Hisyam akan mengeluarkan kat-kata tersebut.
“Ayah,
nak Reez berpisah dengan Adel? Ayah dah tak sayangkan Reez ke sampai ayah
sanggup mintak Reez hancurkan masjid Reez sendiri?” Perlahan Hareez menyoal
Encik Hisyam.
“Reez,
hanya itu yang ayah nampak untuk selesaikan masalah kamu berdua ni. Apa lagi
yang kamu harapkan kalau kamu dah tak cintakan Adel, dan Adel tak cintakan kamu?”
“Siapa
cakap Reez tak cintakan isteri Reez? Reez cintakan Adel. Dan Reez tak akan
berpisah dengan Adel. Itu keputsan muktamad Reed.”
“Tapi,
I dah tak cintakan you, Hareez. Dan apa yang ayah cakapkan tu betul. Baik kita
berpisah saja.” Suara Adellya kedengaran setelah lama mendiamkan diri. Dan kata-kata
yang keluar dari mulutnya itu mampu membuat Hareez dan yang lain terpaku.
“Adel,”
Panggil Puan Iman sambil kaki melangkah mendekati Adellya.
“Adel
dah fikir masak-masak ke?” Soal Puan Iman perlahan. Menginginkan kepastian
daripada menantunya itu.
“Adel
dah fikir. Adel tak mampu nak terima Hareez macam dulu lagi. Adel dah maafkan
Hareez tapi, I’m so sorry Reez, I still tak dapat nak terima you.”
“Adel, you
cakap you dah maafkan I, tapi kenapa you nak berpisah dengan I?” Kolam mata
Hareez mula bergenang. Sungguh dia tidak sanggup untuk berpisah dengan
isterinya.
“I
maafkan you tapi tak semestinya I akan terima you semula, Reez. Dalam hati I
nama you dah lama hilang. Dalam hati I hanya Zafran. I minta maaf kalau
pengakuan ini buat you terluka dan kecewa. I tahu sebagai seorang isteri
berdosa mencintai lelaki lain selain suaminya sendiri. Tapi, perbuatan dan
kata-kata you yang membuatkan hati I berpaling untuk mencintai yang lain.”
Pengakuan
Adellya membuatkan lututnya lemah. Begitu terukkah dia sehingga Adellya tidak
mampu menerima dirinya kembali? Dia memandang wajah ibu dan ayahnya. Mampukah dia
untu menunaikan permintaan Adellya?
“I merayu
dengan you, Reez. Lepaskan I. Itu je yang I mintak dengan you. Dan kita mulakan
hidup baru.”
“You
betul-betul nak berpisah dengan I?” Soalan Hareez dibalas dengan anggukan
Adellya.
Ya
Allah, bantulah hambaMu ini, Ya Allah.
“Ayah,
ibu…”
***********************************************
Masih
terngiang-ngiang lafaz cerai yang dia lafazkan beberapa jam yang lalu di depan
hakim. Ya, dia membuat keputusan untuk melepaskan Adellya.
“Selepas
ni, I harap you akan bahagia dengan kehidupan you selepas ni Adel. Maafkan I
kerana telah lukankan hati you yang telah setia dengan I. I mintak maaf.” Ucap Hareez.
“I dah
maafkan semua kesalahan you. I doakan semoga you dapat wanita yang you cintai. And,
Hareez, I nak mintak maaf dengan you dari hujung rambut sampai hujung kaki atas
semua salah silap, dosa I terhadap you. Dan halalkan segala makan minum I.
Assalamualaikum, Kapten Hareez.” Kaki melangkah untuk pergi, pergi meninggalkan
kenangannya bersama Hareez.
“Adel!”
Sepasang
kakinya berhenti saat namanya diseru. Untuk berpaling kembali jauh sekali. Walaupun
perpisahan yang dimintanya, perasaan sedih itu tetap ada dalam dirinya kerana
perkahwinan yang diharap bahagia hingga ke Jannah tidak kesampaian.
“If one
day, kita berjumpa kembali, you and I still sendiri, I nak kita kembali
bersama. Sebab I yakin you adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk I. Mungkin,
Dia nak kita berpisah untuk sementara waktu, memberi ruang kepada kita untuk
berfikir kembali. Doa I, I harap you bersendirian sampai pertemuan kita nanti.”
Pinta Hareez dengan doa di hati, semoga Allah kekalkan Adellya sebagai
jodohnya.
Air
mata yang mengalir laju dipipinya dibiarkan. Tiada sebarang balasan yang mampu
dia keluarkan untuk Hareez. Kaki kembali melangkah. Biarkan Hareez berdiri di
situ dengan air mata.
“Abang
harap Allah takdirkan kita bersama sekali lagi, sayang. Dan Abang janji, Abang
akan bahagiakan Adel. Abang cintakan Adellya.” Sayu hatinya melihat Adellya
pergi melangkah pergi. Biarlah Adellya pergi buat sementara.
