Part 10
Masuk
hari ni dah seminggu mereka semua pulang dari London. Dan seminggu itu jugalah
hidupnya terasa sunyi sepi tanpa gangguan dari seorang lelaki bernama Zafran.
Keluhan dilepaskan. Sudah banyak kali dia menghubungi lelaki itu, tetapi tiada
sebarang jawapan dari sana. Di tempat kerja juga dia tidak nampak batang hidung
kapten muda itu. Ingin saja dia berputus asa. Tapi, apabila memikirkan kesakitan
yang dihadiakan oleh Hareez dan kesungguhan Zafran menunggu dirinya selama ini,
cepat-cepat dia batalkankeputusan itu.
Hareez
pun satu hal. Entah mana hilangnya. Cakap sebaik saja mereka tiba di Malaysia,
pekara pertama yang ingin lakukan ialah selesaikan masalah mereka berdua.
Penceraian. Tapi, sehingga hari ni tiada sebarang tindakan daripada lelaki itu.
Mana pergi entah mamat itu. Ditelan bumi agaknya.
Dia bukannya
tidak sabar untuk bercerai. Dia setuju dengan keputusan Hareez pun sebab dia
langsung tidak nampak sinar kebahagiaan dan cinta dengan Hareez. Memang dia
mahu teruskan perkahwinannya ini. Tapi, kalau suaminya sudah tidak sayangkan
dia lagi, buat apa dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu. Buang masa dan tenaga.
Sedang
dia memikirkan masalah yang dihadapinya itu, telefon bimbitnya berbunyi. Laju
dia memandang ke arah screen telefonnya. Tertera nama Zafran di situ. Terkejut.
Dengan perasaan berdebar, dia menjawab panggilan tersebut.
“Hai.”
“Hai,
Zaf.”
“Lya, I
miss you...” Dan setitik dua titik air matanya meluncur laju di pipi. Dia juga
rindukan lelaki itu. Tapi berat untuk dia mengatakannya. Dia tahu, berdosa merindukan
lelaki lain sedangkan dia masih lagi isteri kepada Hareez.
Ya
Allah! Ampunilah dosa ku Ya Allah.
********************************************
Pagi itu, dia bangun dengan senyuman di bibir. Dia sudah membuat keputusan. Dia
ingin pindah dari rumah mertuanya itu. Setelah berbual dan terangkan kejadiaan
seminggu yang lalu kepada Zafran, dia ingin bertindak dengan cepat. Dan ingin
masalah dia dan Hareez diselesaikan dengan segera.
****************************************************
“Ibu... ayah,” Panggil Adellya.
“Ya,
Adel. Ada apa?” Tanya Puan Iman. Encik Hisyam hanya memandang Adellya dengan
penuh tanda tanya.
“Adel
ada something nak bincang dengan ibu dan ayah. Adel harap ibu dan ayah izinkan
Lya.” Ucap Adellya.
“Adel,
ada apa ni? Adel nak bincang apa dengan kami?” Soal Puan Iman. Pelik dia
melihat Adellya seperti teragak-agak.
“Adel
ingat Adel nak pindah.”
“Pindah?!”
Soal Puan Iman dan Encik Hisyam serentak.
Adellya
hanya mengangguk dengan kepala tertunduk memandang kaki.
“Tapi
kenapa? Adel tak suka duduk dengan kami ke?” Soal Puan Iman dengan sayu.
“Sebab
Hareez ke?” Soal Encik Hisyam pula. Adellya hanya mendiamkan diri. Tidak mampu
untuk menjawab.
“Hmm,
betul lah tu.” Melihat menantunya itu hanya berdiam diri, sangkaannya itu
betul.
“Adel
dah tanya Hareez pasal ni?”
“Belum.”
“Macam
mana Adel nak pindah kalau Adel tak tanya Hareez.”
“Hareez,
dah seminggu Adel tak jumpa dengan dia, yah. Dia pun sekarang mungkin tengah
sibuk dengan kekasih hati dia. Mana nak ingat Adel.” Ucap Adellya perlahan. Ibu
bapa mertuanya hanya mampu mengeluh dengan sikap anak lelakinya itu.
