Part 14
Adellya
yang termenung jauh itu dipandang Hareez. Buntu. Dia buntu ingin memujuk
Adellya. Langsung tiada perubahan ke atas diri itu sejak Zafran pergi. Malah,
semakin teruk selepas kehadiran orang tua Eleena. Kata ibu, Adellya hanya
mendiamkan diri saja saat mereka datang. Dia tidak tahu apa yang bermain di
fikiran si isteri.
Kaki
melangkah ke arah di mana Adellya melabuhkan duduk. Adellya tidak perasan akan
dirinya kerana isterinya membelakangkan dirinya.
“Jauh
termenung.” Sambil punggung melabuh disisi Adellya. Saja duduk dekat-dekat.
“You
menungkan apa, Adel?” Soal Hareez sambil tangan meraih jari jemari si isteri.
Adellya
hanya mampu biarkan. Entah kenapa dia tidak pula mahu membantah kelakuan
Hareez.
Hareez
hanya tersenyum saat kelakuannya dibiarkan Adellya.
“You
rindukan arwah?” Soal Hareez perlahan.
Adellya
terkaku dengan soalan diberikan Hareez. Kenapa tiba-tiba tanya soalan itu?
Rindu Zafran? Memang dia rindukan Zafran sangat rindu. Sebak mula menguasai
diri. Cuba ditahan. Tidak mahu Hareez melihatnya.
“Kalau
you rindu, you sedekahkan Al-Fatihah dekat dia. Kalau, kalau you nak menangis,
you menangis. I temankan. Tapi, I mintak selepas you menangis ni, I tak nak you
menangis sebab arwah lagi. Hati I sakit bila you rindukan dia. Hati I sakit
bila you jadi macam ni sebab arwah. Lelaki yang langsung tiada kaitan dengan
hidup you. Sedangkan I, I suami you, you sisihkan I. Hati I sakit sangat Adel.”
Sayu saja Hareez meluahkan rasa sakitnya. Sedikit terkesan di hati Adellya saat
mendengar luahan si suami. Namun, bagaimana dengan Eleena?
“Tapi,
Eleena?” Soal Adellya perlahan.
“Leena,
I akan tinggalkan dia. I dah tak sanggup lagi dah sakitkan hati you. Masa you
dengan Zafran, hati I macam dilumat-lumat. Sakit sangat kat sini.” Tangan
Adellya di bawa ke dada.
“I
sayang dan cintakan you, sayang.” Luah Hareez lagi.
“Tapi,
kenapa masa you balik dulu, you cakap you dah tak cintakan I?” Adellya masih
tidak percaya dengan luahan Hareez. Susah untuk dia percaya. Sebab dulu lain,
sekarang lain. Tidak tahu mana satu yang harus dia percayakan.
“Dulu,
I keliru dengan kedatangan Eleena. Masa I kat sana, I tergoda dengan
kecantikkan Eleena. You jauh. I kat sana sorang-sorang. I perlukan seorang
peneman di sisi I. Tapi, I tak sangka akhirnya, I jatuh cinta dengan Eleena. I
sangka semakin hari cinta I terhadap you hilang. Tu sebab I balik bawak Eleena
perkenalkan dekat ibu dan ayah. Dan buat keputusan untuk ceraikan you.” Wajah
dipaling sedikit ingin melihat reaksi Adellya, namun Adellya hanya mendiamkan
diri sambil memandang ke lurus hadapan.
“Tapi,
I tak tahu kenapa I tak dapat nak lepaskan you. Nak nak dengan kehadiran Zafran
waktu tu. Lagi buat ego I tercabar. Tapi rupanya, cinta dan sayang I terhadap
you tak pernah hilang. Cuma, dibutakan oleh kehadiran Eleena. I’m really sorry,
sayang.” Luahan di habiskan dengan kata maaf. Tapi, Adellya masih tetap begitu.
Masih mendiamkan diri.
“Please
say something, Adellya.” Pujuk Hareez.
“Bila
you nak tinggalkan Eleena?” Soal Adellya sekali lagi. Luahan Hareez dibiarkan
sepi. Entah kenapa, dia mendengar tapi, dia tak tahu apa yang dia rasakan.
“Kalau
you nak, sekarang I boleh jumpa dengan dia dan settlekan hal I dengan dia.”
Ucap Hareez bersungguh-sungguh. Dia sanggup, asalkan Adellya dapat menerima
dirinya semula. Dan Adellya masih juga mendiamkan diri.
“Adel.”
Panggil Hareez perlahan. Tangan mengelus pipi gebu isterinya itu.
“Buatlah
apa yang you rasa patut you buat, Reez.” Hanya itu yang dikeluarkan oleh
Adellya lalu bangun dan berlalu pergi meninggalkan Hareez terkaku dibangku.
Apa
maksud Adellya? Buat apa yang patut aku buat?
********************************
Jam di tangan di pandang buat kali entah ke berapa. Keluhan dilepaskan. Sudah
malas menunggu, dia bangun dari duduknya, tapi sebelum dia mula melangkah
tiba-tiba tangannya diraih seorang. Terus kepala dikalih ingin melihat siapa.
“Baby,
I’m so sorry sebab lambat.” Ucap Eleena.
“It’s
okay. Duduklah, I ada something nak bincang dengan you.” Keluhan dilepaskan.
Hareez ingin menamatkan segalanya di sini. Ini yang patut dia lakukan dari awal
lagi.
“You nak
bincang apa ni, Baby? Nampak ketat bukan main lagi muka you hari ni.” Rengek
Eleena. Tangan Hareez di atas meja dielus perlahan.
“Pasal
kita.” Tangan ditarik. Tidak selesa dengan keadaan itu. Dia dah janji dengan
Adellya, dia tidak mahu mungkir janji buat kali kedua.
