Part 9
Ting!
Tong! Ting! Tong!
“Wait a
second!” Laung Adellya. Pelik. Bukan ke dia dah beritahu Zafran tunggu dia
dekat lobby? Kenapa tiba-tiba pula datang ke biliknya? Tanpa mengintai siapa di
lubang kecil itu, Adellya terus membuka pintu.
“Zaf,
I...”
Tercengang.
Terkaku. What’s he doing here?
“Morning.”
Tanpa
izin sepasang kaki tetamu yang tidak diundang itu laju melangkah masuk ke dalam
bilik Adellya.
“So,
are you ready to fly back?”
“What
are you doing here, Reez?” Tanpa menjawab soalan Hareez laju dia menembak
suaminya dengan soalan lain.
“Saja
datang nak melawat isteri I. Salah?” Soal Hareez sinis.
“You
should not be here.” Mata memandang jejaka yang segak berpakaian juruterbang di
depannya ini. Mereka akan terbang balik ke Malaysia dalam masa beberapa jam
lagi. Sudah seminggu dan sudah sampai masanya untuk mereka pulang ke tanah air.
Untuk menguruskan hal-hal yang patut diselesaikan dengan segera.
“Why
not?” Hareez menjatuhkan badannya di atas katil queen tanpa menghiraukan
pandangan tajam Adellya.
“Or you
takut Zafran tahu I ada dalam bilik you?”
Adellya
memejamkan matanya rapat. Tidak mahu melayan kepala Hareez yang kadang-kandang
okey, kadang-kandang tidak okey.
“Kalau
you tak ada apa-apa nak cakap, better you keluar dari bilik I. I have work to
do.” Ucap Adellya menahan sabar.
“Okay.
But, before I keluar, I nak tahu something. Where have you been last night? ”
Soal Hareez menahan sabar.
“That’s
not your business. So, pelease get out from here.” Kenapa nak tahu mana aku pergi?
Sabarlah wahai duhai hati.
“I tak
akan keluar selagi you tak jawab soalan I. And yes! This is my business,
because you are my wife, Adellya!” Bentak Hareez.
“Yaa!
I’m your wife. But, after today, I will become your ex wife. So, please,
Hareez. Stop, stop pretending like you care about me.” Lirih sekali suara
Adellya kedengaran di telinga Hareez.
“You...
memang tak sabar nak sadang title janda kan?” Soal Hareez tiba-tiba.
Terbuntang
mata Adellya. Ya Allah. Apa yang tak kena dengan suami dia ni? Bukan ke Hareez
yang tak sabar nak sadang title duda? Dah kenapa dia pula yang dipersalahkan?
“Kenapa
you tak jawab?”
“Hareez,
tell me. Apa yang you tak puas hati dengan I sebenarnya ni? You kan yang tak
sabar nak lepaskan I. Now, kenapa you cakap seolah-olah I yang mintak
perpisahan ni?” Bidas Adellya.
Ting
tong!
Ting
tong!
Belum
sempat Hareez membalas kata-kata Adellya, loceng bilik hotel berbunyi
menandakan ada yang datang.
Zafran.
Entah kenapa, hati Adellya kuat mengatakan bahawa manusia yang menunggu di luar
ialah Zafran. Laju mata memandang tajam ke arah Hareez. Hatinya sakit melihat
Hareez yang berpeluk tubuh.
“You
tak nak tengok siapa yang datang ke?” Soal Hareez sinis.
“Entah-entah
kekasih hati you yang datang.” Sambung Hareez dengan senyum sinis.
Laju
kaki melangkah ke pintu. Saat pintu dibuka, bukan main laju jantungnya
berdegup. Seperti dia telah melakukan kesalahan dan tertangkap oleh Zafran.
“Hai,
Lya.” Sapa Zafran dengan senyuman mesra.
“Errr..
Hai. You buat apa dekat sini?” Soal Adellya tergagap-gagap.
“I
tunggu you kat bawah tadi, tapi you tak turun-turun. Tu yang I naik ni. Takut
you terlajak tidur.” Jelas Zafran sambil tergelak kecil.
“Haaa,
I... I.. ada nak packing a few things lagi ni. You turunlah dulu. Nanti bila
dah siap, I turun. Okay?”
“Laaa,
takpelah. Kita turun sekali je. I tunggu you.”
“No!
No. I mean, Nanti you bosan pulak kalau tunggu I kat sini. Why not you turun.
Then, you having a chit chat dengan yang lain dulu sambil tunggu I?” Kalut
Adellya memberi alasan kepada Zafran.
“Lya,
what’s wrong with you? You okay ke tak ni?” Pelik Zafran melihat tingkah laku
Adellya. Kabut semacam saja.
“It’s
okay. I boleh tolong you packing barang mana yang tak packing lagi tu.” Laju
saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik hotel Adellya. Tidak sempat Adellya
menghalang kapten muda itu.
“Barang
mana lagi...” Terkedu. Itu yang dapat Zafran gambarkan. Melihat Hareez yang
enak berbaring di atas katil queen itu. Sakit mula menjalaar di dadanya. Sesak
untuk dia bernafas dengan baik. Patutlah tak nak bagi aku tunggu.