***************************************************
2 tahun kemudian.
2 tahun kemudian.
Kaki melangkah
keluar dari balai ketibaan. Luggage ditarik menuju ke kaunter teksi. Hareez
memandang sekeliling. Selepas perpisahan dia dan Adellya, dia memilih untuk
berhenti kerja sebagai pilot dan memulakan business sendiri. Dan, dia juga
mendapat tahu bahawa Adellya juga telah berhenti. Namun, dia tidak tahu ke mana
bekas isterinya itu membawa diri. Ibu dan ayahnya juga tidak tahu.
“Auch!”
“Sorry.”
Terduduk
wanita yang bertudung yang dilanggarnya dengan tidak sengaja. Kuat sangat ke
aku langgar dia tadi?
“Sorry,
my mistake.” Ucap Hareez. Tangan di hulurkan namun tiada sambutan yang di
terima daripada si dia.
“It’s
okay. Awak tak salah, saya yang salah. Jalan tak pandang depan.” Ucap wanita
itu sambil muka ditunduk. Ya Allah, malu gila. Dah lah kena langgar lepas tu
jatuh terduduk macam ni. Perlahan-lahan dia bangun dan terkelu lidahnya saat
melihat si dia yang melanggarnya.
“Adellya.”
Perlahan bibir itu menyebut nama yang dirinduinya itu.
“Hareez.”
Patut
dia tidak perasaan, sekarang Adellya dah semakin ayu dengan tudung di atas
kepala yang membalut mahkota wanita itu. Bibir menguntum senyuman mesra buat
Adellya.
“Adel
buat apa dekat sini?” Soal Hareez mesra. Ya Allah, rindunya dia dengan Adellya.
Ingin saja dia menarik Adellya ke dalam pelukannya namun, di sabarkan hatinya
itu.
“Saya baru
sampai dari Langkawi.” Jawab Adellya perlahan.
“Ohhhh,
alone?”
“Yap,
sorang je.”
“No, I
mean. Are you still alone?” Soal Hareez dengan harapan di hati. Berharap Adellya
masih tidak mempunyai sesiapa.
“Huh?”
“2
years ago, saya pernah cakap, kalau one day Allah takdirkan kita bertemu
kembali. Adel masih single, and saya pun single, saya nak kita kembali bersama.
Sebab Allah takdirkan kita untuk bersama. Masih ingat?” Tanpa mahu membuang
masa dia terus jelaskan.
“If
saya kata saya dah berpunya?”
“Then,
I will walk away.” Jawab Hareez perlahan. Berkecai hatinya yang berbunga mekar
sebentar tadi. Kaki sudah bersedia untuk pergi. Tapi, ucapan Adellya membuat
kakinya terpaku di situ.
“Then, don’t
go. Stay with me. Pimpin saya ke syurga.” Ucap Adellay dengan senyuman mekar di
bibir.
“That’s
mean,” Anggukan Adellya membuatkan Hareez nekad untuk membuat sujud syukur di
situ. Tidak kisah dengan pandangan sekeliling. Apa yang dia tahu, hari ini dia
sangat bahagia.
“Alhamdulillah.”
Ucap Hareez.
Adellya
hanya mampu ketawa bahagia. Dia pun bersyukur Allah masih memberi mereka
peluang untuk bersama. Dulu, saat dia berkata dia cintakan Zafran, nama Hareez
masih tersimpan rapi di sudut yang dalam di dalam hatinya. Cuma dia tidak yakin
dengan hatinya itu. Sebab itu dia membuat keputusan untuk berpisah dengan
Hareez. Tapi, sekarang. Dia yakin keputusannya tidak salah.
“Saya
harap, hubungan kita kali ini akan bahagia sampai akhir hayat kita.” Ucap
Hareez bahagia.
“Ya,
InsyaAllah.” Balas Adellya.
***********************************************
Suara bayi menangis kedengaran di telinganya. Mata yang masih mengantuk di paksa buka. Ruang kosong di sebelahnya membuat di terburu-buru bangun.
Suara bayi menangis kedengaran di telinganya. Mata yang masih mengantuk di paksa buka. Ruang kosong di sebelahnya membuat di terburu-buru bangun.
“Sayang.”
Panggil Hareez. Namun tiada sahutan kedengaran. Hanya tangisan si kecil di
dalam baby coat membuat dia turun dari katil.
“Hai,
good morning Baby daddy.” Si kecil di dalam baby coat di angkat dengan
hati-hati. Tangisan yang nyaring tadi berhenti. Selesa berada di dalam dakapan
daddynya itu.