“Kenapa
dengan kita?” Cara Hareez berkelakuan seperti dia dapat agak apa yang akan
berlaku selepas ini.
“I rasa,
I tak dapat teruskan lagi hubungan ni. So, maafkan I Leena. I nak putuskan
hubungan kita.” Ucap Hareez tanpa rasa bersalah.
“Putus?!”
Jerit Eleena. Hampis semua pelanggang café tersebut melihat ke arah mereka.
“Leena,
you nak menjerit ni dah kenapa? Tak boleh ke perlahankan sikit suara you tu?”
Nak menjerit bagai pulak.
“Tapi
kenapa? You tak boleh buat I macam ni, Reez. You dah janji dengan I yang you
nak kahwin dengan I. You takleh tinggalkan I macam ni. Family I semua dah tahu
pasal kita. Parents I pun dah pergi jumpa parents you. Tak akan senang-senang
je kita nak putus.” Sembur Eleena. Geram dengan keputusan Hareez.
“Sorry.
I terpaksa. I sayang dan cintakan isteri I seorang je. I’m so sorry, Eleena
atas semua kesalahan I terhadap you selama kita bersama.”
“Isteri?
What do you mean, isteri?” Sumpah dia terkejut. Isteri? Jangan cakap kalau
Hareez.
“Yaaa,
isteri. I dah kahwin sebelum I belajar di London.” Jelas Hareez.
“That’s
mean, masa kita bercinta, you dah jadi suami orang? You dah melampau Hareez! I
tak sangka you sanggup tipu I macam ni.” Tangan diangkat lalu dilayang ke pipi
milik Hareez.
“You
akan menyesal buat I macam ni, Hareez. You akan!” Gertak Eleena lalu
meninggalkan Hareez terkaku di situ.
Hareez
hanya tersenyum. Ini hanya rasa sakit sikit. Tidak sesakit hati Adellya yang
dia telah lukakan. Satu masalah dah selesai. Sekarang, dia ingin pulang dan
selesaikan masalah dia dengan Adellya. Dan berharap hati si isteri akan
terpujuk. Harap Hareez di dalam hati.
*******************************************
Wajah si isteri di cari. Di dapur, di bilik malah di dalam bilik air juga wajah
itu tidak kelihatan. Risau mula hadir. Kaki laju melangkah turun mencari Puan
Iman.
“Ibu!”
Laung Hareez di hujung anak tangga terakhir.
“Ada
apa ni, Reez? Menjerit sampai satu rumah dengar ni?” Soal Puan Iman pelik. Apa
yang tak kena dengan anak dia sorang ni?
“Adel
mana, bu?” Soal Hareez risau.
“Adel?
Laaa, kamu tak tahu ke mana dia pergi?” Soalan Hareez di balas soalan. Dan
soalan itu pula menambahkan kerisauan yang telah tersedia ada di dalam diri
lelaki itu.
“Kalau
Reez tahu tak adalah Reez menjerit panggil ibu.” Keluh Hareez.
“Adel
pergi kubur tadi.” Jawab Puan Iman perlahan.
Terkaku
sebentar jari jemari Hareez yang sejak tadi bermain di screen telefon. Berhajat
ingin menghubungi si isteri. Tapi, jawapan Puan Iman membuat hajatnya
terbantut. Kaki perlahan melangkah ke sofa. Punggung dilabuhkan perlahan.
Keluhan halus dilepaskan.
“Kenapa,
Reez?” Soal Puan Iman.
“Kenapa
Adel masih tetap ke sana, bu?”
“Maksud
Reez?”
“Kenapa
Adel masih pergi kubur Zafran, sedangkan Reez dah banyak kali bagitahu jangan
pergi.” Jawab Hareez perlahan.
Dia tak
nak Adellya terus bersedih. Dia ada. Apa gunanya dia kalau Adellya tetap ke
sana? Apa fungsinya dia kalau Adellya tetap ke sana? Pedih di hati sangat
terasa.
“Reez.
Reez jangan halang dia ke sana. Zafran kawan dia. Tak salah kalau dia nak
menziarah kubur Zafran. Dia rindukan Zafran, Reez.” Pujuk Puan Iman perlahan. Dia
tahu apa yang Hareez rasakan. Tapi, apa yang dia mampu lakukan?
“Tapi,
Reez tak suka dia ke sana, bu. Hati Reez sakit sangat setiap kali dia pergi ke
sana.”
“Masa
Reez pulang dari London dan perkenalkan Eleena kepada kami semua, Reez pernah
terfikir tak apa perasaan Adel masa tu? Hati dia terlebih dahulu hancur kerana
perbuatan Hareez yang tak fikirkan hati dan perasaan dia. Mungkin sakit Reez
tak standing apa yang dia rasa waktu tu. Eleena, masih hidup. Tapi, Zafran dah
pergi tinggalkan dia. Reez, faham tak maksud ibu?”
“Beri
Adellya masa untuk tenang dan pulihkan diri dia seperti biasa.” Bahu Hareez
digosok perlahan. Puan Iman bangun dari duduknya untuk menyambung kembali
kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Beri ruang untuk Hareez berfikir.
Hareez
memicit pelipis yang tiba-tiba terasa sakit. Apa lagi yang harus lakukan untuk
sembuhkan hati, Adellya?
Bersambung...
Nk lagi 👌
ReplyDeleteNk lagi 👌
ReplyDeletebila nak sambung lagi....best..
ReplyDeleteSambung la lagii.. T.T
ReplyDeleteCerpen ni mmg dah tak sambung erkk?? Sedihnyeee�� lama dah tunggu
ReplyDeleteNext a.k.a final part saye daa update seminggu lebih daa.
ReplyDelete