Part 7
Sinaran
matahari di sebalik langsir membuatkan Hareez terpaksa membuka matanya. Terasa
malas untuk bangun selepas seharian menerbangkan kapal terbang dari Kuala
Lumpur ke London. Perlahan-lahan dia bangun melangkah. Slinding door di buka
dan senaman ringan di lakukan di beranda biliknya.
Udara
segar London di hirup perlahan-lahan. Baru saja beberapa minggu lepas dia
meninggalkan bumi London. Dan hari ini, dia di sini lagi. Melakukan
tanggungjawabnya sebagai seorang juruterbang. Hareez memandang ke bawah.
Melihat suasana sekeliling hotel. Terdapat ramai pelancong di sekitar kolam
renang yang di sediakan oleh pihak hotel.
Seketika
matanya terpaku pada dua susuk tubuh yang dia sangat kenal. Mata disipitkan
lagi untuk mengenal pasti sama ada tekaannya benar atau salah. Ya. Tekaannya
tepat. Adellya dan Zafran. Bergelak ketawa. Bergurau mesra. Tangan dikepalkan.
Perasaan tidak enak hadir di dalam hati menyebabkan api kemarahan menyala.
Tidak tahu kenapa dia rasa begitu. Dada yang terasa sesak itu dipegang. Kenapa?
****************************************
Adellya ketawa saat Zafran menceritakan beberapa jenaka kepadanya. Mungkin berusaha untuk membuatkan dia tersenyum kembali setelah kejadian semalam. Mungkin. Kerana itu yang dia rasakan sekarang. Kalau memang betul sangkaan dia, dia sangat berterima kasih kepada Kapten tampan di depan dia ini. Itu sangat membantu dirinya saat ini. Dia memang memerlukan seseorang untuk menghiburkan dirinya yang terluka.
Adellya ketawa saat Zafran menceritakan beberapa jenaka kepadanya. Mungkin berusaha untuk membuatkan dia tersenyum kembali setelah kejadian semalam. Mungkin. Kerana itu yang dia rasakan sekarang. Kalau memang betul sangkaan dia, dia sangat berterima kasih kepada Kapten tampan di depan dia ini. Itu sangat membantu dirinya saat ini. Dia memang memerlukan seseorang untuk menghiburkan dirinya yang terluka.
“Lya,
you dengar tak apa yang I cakapkan ni?” Soalan ditujukan kepada Adellya. Dia
perasan wanita di hadapannya kini hanya tersenyum termenung. Dia bertanya,
Adellya senyum. Tak akan dah gila kut selepas di lukakan suaminya?
“Huh?
Apa, apa?”
“You
tak dengar Lya? Seriously?” Mata sengaja disipitkan. Pura-pura marah.
“Haha.
Sorry. I’m sorry. You cakap apa tadi?” Tak takut pun dengan riak muka Zafran.
Tak akanlah Zafran berani marahkan dia kan?
“You
ni! Penat-penat I bercakap dengan you. Tapi, you tak dengar? You dah sampai
mana sebenarnya ni?”
Belum
sempat Adellya membalas tiba-tiba suara deheman muncul di belakang mereka
berdua. Wajah dipalingkan untuk mengenal pasti punya siapakah deheman itu?
“Hai.”
Sepatah perkataan dikeluarkan dari seulas bibir merah itu.
“Oh,
hai. Hareez, kau buat apa kat sini?” Sapaan Hareez dibalas oleh Zafran. Adellya
di sebelahnya hanya sepi membatu. Mungkin terkejut atau tidak selesa dengan
kehadiran Hareez.
“Saja.
Nak cuci mata tengok pasangan kekasih bermesra.” Ayat sinis sengaja
dikeluarkan. “Eh, korang jangan terasa pulak. Aku bukan maksudkan korang.”
Sambung Hareez apabila Zafran dan Adellya hanya mendiamkan diri. Mana tahu
mereka berdua terasa dengan dirinya walaupun ayat itu memang ditujukan kepada
mereka berdua.
Adellya
hanya memandang suaminya itu dengan pelbagai rasa di hatinya. Baru saja dia
mahu melupakan lelaki itu dan masalah mereka berdua. Tiba-tiba muncul pula di
depan mata. Keluhan dilepaskan.
“Kenapa,
Adel?”
Kepala
diangkat memandang wajah yang dirinduinya itu. Rambut yang sedikit keperangan
itu nampak sedikit basah, mungkin baru sudah mandi. Mata yang dilindungi dengan
cermin mata hitam jenama Rayban. Badan yang sedikit sasa itu dibaluti dengan
T-shirt Polo lengan pendek berwarna putih dan berseluar jeans slim fit biru
gelap. Yalah, sekarang musim panas yang bertandang dibumi London.
“Adel.”
Sekali lagi sura itu memanggilnya.
“Ya..ya?”
Sedikit gagap dia menyahut. Mata dilarikan sebelah mencari susuk tubuh Zafran.
Hilang. Mata sibuk meliar ke sana sini. Mana pula Zafran ni?
“You
cari apa? Zafran?” Soal Hareez.
Laju
mata memandang Hareez. Kepala dijatuhkan tanda menjawab soalan suaminya. Berat
mulut untuk mengeluarkan suara.
“Dia
pergi naik ke bilik. Tertinggal phone katanya.” Jawapan Hareez sedikit
membuatkan Adellya mengeluh kecewa. Kenapalah Zafran pergi tinggalkan dia
dengan Hareez?