Dah ada
yang sempurna depan mata, masih lagi sibuk nak cari yang lain dekat luar. Nanti
bila tak ada depan mata mulalah tercari-cari. Lelaki.
“Adel
dah ada tempat untuk tinggal? Kalau belum, ayah tolong carikan.” Adellya
panggung kepala melihat wajah Encik Hisyam.
“Jadi,
ayah izinkan Adel pindah?” Soal Adellya dengan muka berseri-seri. Anggukan
menjadi jawapan.
“Abang!
Abang nak biarkan Adel duduk dekat luar? Nanti dia sorang-sorang, tak ada siapa
nak temankan dia. Kalau dia duduk dengan kita, senang sikit kita nak jaga dia
sakit ke apa ke.” Belum sempat Encik Hisyam buka mulut “Lagipun, Adel tu dah
lah susah nak makan, kalau ada kita, senang sikit kita nak suruh dia makan..”
Encik Hisyam dan Adellya hanya tergelak mendenga r bebelan Puan Iman. Dia juga
tidak mahu Adellya pindah, tapi demi kebahagiaan Adellya, dia terpaksa benarkan
menantunya itu untuk mendapatkan ruang dan ketenangan setelah apa yang terjadi.
Bukan
senang untuk seorang perempuan menghadapi cabaran dan dugaan seperti menantunya
itu. Dia hanya mampu berdoa semoga anak dan menantunya itu mendapatkan
kebahagiaan.
**********************************************************
“Hey!”
“Opocot
kau!” Laju kepalanya berpaling.
“Zaf!”
“You
melatah, dear? Tak sangka pula perempuan cantik macam you ni melatah.” Gelak
Zafran sambil menaril kerusi kayu bertentangan dengan Adellya.
“Kenapa?
You ingat mak nenek je yang melatah? Perempuan macam I tak boleh? Entah-entah
you lagi kuat melatah dari I.” Jeling Adellya.
“Okay,
okay. I tak nak gaduh.” Kedua-dua belah tangan di angkat tanda menyerah.
“Kita
bergaduh ke sekarang?” Soal Adellya.
“You ni
kan, nak je I cubit you.” Geram Zafran dengan Adellya yang suka main-main.
Suka
dia melihat senyuman di wajah Adellya. Seminggu lalu dia lancarkan perang mogok
dengan Adellya. Tapi, dia tak tahan nak merajuk lama –lama. Akhirnya, dia
mengalah.
“So,
dear. You dah bincang dengan ibu dan ayah mertua you pasal permindahan you tu?”
Soal Zafran.
“Dah.”
“So?”
“So,
apa?”
“So,
bila you nak pindah?”
“I tak
tahu lagi. But, A.S.A.P. Why?”
“Nothing,
just asking.”
Zafran
memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Baru seminggu tidak berjumpa dengan
kesayangan. Terasa bagaikan beribu tahun. Ayat!
****************************************************************
Tidak tahan menunggu, Adellya terpaksa buat keputusan untuk menghubungi Hareez.
Dah masuk 2 minggu, tapi lelaki itu masih menyepikan diri. Ke mana hilang pun
dia di tidak tahu.Lusa dia akan berpindah salah satu ke kondo milik Zafran.
Kalau boleh
dia tak nak masalah dia dengan Hareez berpanjangan. Bukannya dia tidak sabar
untuk menyandang gelaran janda, kalau boleh dia masih mahu teruskan
perkahwinannya bersama Hareez. Tapi, kalau hanya dia yang mahu berusaha tapi
tidak Hareez apa gunanya. Baik tamatkan saja perkahwinan ini.
Jari-jemari
sibuk mendail nombor telefon suaminya. Masih tetap seperti hari-hari lalu,
voice mail. Haih, kalau susah sangat nak angkal call orang tu, baik buang je
phone tu dalam laut. Bagi ikan makan.
Penat
mendengar suara perempuan menjawab dia membuat keputusan menghantar pesanan
Whatsapp. Harap-harap kau balas lah.