Aiman
Haycarl. Anak dia dan Adellya yang baru berusia 10 bulan. Haycarl wujud di
antara mereka berdua setelah 3 bulan perkahwinan mereka yang kali ke dua.
Bulat mata
si kecil memandang daddynya. Pipi montel itu di cubit perlahan. Mana tak montel
kalau selepas perut di isi, tidur saja kerjanya.
“Baby,
Mummy mana?” Soal Hareez. Anak matanya meliar mencari di setiap sudut bilik. Namun,
bayang-bayang Adellya tidak kelihatan.
“Maybe,
Mummy kat bawah kot. Sediakan breakfast untuk kita.” Agah Hareez. Ketawa
Haycarl kedengaran.
“Sebut
pasal makan je terus gelak ye. Nampak sangat Baby daddy ni suka makan, kan.”
Kaki melangkah untuk turun ke bawah mencari isteri tercinta.
“Sayang.
Ohhh sayang.” Panggil Hareez.
“I’m
here. Kitchen, bang.” Sahut Adellya.
“Morning,
my beautiful.” Ucap Hareez sambil mencium pipi Adellya.
“Morning
too, handsome.”
“And of
course, my cute boy too.” Haycarl di dalam dukungan Hareez di ambil lalu di
gomol sepuah hati. Ketawa si kecil.
“Sayang
masak apa pagi ni?” Soal Hareez sambil kepala menjengah melihat ke dalam periuk
di atas dapur.
“Nasi
Lemak sambal bilis. And of course, you favourite jugak ada, sambal sotong.”
“Nice,
sayang.” Tudung periuk di angkat untuk mengambil bau masakan sambal sotong
Adellya. Namun, beberapa saat, kaki melangkah ke sink.
“Uwerkk!”
“Eh,
abang.” Adellya berdiri di belakang suaminya sambil mengosok belakang Hareez. Haycarl
di dukung kemas. Takut melorot jatuh pulak anak mereka nanti.
“Abang
okay tak ni?” Soal Adellya risau. Tiba-tiba pulak Hareez muntah ni, semalam
okay je dia tengok.
“Entah
sayang. Abang rasa loya pulak lepas bau sambal sotong tu. Tak tahan sangat bau
dia tu.” Jawab Hareez lemah.
“Loya?”
“Sayang,
are you pregnant?” Tiba-tiba soalan Hareez membuat dia berfikir kembali. Betul ke?
“Kenapa
abang tanya macam tu? Tak rasa awal sangat ke nak dapat lagi sorang?” Dia bukan
tidak mahu anak lagi, Cuma dia takut tak mampu nak beri perhatian terhadap
Haycarl. Jika Allah memberi mereka rezeki lagi dia akan menerima dengan hati
terbuka.
“Laaa,
sayang, remember? Dulu masa sayang mengandungkan Haycarl, abang akan muntah
setiap kali bau sambal sotong. Lagipun period dah terlewat kan? That’s
mean,Haycarl nak dapat adik baru. Nanti kita pergi check ya.”
Senyuman
bahagia terukir di bibir masing-masing. Tiada kata-kata yang mampu mencerminkan
perasaan mereka kali ini. Hanya mampu berdoa, semoga Allah permudahkan
segalanya selepas ini. Dan memberi kebahagiaan kepada mereka berdua. Amin.
-TAMAT-
Sorry gais lewat update and sorry jugak kalau ending nya tak macam yang korang harapkan!
Hi sis, saya pembaca setia cerpen ini. Nice writing. Each time i'm reading it, I can't wait for the next chapter. Keep it up dear! The ending is really interesting.. Possible for ot to be more longer???? ^_^
ReplyDeleteHai dear. Thanks sebab jadi reader setia saye :* Thanks jugak sebab sanggup menunggu next part. By the way sorry tau sebab selalu lambat update story :( tunggu my next story okay, babe. XOXO!
Deletethe story is awesome keep up the hard word and i cant wait for you to update the cerpen eliya elias take your time to update them,i can wait..
ReplyDeleteanother thing i love your cerpen they are the best.
ReplyDeleteHi, lama tunggu cerpen ni....sempoi...best...
ReplyDeleteCan't wait for your next cerpen... Bestnya!! Keep writting... Please update selalu cuz your cerpen is really entertaining and super romantic
ReplyDeleteThanks for your comment. InsyaAllah akan ade nexy story dalam mase terdekat. Sebab sekarang ni tengah usaha kerah idea :D thanks again!
Deletecerpen paling merepek pernah baca
ReplyDeleteTerima kasih kerana meninggalkan komen anda di sini :)
ReplyDeletekenapa lah suka sgt buat cerpen yg mengarut..yg nampak sgt perempuan lemah..menyampah..
ReplyDeleteAkhirnya happy ending....
ReplyDeleteBru la tenang skt hati ni
Cerpen ni mmg best sis sye bg 10 bintang