Rupanya dah
ada yang datang membantu.
Adellya
hanya dapat memejamkan matanya. Tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi
selepas ini. Dia tahu apa yang Zafran rasakan saat ini. Sumpah dia tidak
berniat nak lukakan hati Zafran.
“Hey,
Zaf. Kau buat apa kat sini?” Sapa Hareez buat-buat terkejut.
“Hareez.
Aku tak tahu pulak kau ada kat sini.” Suara dikawal baik. Tidak mahu
menunjukkan bahawa dia sedang marah saat ini.
“Laaa,
tak akan nak masuk bilik isteri sendiri pun salah kot.” Ucap Hareez dengan
sinis.
“Reez!”
“Right.
Tak salah. Aku yang salah sebenarnya datang masuk bilik isteri orang.” Sampuk
Zafran sebelum Adellya berkata-kata.
“Zaf...”
Sayu suara Adellya memanggil dirinya.
“I
should go now, Lya. I tak tahu you ada dengan suami you. Kalau I tahu I tak
ganggu. Sorry.” Ucap Zafran sayu sambil melangkah keluar.
“Zaf,
wait. I boleh jelaskan.” Pinta Adellya sambil menarik lengan jejaka itu.
“No
need, Lya. Tak ada apa-apa yang you nak jelaskan. He’s your husband, so...”
Senyuman hambar dihadiahkan kepada Adellya sebelum melangkah pergi meninggalkan
Adellya terkaku di depan pinntu biliknya.
Ya
Allah! Kenapa ini yang terjadi?
Dengan
perasaan marah, laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Tanpa menghiraukan
Hareez yang berdiri di situ, dia mengapai segala barang-barangannya dan
melangkah keluar. Tidak mahu membuang waktu dengan melayan karenah Hareez.
Tidak
terkata Hareez melihat Adellya laju melangkah keluar meninggalkan dia sendiri
di situ. Tanpa sepatah kata. Tak akan marah kot? Kaki laju mengikut jejak
langkah Adellya.
***********************************************
Sunyi sepi di dalam lif membuatkan Adellya terasa sedikit kekok berdiri di samping Hareez. Yelah, dah lama tak berjumpa. Tup tup bila dah jumpa perkara yang tak dijangka pula berlaku.
Sunyi sepi di dalam lif membuatkan Adellya terasa sedikit kekok berdiri di samping Hareez. Yelah, dah lama tak berjumpa. Tup tup bila dah jumpa perkara yang tak dijangka pula berlaku.
“Ehem!”
Deheman kecil dari Hareez tidak dihiraukan. Malas mahu melayan lelaki itu. Buat
sakit hati je. Hai, lambat pula lif ni bergerak.
“Adel...”
Ting!
Kaki
laju melangkah meninggalkan Hareez. Panggilan Hareez dibiarkan. Sepasang
matanya laju mencari susuk tubuh seseorang. Hati itu perlu dipujuk. Dirinya
baru saja ingin merasakan kebahagian, ini pula jadinya.
Kepala
dipusing ke belakang. Lelaki yang dari tadi mengejarnya sudah tiada. Malas nak
ambil tahu mana dia pergi.
“Sarah.”
Sarah
yang berdiri di dalam kelompok itu berpaling.
“Hey,
Adel. Apasal kau lambat sangat turun? Dari tadi Kapten Zaf cari kau.” Kata
Sarah dengan senyuman penuh makna.
“Kau
ada nampak Zafran tak?” Soal Adellya.
“Zafran?
Amboi, dah tak ada lagi dah Kapten dekat depan ya. Kau ada hubungan dengan
Kapten ae?” Usik Sarah.
“Ishhh!
Kau ni. Dahlah. Biar aku cari dia sendiri.” Tanpa menghiraukan Sarah dia melangkah
mencari jejaka itu.
Matanya
menangkap susuk tubuh jejaka itu. Belum sempat dia mengahampiri, Zafran
melangkah masuk ke dalam bas yang akan membawa mereka semua ke airport. Keluhan
dilepaskan. Dengan perasaan kecewa Adellya melangkah. Mungkin dia patut memberi
masa untuk Zafran bertenang. Nanti dia akan curi sedikit masa untuk memujuk
jejaka itu.
********************************************
“Sure, babe. Leena, I have to go now. Bas kitorang dah sampai ni. Nanti bila I
dah selamat landing, I call you, okay baby?”
“........”
“Yaaa,
love you too.” Bibir mengucap kata cinta kepada gerangan di sana. Tetapi mata
memandang wanita di sini yang berdiri jauh darinya itu. Satu perasaan hadir
bertandang ke dalam hatinya saat memandang wajah itu. Entah apa dia juga tidak
tahu. Yang dia pasti saat Adellya bersama Zafran, dia cemburu. Hatinya sakit.
Tak akan cintanya terhadap Eleena sudah berpaling semula kepada Adellya?
Bersambung...
awesome keep it up
ReplyDeletenak lagi ^^^
ReplyDelete