Part 8
Kakinya
berlari anak selepas keluar dari lif. Tidak mahu meninggalkan Adellya terlalu
lama sendirian di lobby. Pagi tadi, disebabkan dia, Adellya kembali dilukakan
oleh Hareez. Disebabkan dia juga Adellya kembali menangis. Masih terasa hangat
air mata yang mengalir di dadanya tadi pagi.
*******************************************************
Dia hanya berdiri memandang dari jauh. Sengaja memberi ruang untuk sepasang suami isteri itu berbincang masalah mereka berdua. Tidak mahu menganggu. Walaupun ada sedikit cemburu melihat Hareez merapatkan wajahnya dengan Adellya. Tetapi dia sabarkan hatinya. Hareez masih mempunyai hak ke atas Adellya. Adellya masih isteri Hareez yang sah. Dia tidak mempunyai apa-apa hak.
Dia hanya berdiri memandang dari jauh. Sengaja memberi ruang untuk sepasang suami isteri itu berbincang masalah mereka berdua. Tidak mahu menganggu. Walaupun ada sedikit cemburu melihat Hareez merapatkan wajahnya dengan Adellya. Tetapi dia sabarkan hatinya. Hareez masih mempunyai hak ke atas Adellya. Adellya masih isteri Hareez yang sah. Dia tidak mempunyai apa-apa hak.
Tiba-tiba
dia melihat Adellya berlari meninggalkan Hareez. Sambil tangan menyeka air
mata. Kenapa? Laju kakinya mengejar langkah Adellya.
“Lya!”
Langkah dibesarkan agar dapat mengejar langkah Adellya yang jauh meninggalkan
dirinya di belakang.
“Lya!”
Sekali lagi dia memanggil dan ternyata berhasil membuatkan Adellya berhenti.
Tapi masih tidak berpaling. Zafran berhenti di hadapan Adellya. Dagu Adellya
diangkat. Ingin melihat wajah kesayangannya ini. Belum sempat dia bertanya,
Adellaya terus memeluknya dan menangis di dadanya. Dia yang terkejut dengan
reaksi Adellya hanya mampu membalas pelukkan wanita itu.
“Shuuu.
Shu. Dah. Dah. I’m here.” Dipujuk wanita itu dari terus menangis. Belakang
Adellya diusap perlahan. Tidak peduli dengan mata-mata yang memandang. Apa yang
dia peduli saat ini, hanyalah Adellya.
“Tell
me, what happened dear?” Pujuk Zafran. Pelukkan dirungkai. Ibu jari mengusap
air mata Adellya perlahan. Mata memandang tepat ke mata Adellya. Berharap
Adellya menceritakan apa yang terjadi.
“He...
hee. He don’t love me anymore, Zaf. Hati I sakit sangat-sangat. Kenapa dia
pilih perempuan tu? I ni isteri dia. Why he did this to me?” Dirinya kembali
memeluk Zafran. Selesa dengan kehangatan tubuh Zafran. Membuatkan dia selesa.
Kedua-dua tangannya kuat mencengkam baju Zafran. Melepaskan kesakitan yang
terbuku di dada.
“Dah.
Dah. I ada kat sini. I ada temankan you. Sorry, sebab tinggalkan you tadi.
Kalau I tahu dia akan sakitkan you, I tak akan tinggalkan you, dear. Sungguh I
menyesal.” Ucap Zafran perlahan sambil mengucup ubun-ubun Adellya.
****************************************************
“Hey, babe. Lama tunggu? Sorry.” Kata maaf diucap kerana membuatkan wanita itu menunggunya lama. Sengaja dia meminta Adellya berehat dulu selepas kejadian tadi dan apabila masuk waktu tengah hari, dia meminta Adellya menunggunya di lobby. Dia mahu membawa wanita itu bersiar-siar sekitar London.
“Hey, babe. Lama tunggu? Sorry.” Kata maaf diucap kerana membuatkan wanita itu menunggunya lama. Sengaja dia meminta Adellya berehat dulu selepas kejadian tadi dan apabila masuk waktu tengah hari, dia meminta Adellya menunggunya di lobby. Dia mahu membawa wanita itu bersiar-siar sekitar London.
“Taklah.
I pun baru je turun tadi.” Ucap Adellya tidak mahu membuat Zafran merasa
bersalah seperti tadi.
“Okay.
So, sekarang kita nak pergi mana?” Jacket hitam keluaran H&M diperkemaskan.
“Kenapa
tanya I? Bukan you ke yang ajak I tadi?” Soal Adellya.
