Skip to main content

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 11

Part 11

Gerangan yang dinanti-nantikan sudah tiba. Senyuman manis ditayangkan kepada si dia. Terlihat cantik apabila blouse kuning cair dipadankan dengan skinny jean di badan Adellya. Senyuman Hareez tiba-tiba pudar saat matanya menangkap mata-mata nakal memandang isterinya itu seperti mahu telan. Dia tidak suka dengan cara lelaki-lelaki itu memandang Adellya.

“I’m late?” Soal Adellya sambil tangan menarik kerusi bertentangan dengan Hareez. Punggung dilabuhkan.

“Not. I yang awal.” Riak muka dikawal. Tidak mahu menunjukkan rasa marah dan cemburu di depan Adellya.

“Since kita dah duduk macam ni, I nak bincang soal...”

“Wait. Before that, I nak cakap something.”

“What?”

“Boleh tak, kalau next time you tak payah pakai cantik-cantik macam ni?” Dia dah tak tahan. Lelaki-lelaki di sekeliling mereka berkali-kali berpaling untuk memandang Adellya. Dan dia betul-betul tak suka.

“What? Apa yang you merepek ni? Huh. Whateverlah Hareez.” Apa pula mamat ni merepek? Aku cantik-cantik pun salah ke?

“So, sekarang. I nak kita settlekan hal kita berdua cepat-cepat. Since perkahwinan kita ni memang dah tak boleh nak di selamatkan. I think baik kita tamatkan saja. Daripada sorang ke sana. Sorang ke sini. Tak ada gunanya juga kan?” Panjang lebar Adellya mengeluarkan kata-katanya.

“Kenapa you macam tak sabar nak berpisah dengan I?” Soal Hareez tiba-tiba.

“I? I ke? Encik Hareez, siapa yang tiba-tiba balik bawa girlfriend dia, kenalkan pada kitorang? Siapa yang cakap nak berpisah? Siapa yang cakap nak tamatkan perkahwinan ini? I atau you? It’s you. I kalau boleh, I nak pertahankan perkahwinan ni, hubungan kita berdua. But, if I sorang je yang berusaha, tapi you langsung tak. I rasa baik kita berpisah. Lagipun, you sendiri yang cakap kan you tak sabar nak berpisah dengan I. You sendiri yang cakapkan kalau you dah tak cintakan I lagi. So, jangan memandai nak cakap I yang tak sabar nak berpisah dengan you.” Nafas ditarik sebelum meneruskan lagi kata-kata.

“I nak tolong you selesaikan urusan kita dengan cepat. As soon as possible. I pun dah setuju untuk berpisah dengan you. So apa lagi masalahnya? Tell me.” Meluap-luap kemarahannya. Hari tu, Hareez juga yang cakap nak berpisah dengan dia, sekarang dia pula yang dipersalahkan? Ohhh lelaki.

“What if I say, I tak nak berpisah dengan you?” Mata tajam memandang mata isterinya itu.

“What the...! You jangan main-main Hareez. You jangan buat sampai I tuntut fasakh.” Berang Adellya.

“I tak main-main. I serius dengan apa yang I cakap. I tak nak berpisah dengan you.” Tangan Adellya di meja dicapai.

“How about Eleena?” Elusan ditangannya sedikit meredakan kemarahan dalam diri.

“Dia pun I tak akan lepaskan.” Pelahan tapi masih dapat didengari Adellya.

Laju Adellya merentap tangannya. Hareez betul-betul dah melampau. Tamak! Dengan terburu-buru Adellya bangun.

“I tetap dengan keputusan I. Kita tetap akan berpisah. Kalau you tak nak selesaikan hal ni dengan baik, I akan tuntut fasakh.” Kaki melangkah pergi meninggalkan cafe itu. Air mata yang sejak tadi ditahan mula mengalir. Kenapa Hareez sanggup memperlakukan dia sebegini? Kenapa masih ingin gantung dia tidak bertali? Kalau tidak mahu lepaskan saja. Biarkan dia mencari kebahagiaannya sendiri.

