Skip to main content

CERPEN: Eliya Elias 7


7

Eliya mengeliat malas di atas katil. Hari ini, tok akinya ingin membawa dia pergi ke Cahaya Holdings untuk kenalkan dia kepada semua staff Cahaya Holdings. Malas terasa. Tapi, mengingatkan betapa bersungguhnya Tan Sri Irshad inginkan dia mengambil alih Cahaya Holdings, dia gagahkan jua dirinya untuk bangun. Walaupun perasaan sedih masih membelenggu dalam jiwanya.

Eliya melihat dirinya di dalam cermin. Muka yang sembap. Lingkaran hitam di bawah mata. Hmm, sedih sungguh hidupnya kini.

*************************************

“Morning, tok aki.” Sapa Eliya saat duduk dilabuhkan di kerusi meja makan.

“Eh.. Iya. Morning too, princess.” Terkejut Tan Sri Irshad. Dia kira Eliya telah pulang ke rumah papanya semalam. Melihat kereta cucunya itu tiada di garaj kereta.

“Tok aki ingatkan Iya dah balik rumah papa semalam.”

“Kenapa pula Iya nak balik sana? Iya kan dah cakap kalau Iya akan terus stay dengan tok aki sampai bila-bila.” Atas sebab apa dia ingin pulang ke rumah papanya kalau papanya tidak pernah menanti kepulangannya? Tambahan dengan masalah semalam. Memang taklah.

“Yelah. Your car, tak ada dekat garaj. Tu sebab tok aki ingat Iya balik rumah sana.” Jelas Tan Sri Irshad. Kalau cucunya ada, mana pula perginya kereta Eliya? Tidak mungkin kereta itu bergerak sendiri. Ini bukannya kisah cerita si Herbie tu.

“Iya, where’s your car?” Soal Tan Sri Irshad.

“Err. Err...” Aduh. Apa yang dia nak jawab ni? Tak akan nak ceritakan kejadiaan semalam?  Mahunya mengamuk tok akinya ini jika tahu apa yang Arshad dan Julia telah lakukan kepadanya? Silap hari bulan, ICU mereka berdua.

Tan Sri Irshad masih memandang wajah cucunya yang nampak serba tidak kena itu. Seperti dapat bau ada sesuatu yang telah terjadi semalam. “Iya?” Panggil Tan Sri Irshad.

“Err. Err. Semalam... kereta Iya tak boleh nak hidup. Then, ada kawan Iya yang baik hati tawarkan Iya balik dengan dia semalam.” Maaf tok aki sebab menipu.

“Ohh really? Siapa kawan Iya tu? Arshad ke?”

Mendengar nama Arshad meniti di bibir tok akinya telah membangkitkan kemarahannya. Awal-awal pagi lagi dah kena dengar nama jantan tak guna tu. Huh! Degus Eliya.

Masih terbayang peristiwa semalam. Tidak sangka Arshad sanggup melukakan hatinya dengan cara sebegitu. Bermain di belakangnya bersama betina tak guna itu. Apa yang Arshad nampak dalam diri Julia? Apakah dirinya ini tidak cukup bagus untuk Arshad? Huh! Sebal pula hatinya.

“Eliya!” Tan Sri Irshad mengawankan tangannya di hadapan muka cucunya itu. Mengelamun pula dah. Teringatkan si buah hatilah tu.

Tersentak Eliya dari kenangan pahit semalam. Dia memandang wajah tok akinya itu.

“Ya, tok aki?” Soal Eliya.

“Jauh mengelamun? Teringatkan si buah hati ke?” Senyuman nakal terpamir di wajah Tan Sri Irshad.

“Taklah. Tak ada maknanya nak teringatkan orang yang dah tak nak kat kita, tok aki. Buang masa je.” Ucap Eliya perlahan.

“Ha? Apa dia, Iya? Sorry, tok aki tak dengar Iya cakap apa?”

Eliya hanya menggeleng tanda tiada apa. Tan Sri Irshad memandang wajah cucunya itu. Dia baru perasan, sedikit mendung wajah itu pagi ini. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku semalam.

“Tak ada apalah, tok aki. Hah, semalam tok aki cakap nak bawa Iya pergi Cahaya kan? Baik makan cepat. Iya betul-betul tak sabar ni nak jumpa dengan staffs Cahaya.” Sengaja dia menukar topik. Tidak mahu Tan Sri Irshad hidu kejadian semalam. Nanti makin huru hara pula.

Tan Sri Irshad memandang cucu kesayangannya itu. Dia pasti, ada sesuatu yang telah terjadi semalam. Dan dia akan cari tahu perkara itu.

******************************************************
‘Danial, can you help me?’ - Eliya

Send.  Pesanan ringkas itu dihantar kepada Danial. Tidak mahu menelefon jejaka itu. Takut disoal siasat pula di Tan Sri Irshad nanti. Ini pun dah lain macam dah tengok dari rumah lagi. Macam ada yang tak puas hati je.