“Ya,
right! I lupa pula. Yalah, bila dengan you je semuanya I lupa.” Gelak Zafran
dengan kata-kata sendiri.
“Kenapa
pula?” Mereka memulakan langkah. Sengaja tidak mahu menaiki teksi. Sengaja nak
rasa udara bumi London ini.
“Yalah,
you ni cantik sangat.” Goda Zafran. Adellya pula hanya berjalan menunduk. Malu
dengan pujian daripada Zafran. Semakin merah pipinya saat mendengar gelak
Zafran yang semakin kuat itu. Sukalah tu tengok pipinya merah macam ni. Haih!
Kaki laju melangkah meninggalkan Zafran.
“Hey,
babe. Mana you nak pergi laju sangat tu?” Dan semakin melebar senyumannya saat
mendengar panggilan manja keluar dari bibir Zafran. Ada perkara penting dia
ingin khabarkan kepada Zafran. Dan dia yakin khabar ini akan membuatkan Zafran
bahagia. InsyaAllah dia juga akan bahagia. Ya Allah, aku berdoa semoga keputusan
yang aku pilih ini adalah tepat.
********************************************************
Hareez
melangkah menuju ke restoran yang telah disediakan oleh hotel. Mata meliar
mencari rakan-rakan setugasnya.
“Hey
kapten! Over here!” Seru Afrina sambil melambai tangannya. Hareez cepat-cepat
melangkah sebaik saja dia menangkap suara dan lambaian rakan setugasnya itu.
Meja di tepi dinding kaca itu menjadi pilihan mereka semua. Sengaja mereka
memilih di situ. Ingin melihat pemandangan London pada waktu malam.
Kerusi
ditarik. Sebaik saja punggung dilabuhkan mata laju meliar mencari wajah yang
menangis kerananya tadi pagi. Namun, hampa. Wajah itu tiada. Satu lagi wajah
dicarinya. Juga tiada. Ke manakah mereka berdua? Beberapa minit menunggu, masih
juga mereka berdua belum muncul.
Perasaan
ingin tahu begitu kuat, dia bersuara bertanya di manakah Adellya dan Zafran.
“Dorang
berdua dinner dekat luar kalau tak silap I.” Jawab salah seorang rakan mereka.
Kalau tak silap dia, itu Sarah. Kawan baik kepada Adellya.
“Oh
really? Eh, korang tahu tak pasal dorang berdua?” Afrina bersuara. Hareez
memilih untuk berdiam diri.
“Kenapa
dengan dorang?” Tanya Sarah.
“I rasa
kan, dorang tu ada hubunganlah. I mean, special relationship.” Terkejut mereka
semua mendengar. Lagi-lagi Hareez.
“Eh,
mana kau tahu ni, Rina?” Soal Hana rakan setugas mereka yang lain.
“Tadi
pagi, masa aku bersiar-siar kawasan hotel ni, aku nampak dorang berkejaran
macam dalam filem Hindustan tu. Mungkin Adel merajuk dengan Kapten Zafran kut.
Sebab after that, Kapten peluk dia sambil usap belakang Adel. Macam memujuk
gitu.” Sorakan mereka kedengaran gembira. Hanya Hareez resah di tempatnya.
Gelas yang berisi air sejuk itu di ambil lalu diminum. Sedikit panas hatinya saat
mendengar cerita yang diceritakan oleh Afrina itu.
“Wow.
Sweetnya Kapten. Kalau memang betul dorang ada hubungankan mesti best kan?”
Ucap Hana. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju.
“Kenapa
pula?” Tiba-tiba suara Hareez kedengaran. Perasaan marah disimpan kemas.
“kalau
Kapten Hareez nak tahu, Kapten Zafran tu dah lama cintakan si Adel tu. Sejak
Adel join group kitorang lagi. Mana-mana saja Adel pergi mesti ada Kapten Zaf.
Macam belangkas dah. Dan kitorang setuju sangat kalau mereka bercinta. Lepas tu
berkahwin. Mesti anak-anak dorang nanti comel. Mak ayah cantik handsome gitu.
Kapten perasan tak kalau mereka berdua tu bagai pinang di belah dua. Right,
guys?” Cerita Sarah diterima dengan sorakan mereka sekumpulan. Dia tahu benar
kalau Zafran dah lama menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya itu. Dia selalu
berada di sisi Adellya. Mestilah dia tahu.
“A’aah.
Lagi satu, kitorang ada tubuhkan satu fans group tau...” Belum sempat Afrina
habiskan kata-katanya, laju Hareez memotong.