‘I nak jumpa dengan you. Ada urusan yang masih belum kita
selesaikan. Kalau boleh I nak selesaikan secepat mungkin.’ – Adellya.
Ting!
Huikkk.
Cepatnya balas, orang call tak angkat pula. Whatsapp balas pula. Mangkuk
hanyung betul. Buat habis prepaid aku je mamat ni.
‘Sure. Set the date and place. Then, we meet.’ – Hareez.
‘Tomorrow , 11a.m. Starbucks, Pavillion.’ - Adellya.
‘Why tomorrow Adel? You dah tak sabar nak kahwin dengan buah
hati you ke?’
– Hareez.
Mamat
ni! Memang saja nak naikkan darah aku.
‘So, tomorrow. Don’t forget. Why not you set dalam reminder
you? I takut you lupa pula ‘date’ kita esok. Sekarang kan you mudah lupa kalau
perkara yang berkaitan dengan I. Okay, see you tomorrow!’ - Hareez.
Send!
Huh. Malas dia nak layan perangai Hareez yang kadang-kadang tak betul.
**************************************************
Telefon berdering dibiarkan. Bukan sengaja dia tidak mahu menjawab tapi,
keadaan tidak mengizinkan. Tangannya gatal-gatal mahu menjawab. Terpaksa dia
biarkan.
“Sayang,
kenapa tak angkat call tu?” Soal Eleena. Dari tadi telefon Hareez berdering
tapi tuan telefon buat tidak tahu saja dengan telefon itu.
“Saja.
Malaslah.” Padahal dalam hati dia nak sangat jawab.
“Jawablah.
Mana tahu panggilan penting kot.”
“Wrong
numberlah tu.”
“Kalau
wrong number, tak akan banyak kali dia call you.”
Ting!
Tangan
laju mengapai telefon di meja. Ikon whatsapp dibuka.
‘I nak jumpa dengan you. Ada urusan yang masih belum kita
selesaikan. Kalau boleh I nak selesaikan secepat mungkin.’ – Adellya.
Urusan?
Mesti soal hubungan dia dan Adellya.
‘Sure. Set the date and place. Then, we meet.’ – Hareez.
Send!
‘Tomorrow , 11a.m. Starbucks, Pavillion.’ - Adellya.
Esok?
Dalam kepala mula terbayang jadualnya esok. Dia memang free esok. Jadual untuk
dia terbang pun 2 3 hari lagi. Tapi, dia rasa terlalu awal untuk mereka
bincangkan soal hubungan mereka berdua.
‘Why tomorrow Adel? You dah tak sabar nak kahwin dengan buah
hati you ke?’
– Hareez.
Saja
dia ingin naikkan kemarahan Adellya.
“You
text dengan siapa tu?” Suara Eleena memecahkan lamunan dia.
“Tak
ada siapa-siapa. Just kawan I.” Balas Hareez.
‘So, tomorrow. Don’t forget. Why not you set dalam reminder
you? I takut you lupa pula ‘date’ kita esok. Sekarang kan you mudah lupa kalau
perkara yang berkaitan dengan I. Okay, see you tomorrow!’ - Hareez.
Makkk
aihhh! Ayat tak dapat diterima langsung. Sedikit sentap hati dia saat membaca
balasan daripada Adellya.
Jari-jemari
yang baru saja mahu membalas pesanan itu dibatalkan saat melihat last seen
Adellya. Esok-esok jelah dia balas balik. Senyuman sinis dilakarkan. Tak sabar
esok untuk berjumpa dengan isterinya itu. Dua minggu dia tidak melihat wajah
jelita itu. Wajarlah dia merasa rindu.
Ya
Allah! Apa tak kena dengan aku ni?
Bersambung...
*Guys! I want to say sorry. Part ni Sya rase macam kurenggggg. Sorry sangat-sangat. Happy reading kayyy. loveya!
bestttt :)
ReplyDeleteNak lagi ^^^
ReplyDeleteBest! nex entry!!
ReplyDelete