******************************
10 minit sudah berlalu, dia masih tetap berdiam diri di situ. Salahkah dengan apa yang dia katakan tadi? Bukan ke Adellya tidak mahu berpisah dengan dia?

Kenapa saat dia mahu meneruskan perkahwinan ini Adellya masih tetap berkeras untuk berpisah? Atas desakan Zafran? Kalau memang disebabkan lelaki itu, memang dia akan ajar kapten itu cukup-cukup. Supaya jangan sesekali ada hati nak mengurat isteri orang.

Fasakh? Adellya mahu menuntut fasakh? Mahu tergelak rasanya. Menuntut fasakh atas sebab apa? Sebab dia telah menduakan Adellya? Nonsense!

******************************************
Penat!

Rumah yang sunyi sepi itu menarik perhatiannya. Di porch kereta Suzuki Swift milik Adellya tidakkelihatan. Keluar ke dia? Jam di tangan dipandang dengan dahi berkerut. Tak akan dah pukul 11 malam tak balik balik lagi kot. Mustahil Adellya keluar dan masih belum pulang. Ada sesuatu terjadi ke?

“Hah, Hareez. Baru ingat rumah?” Soal Encik Hisyam. Punggung dilabuhkan di sofa hadapan anak lelaki itu.

“Eh, ayah. Kenapa tak tidur lagi?” Soal Hareez dengan senyuman kecil.

“Ayah terjaga. Terdengar kereta kamu. Tu yang bangun balik ni. Kamu ni kenapa baru malam ni muncul?”

“Sibuk kerja, yahhh.”

“Alasan yang cukup membosankan bagi ayah.” Sinis ayat yang dikeluarkan oleh Encik Hisyam. Bukannya dia tidak tahu kalau anaknya itu melarikan diri dari masalah yang dihadapinya itu. Apa nak jadi lah dengan si Hareez ni.

“Ohh ya ayah. Reez tak nampak pun kereta Adel. Dia pergi mana? Fly ke?” Soal Hareez penasaran.

“Kamu tak tahu ke?”

“Tahu apa ayah?” Pelik. Apa yang dia tak tahu?

“Adel dah pindah dah.” Jawan Encik Hisyam selamba.

“Pindah?! Bila?” Terkejut. Sungguh dia terkejut. Adellya pindah dan dia langsung tak tahu?

Encik Hisyam hanya memandang anaknya dengan senyuman sinis. Sudah tahu reaksi itu yang akan ditonjolkan oleh Hareez. 

“Baru 4 hari lepas.”

“Kenapa Reez langsung tak tahu? Kenapa dia langsung tak bincnag dengan Reez?” Panas hatinya apabila Adellya membuat keputusan tanpa berbincang dengannya dahulu. Dia tak tahu ke aku ni suami dia? Suami? Layak ke kau anggap kau tu suami dia?

“Reez, Reez. Kenapa Reez tak tanya diri Reez sendiri? Kenapa dia perlu berbincang dengan Reez sedangkan selama ni Reez langsung tak ambik tahu pasal dia.”

“Tapi, Reez masih suami dia. Dia perlu berbincang dengan Reez.” Dahi yang berpusing dipicit perlahan.

“Masih layak ke Reez?” Terkedu Hareez dengan soalan Encik Hisyam. Kepala dipanggung. Memandang tepat ke mata Encik Hisyam. Soalan yang disoal Encik Hisyam bermain di dalam kepalanya. Layak ke?

*********************************************
Kata-kata ayahnya malam tadi masih terngiang – ngiang di telinganya. Patutkah aku mengikut saja kata-kata ayah? Patut ke aku lepaskan Adellya dan biarkan dia mencari kebahagiaannya sendiri?


Ya Allah! Bantulah hambaMu ini.

Bersambung...

*Maaf lambat semua and maaf jugak kalau berterabur jalan ceritanya yaaaaa. Loveyaaaaa!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 3

Part III Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi. Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja. Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut. “Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.” Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia. “Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?” Sepi. “Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang dah lukakan hati...