“Group?
Group apa?” Soal Hareez dengan suara tertahan. Tidak sabar mahu tahu. Gelas
dicapai. Mahu menyejukkan kembali hatinya yang berapi-rapi itu.
“Group
ZafLya Lovers.”
“What?!”
Tersembur air yang diminum. Terkejut Hareez
mendengar nama group tersebut.
“Kapten
ni kenapa?” Marah Afrina yang duduk bertentangan dengan Hareez. Habis basah
wajahnya dengan air yang disembur Hareez tadi. Napkin yang dhulur oleh Hana
dicapai lalu menyapu wajahnya.
Tanpa
sebarang ucapan maaf, laju Hareez mengangkat punggungnya dan berlalu dari situ.
Hatinya sudah tidak dapat ditahan lagi. Mendengar cerita yang disampaikan
mereka mengenai Adellya dan Zafran. Perut yang tadi berlagu lapar dilupakan.
Tiada selera mahu menjamah makanan. What? ZafLya Lovers? Phftttt!
Semua
tertanya-tanya kenapa dengan kapten baru mereka itu. Tak akan marah dengan
cerita yang mereka ceritakan tadi?
****************************************************
Jacket di badan ditanggalkan lalu dilemparkan di sofa yang berdekatan dengan sliding door. Api kemarahan mula memuncak. Dahi dipicit pelahan. Entah kenapa tiba-tiba saja dia rasa seperti mahu meletup saat mereka bercerita kisah cinta Adellya dan Zafran.
Jacket di badan ditanggalkan lalu dilemparkan di sofa yang berdekatan dengan sliding door. Api kemarahan mula memuncak. Dahi dipicit pelahan. Entah kenapa tiba-tiba saja dia rasa seperti mahu meletup saat mereka bercerita kisah cinta Adellya dan Zafran.
Keluhan
kasar dilepaskan. Kaki perlahan-lahan melangkah ke beranda. Tangan diletakkan
atas pagar beranda. Mendongak ke bawah. Mahu melihat suasana sekitar hotel pada
waktu malam. Mungkin dengan cara ini dia dapat menghilangkan perasaan sesak
yang dia rasa saat ini.
*************************************
Sepi. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut mereka berdua. Hanya memilih untuk berdiam diri dengan berbaring di atas rumput sambil memandang langit malam. Cantik. Bintang yang membanjiri langit gelap itu.
Sepi. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut mereka berdua. Hanya memilih untuk berdiam diri dengan berbaring di atas rumput sambil memandang langit malam. Cantik. Bintang yang membanjiri langit gelap itu.
Seharian
mereka meluangkan masa bersama dengan bersiar-siar di sekitar kota London.
Tidak penduli dengan rakan-rakan yang lain termasuk suaminya. Adellya hanya
ingin meluangkan masa untuk bertenang dan melupakan sebentar masalah mereka
suami isteri.
Dan
sekarang adalah waktu yang tepat untuk dia khabarkan satu berita yang bakal
membuatkan Zafran bahagia. Dan dia juga berdoa dengan keputusan ini juga dia
akan bahagia. Itu yang diharapkannnya selama ini. Berbahagia.
“Zaf...”
“Hmm?”
“I have
something to tell you.” Ucap Adellya sambil memandang wajah Zafran yang
berbaring di sampingnya itu.
“Apa
dia, dear?” Soal Zafran tanpa memandang Adellya. Takut untuk mendengar
‘something’ itu. Takut dia bakal kecewa. Lebih baik dia buat keputusan
awal-awal untuk tidak memandang wajah jelita itu dulu.
“You
still ingat janji yang you buat dengan I pada malam tu if I give you a chance?”
Walaupun perlahan masih dapat didengari oleh Zafran. Jantung mula berdengup
laju.
“Ya..
Yaa. I ingat. But, why?” Soal Zafran dengan perasaan berdebar. Dia masih ingat
kejadian pada malam itu dan juga janji yang telah dia ucapkan.
“You
betul-betul akan tunaikan janji-janji tu kalau I give you that chance?” Laju
Zafran bangun dari pembaringannya dan memandang wajah jelita itu. Bergurau?
Tak. Wajah itu langsung tidak ada tanda-tanda bergurau. Dan akhirnya. Senyuman
bahagia terlakar di wajah mereka berdua.
Bersambung...
*Sorry kerana telah menyepikan diri terlalu lama di dalam gua yang sangat indah. Haha. Sorry sangat-sangat tau. By the way, thanks sebab still setia dengan Sya. Love ya!
Comments
Post a Comment