Skip to main content

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan 2

2

Bagaikan mahu pecah dadanya saat terdengar bicara Hareez dan ayahnya itu. Kenapa? Kenapa Hareez berubah sampai macam tu sekali? Mana perginya cinta dan kasih sayang Hareez padanya selama ini? Sudah hilangkah semua itu setelah berjumpa dengan Eleena? Sungguh istimewa gadis itu sehingga Hareez yang dulu sangat cintakan dirinya berubah sebegini. Sanggup kembali ke tanah air hanya semata-mata untuk berpisah dengannya. Ya Allah. Dugaan apakah ini?

Adellya menyeka air matanya dengan kasar dan menuruni anak tangga menuju ke arah Hareez berdiri.

“Kenapa, Hareez? Kenapa?”

Diam.

“Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? 3 tahun saya menunggu awak tanpa jemu. Tanpa lelah. Menunggu awa
k pulang ke pangkuan saya, Hareez. Dan bila awak pulang, ini yang saya dapat sebagai balasannya?”

“Adel…” Panggil Puan Iman. Sayu hatinya melihat Adellya menangis tersesak-esak sebegitu. Apalah nasib menantunya itu.

“Apa salah saya? Apa kurangnya saya dan apa lebihnya perempuan tu?”

“Dia ada nama. Her name is Eleena, Adel.” Ucap Hareez perlahan.

“I don’t care what her name. What I care is, mana perginya cinta awak terhadap saya, Hareez? Where is it?” Bentak Adellya.

“Adellya!” Tengking Hareez.

Semua yang berada di situ terkejut dengan tengkingan Hareez. Termasuk diri Hareez sendiri. Yalah. Sebelum ini mana pernah dia meninggikan suaranya terhadap Adellya. Walaupun ketika mereka bergaduh dulu. Dan sekarang? Hanya sekelip mata sahaja, Hareez dan pandai menengking isterinya itu? Sebak hati Adellya.

“I’m so sorry. I don’t meant to... I just… Erghh!” Hareez berlalu pergi meninggalkan rumah tersebut.

“Hareez. Hareez! Please don’t leave me! Hareez!” Jerit Adellya sambil mengejar langkah suaminya itu. Namun, belum sempat dia sampai ke muka pintu, dia jatuh rebah ke lantai. Sesaat dia terdengar namanya di panggil. Dunianya menjadi gelap.

*******************************************

“Adellya sayang. Mari makan. Ibu ada bawakan breakfast ni.” Kata Puan Iman dan duduknya di labuhkan di birai katil.

Adellya hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.  Dia tiada selera untuk makan. Apa yang dia mahukan hanyalah suami dia, Hareez. Tapi, kemanakah lelaki itu? Dari semalam dia menunggu lelaki itu pulang tetapi, hampa. Lelaki itu tidak pulang sampai sekarang. 
Hmm.

“Adel. Adel kena makan sayang. Adel tak boleh macam ni.” Sayu hati Puan Iman melihat Adellya sebegini. Mana menantunya yang ceria, periang? Yang suka buat orang ketewa gembira setiap hari itu?

“Ibu, Adel nak Hareez ma. Adel nak Hareez. Mana dia, bu? Mana? Kenapa dia tinggalkan Adel? Kenapa?” Rengek Adel. Dia rindukan suami dia. Sejak suami dia pulang, dia tidak sempat untuk bermanja dengan Hareez. Nak kata Hareez sibuk dengan kerja, tidak. Lelaki itu akan mulakan kerjanya pada minggu hadapan. Menipulah kalau kata sibuk dengan kerja. Baru saja pulang, tak akan dah mula bekerja.

‘Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada menantuku ini, Ya Allah.’

“Shuuu. Adel sabar ya, sayang. Nanti Hareez pulang. Adel jangan macam ni, nak. Ibu tak sanggup tengok Adel macam ni. Adel kena kuat, sayang.” Puan Iman menarik Adellya ke dalam pelukkannya. Berusaha memujuk satu-satunya menantunya. Dan tetap akan menjadi menantunya sampai bila-bila. Tiada yang lain.

**************************************************************************

“Abang, Hareez tak ada call abang ke?” Soal Puan Iman kepada suaminya.

“Hmm. Tak ada.” Encik Hisyam mengeluh perlahan. Entah mana perginya anaknya itu. Sudah hampir 2 minggu, masih tidak pulang.

“Saya risaulah, bang. Adel tu, dah tak nak keluar dari bilik. Makan pun tak sampai 5 suap. Lepas tu, asyik menangis merenung dekat balkoni bilik tu.” Adu Puan Iman.

“Awak dah pujuk si Adel tu?” Soal Encik Hisyam pula.

“Dah. Banyak kali dah saya pujuk. Dia tetap macam tu jugak. Saya dah buntu nak buat apa lagi dah. Dah hilang seri dalam rumah ni, bang. Ingatkan lepas Hareez balik, semakin bertambah serinya. Tapi, lain pula yang jadi.” Kesal Puan Iman.

“Hmm, abang pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. Hareez tu pun satu. Apa lagi yang dicarinya? Tak cukup lagi ke si Adel tu? Nak cari yang lain buat apa?” Lalu Encik Hisyam bangkit dari duduknya. Memegang dahinya. Pening memikirkan masalah rumah tangga anaknya itu.

“Man, abang rasa.. abang dah gagal jalankan amanah yang Abang Nal dan Kak Za tinggalkan pada abang. Abang gagal bahagiakan Adel.”

“Bang. Abang jangan cakap macam tu. Saya pasti yang Abang Nal dan Kak Za tak salahkan abang. Semua ni bukan salah abang. Bukan Adel atau orang lain. Ini takdir, bang.” Pujuk Puan Iman. Dia tahu suaminya itu kecewa denagan apa yang terjadi. Namun, apa ang dapat mereka lakukan? Menyalahkan takdir? Tidak  mungkin. Dia pasti, mesti ada hikmah di sebalik semua kejadian ini.

Adellya adalah anak tunggal kepada sahabat karibnya, Encik Zainal dan Puan Anza. Mereka adalah sahabat dari kecil. Namun, ajal menjemput mereka berdua di saat Adel berusia 8 tahun. Mereka terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Adellya pula di tinggalka bersama dia dan isterinya. Dan Encik Zainal telah meninggalkan amanah kepadanya. Dia masih ingat kata-kata Encik Zainal sebelum bertolak ke Terengganu atas urusan kerja.

‘Syam, Abang Nal tinggalkan Adel, ya. Dan kalau ditakdirkan Abang Nal dan Anza pergi dulu, tolong.. tolong jagakan Adel. Anggap dia macam anak Syam sendiri, ya? Didik dia. Dan berikan kebahagiaan kepadanya. Hanya Syam yang Abang percaya.’

Dia fikir itu hanyalah sekadar gurauaan. Tapi, apabila dia mendapat panggilan daripada pihak polis, baru dia sedar. Itu bukan sekadar kata-kata. Tapi amanah untuknya. Dan sekarang, dia gagal menjalankan amanah tersebut.

‘Ya Allah! Aku dah gagal. Abang Nal, maafkan Syam, bang. Syam gagal berikan kebahagiaan pada Adel. Salah Syam sebab setuju kahwinkan mereka berdua dulu.’ Rintih Encik Hisyam dalam hati. Dia meraup wajahnya dengan linangan air mata.

Bersambung...

*Hye guys. I'm so sorry. Lambat update. Busy sangat dengan assignment. Exam. Event. So, tak sempat nak update. InsyaAllah, this holiday Sya akan update the next part and story. So please leave a comment. Loveya! :*

Comments

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter...

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...