What, dear? Pagi-pagi lagi dah text I ni, miss me already?’ - Danial

Bulat matanya membaca balasan dari Danial. What? Miss you? Erghh!

‘Bukanlah! Can you take care of my Audi, until this lunch?’ - Eliya

Dia perlu ke Cahaya pagi ini untuk bertemu dengan semua kakitangan Cahaya. Dan dia terpaksa meninggalkan Audinya itu kepada Danial.

‘Laaa, sad. Ingatkan you rindukan I tadi. Baru je nak reply miss you too. Okay dear, no prob. But, why lunch? You tak bangun mandi lagi ke? Hahaha.’ - Danial

Berdecit Eliya setelah membaca balasan daripada Danial. Eh, mamat ni. Dia ingat aku ni apa tak bangun lagi? Uih. Aku wangi cantik macam ni kata tak mandi lagi?

‘Not! I dah bangunlah. I ada hal pagi ni.Tak sempat nak ambil Audi. So, can you? – Danial.
‘ Okay, sure Babe. I will take care good of your Audi. Macam I jaga diri I sendiri’ – Danial

Eh, mamat ni dah kenapa? Termakan gula satu balang ke sarapan tadi? Bukan main manis lagi kata-kata tu. Dengan laju Eliya membalas mesej itu.

‘Thanks Dan. I will text you later. GTG!’ – Eliya.

“Lya. Come. Kita dah sampai.” Kejut Tan Sri Irshad. Bukannya dia tak nampak dari tadi lagi cucunya itu berbalas pesanan dengan seseorang. Kejap-kejap senyum. Kejap-kejap berdecit.


“Sorry. Lya tak sedar kita dah sampai.” Ucap Eliya sambil tersengeh malu. Tahu dia sudah tertangkap dengan Tok Akinya.


“So, Lya dah kenal dengan semua staff kat sini. Sekarang ni tok aki nak kenalkan Iya pada someone yang akan guide Iya nanti.” Ucap Tan Sri Irshad. Tangannya menekan intercom di atas mejanya itu. Beberapa arahan dikeluarkan kepada PAnya yang berada di luar bilik. Eliya hanya menunggu.

“Orang yang akan guide Iya tu nanti, lelaki or perempuan?” Soal Eliya selepas Tan Sri Irshad selesai berbicara dengan Kak Sarah, PAnya itu.

“Lelaki. Dia baru je balik dari New York.”

“Baru balik?”

“Yaaa, dulu dia stay dekat sana. Tapi, sekarang tok aki minta dia balik. Tolong Iya.”

“Amboi. Bunyi macam tok aki rapat je dengan dia.”

“Arwah papa dia kawan baik tok aki. So, sebab nak balas jasa papa dia, tok aki decide nak bagi dia kerja dekat sini.”

Beberapa minit mereka berbual, pintu bilik itu diketuk dari luar. Dan suara seseorang kedengaran.

“Sorry Tan Sri. I’m late.” Ucap lelaki tersebut dengan perasaan bersalah. Sepatutnya dia yang menunggu ketuanya. Bukannya ketua menunggu dirinya itu.

“Here you are. It’s okay. Come. Saya kenalkan kamu dengan satu-satunya cucu perempuan saya, Eliya.” Saat mendengar namanya di sebut, laju dia bangun dari duduknya dan berpaling memandang lelaki yang dikenalkan oleh Tan Sri Irshad.

Terbuntang matanya saat melihat lelaki yang diperkenalkan kepadanya itu. Tidak sangka si dia yang akan membantu dirinya nanti.

“Eliya, this is Fawwaz Danial. Fawaaz, Eliya.”

“You!” Serentak perkataan itu keluar dari mulut masing-masing.

“You buat apa kat sini?” Soal Eliya laju. Danial yang berdiri kaku hanya berdiam tidak menjawab soalan Eliya.

“You guys, dah kenal ke?” Soal Tan Sri Irshad curiga.

“Yaaa. Kitorang pernah berjumpa.” Sahut Danial. “Tapi, tak sangka pula gadis manis ini cucu Tan Sri.” Sambung Danial lagi sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Eliya.

Eliya hanya mencebirkan bibirnya tanda menyampah. Depan tok akinya pun lelaki itu berani mengatal. Haih. Dasar buaya daratlah ni.

“Haha. Kalau macam tu, lagi senanglah korang nak berkerjasama. Masing-masing dah kenal. No problemlah kan?” Soal Tan Sri Irshad kepada Danial yang hanya tersenyum mesra dan Eliya yang hanya berpeluk tubuh.


Gotcha, Eliya Elias! Finally, setelah bertahun aku tunggu akhirnya, bertemu juga kita berdua

Bersambungg...

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter...

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...