“Kenapa?”
Soal Hareez. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Nampak
begitu macho pada pandangan Adellya.
“Kenapa
apa?” Soalan Hareez dibalas dengan soalan.
“You
terdengar sedikit kecewa bila I cakap Zafran ke mana. Dah rindukan dia ke?”
Senyuman sinis terlakar di wajah Hareez.
“Apa
yang awak cakapkan ni, Hareez?” Sedikit tidak faham dengan kata-kata yang keluar dari mulut
suaminya itu.
“You
tak faham or buat-buat tak faham, Adellya?” Wajah dirapatkan sedikit dengan
wajah Adellya. Adellya hanya diam terkaku dengan kelakuan suaminya. Dah kenapa
pula dengan mamat ni?
“Saa...saaya
memang tak faham apa yang awak maksudkan.”
“Okay,
straight to the point. Apa sebenarnya hubungan you dengan kapten muda tu?”
Wajahnya dijauhakan. Sepasang mata
disebalik Rayban itu memandang tajam ke arah Adellya. Dia ingin tahu apa
hubungan di antara Adellya dan Zafran.
Tak
sangka soalan itu yang keluar dari mulut Hareez.
“Hubungan saya dengan Zafran
hanyalah sebatas rakan sekerja dan kawan saja. Tak lebih dari tu.” Jawapan
jujur dikeluarkan. Tetapi nampak dari riak wajah suaminya seperti tidak berpuas
hati saja dengan jawapannya.
“Kawan?
Are you sure?” Soalan itu terdengar sinis sekali. “Tapi, I langsung tak rasa
yang you berdua hanya kawan.” Sambung Hareez dengan nada geram. Masih tak nak
mengaku ke yang korang ada hubungan?
“Kenapa?
Kalau hubungan kami lebih dari tu, awak cemburu?” Sedikit berbunga hatinya saat
ayat yang baru saja keluar dari bibir merah itu terdengar seperti cemburu. Cemburu
tandanya perasaan cinta terhadapnya masih wujud. Senyuman mula terukir di wajah
cantiknya.
“What?
Cemburu?” Hareez tergelak apabila mendengar soalan Adellya. “Look, Adellya. I
dah ada Eleena. So, nak buat apa I nak cemburu bagai? Tak lama lagi you pun I
akan ceraikan.” Terdengar sedikit angkuh suara Hareez apabila menutur ayat yang
membuatkan senyuman yang sebentar tadi mekar tiba-tiba mula layu. Hati yang
baru saja berbunga-bunga mula hancur berkecai.
“I
tanya sebab I nak pastikan lelaki yang akan jagakan you lepas ni bukan lelaki
yang sebarangan. Ibu dan ayah pun mesti gembira kalau lelaki macam Zafran yang
akan jagakan you after this. Lagipun, I tengok, he’s not bad. Dia pun macam
cintakan you sangat.” Pandangan dilarikan ke hadapan. Tidak mahu melihat wajah
kecewa Adellya. Entah kenapa rasa sesak yang dia rasakan tadi mula kembali saat
melihat wajah kecewa Adellya.
“Hareez,
perasaan cinta awak dekat saya dulu, memang langsung dah tak ada dalam hati
awak ke?” Terdengar lirih suara itu bertanya.
“Yes.
Cinta I terhadap you dah pupus after I met Eleena. Diganti dengan cinta
Eleena.” Tanpa perasaan dia mengungkapkannya.
“Langsung
tak ada sedikit ruang untuk saya?” Air mata ditahan dari jatuh mengalir di
pipi. Kepala perlahan-lahan diangkat memandang susuk tubuh yang mebelakanginya.
“I’m
sorry, Adel.”
Jawapan
itu cukup membuatkan hati Adellya musnah. Harapan yang dia bina sebelum ini
untuk menambat kembali hati suaminya hancur berkecai dengan jawapan suaminya
itu. Ya Allah! Kuatkanlah hati hambaMu ini.
“So,
dah tak ada gunanya lagikan saya setia di samping awak, kan? Dah tak ada
gunanya lagi saya berharap awak kembali kepada saya, kan? Dah tak ada guna saya
pertahankan rumah tangga kita kalau awak sendiri menolak, kan? Dah tak ada
gunanya lagi. Selepas kita sampai Malaysia, kita selesaikan semua urusan
penceraiaan kita. Lebih cepat lebih bagus, am I right?” Laju air mata yang
ditahan tadi mengalir. Sudah tiada kekuatan untuk menahannya lagi.
“Yes,
you’re right.” Tergamam saat dia berpaling. Air mata yang mengalir dipipi gebu
isterinya itu dan juga kata-kata yang Adellya keluarkan. Kenapa dengan aku ni?
Kenapa tiba-tiba perasaan ini muncul?
“I
hope, keputusan yang awak buat ni akan membuatkan awak bahagia, Hareez. Semoga
awak bahagia atas kesakitan yang saya tanggung selama ni.” Laju kaki melangkah
meninggalkan Hareez yang masih tergamam itu. Air mata diseka dengan kasar.
Tidak mahu lahi menangis kerana lelaki yang sudah menyakitkan hatinya itu.
Lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Cukup sampai sini saja. Dia sudah
penat setia dengan Hareez.. Sangat penat.
Bersambung...
bestt.. sambungla ^^
ReplyDelete