Skip to main content

Imaginasi.

Assalamualaikum and hai to my lovely readers.

Imaginasi.


Ade orang cakap, novel, cerpen semua cerita cerita dalam blog semua macam tak logik akal je. Kuat sangat imaginasi korang semua. Yaaa, memang imaginasi kami terlampau kuat, terlampau tinggi sampai kadang kadang fikirkan balik, macam tak boleh nak terima langsung. That's why, ia di namakan CERITA. Nak harapkan apa yang kita impikan akan terjadi dalam dunia nyata memang taklah kan. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Di sebabkan kami tak mampu nak jadikan ia nyata, kami jadikan ia sebagai cerita yang di buat oleh kami sendiri. Hanya itu yang dapat membuatkan hati kami sebagai seorang penulis novel and cerpen puas.

Korang tengok plak cerita aksi sekarang. Avenger, Transformers, Ninja Turtles and seangkatan dengannya. Kalau di fikirkan balik, wujud ke semua benda tu? Tak kan? It's imagination, right? Sama jugak dengan kami punya. Tapi, kami punya version lembut, romantik, cinta, sedih. It's just imagination gaisss. Nak jadikan imagination kami satu movie macam Avengers, kami tak mampu. Hanya blog dan sebuah buku tempat kami.

So, kalau korang tak boleh nak terima jangan bace. Kami tak pernah pakse korang bace. Blog dan cerite kami hanya untuk yang boleh menerima kami yang berimaginasi tinggi. Kalau korang tak boleh, sila angkat kaki. Tak payah nak bash sangat kami. Okay?

P/S: Maaf, if ada yang sentap. Sya tak tujukan dekat sape sape. Just umum kay, jangan korang bash Sya plak. Hehe.

XOXO, Sya.

Comments

  1. tempat nonton film movies online gratis https://goo.gl/DkReN8

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu.

CERPEN: Maafkan Aku, Sayang! I

Satu Alangkah terkejutnya sebaik saja dia membuka pintu rumahnya terdapat seorang lelaki yang satu ketika dulu menghalaunya keluar dari rumah. Cepat-cepat dia menutup pintu tetapi tangan lelaki itu lebih pantas bertindak. “Awak? Macam mana awak…” Qaseh bertindak seperti biasa sedangkan dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu bertapa terkejutnya dia melihat lelaki itu. “Sayang, merata tempat abang cari sayang. Rupa-rupanya dekat sini sayang sembunyi. I miss you like crazy, tau tak.” Raffe meraih tangan wanita dihadapannya tetapi Qaseh menepis dengan kasar. “Apa awak panggil saya? Sayang?” Naik geli Qaseh mendengar perkataan itu. Qaseh tersenyum sinis. “Raffe, dahlah. Baik awak balik. Saya tak nak nanti jiran-jiran saya salah faham plak.” “Kenapa plak? I’m your husband. Kenapa dorang nak sibuk plak? Tak salah kan suami nak jumpa dengan isterinya.” Sekali lagi Raffe cuba untuk meraih tangan Qaseh tetapi gagal. “Raffe, please. Baliklah.” Qaseh menutup pintu teta

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter