Hye my readers! Here we are. Sya ade cerita baru. Tak tahu best ke tak. Try bace dulu ye. By the way, Eliya Elias tu, Sya perlukan sedikit masa untuk mengumpul idea-idea supaya Sya dapat sambung cerita tu.
Then, kepada yang tekan button 'Langsung Tak Best' tu, I'm so sorry sebab tak dapat buat cerita Eliya Elias untuk awak. But, InsyaAllah, Sya akan berusaha lagi untuk buat cerita ini best bagi awak. And pada masa tu, Sya harap awak akan tekan button 'Best Sangat' Thanks sebab bagi respon, dear whoever you are ;)
Here we go Setia Itu Menykitkan!
1
Selepas
3 tahun, akhirnya. Inilah hari yang dia
nanti-nantikan. Adellya memandang skrin besar yang terpampang di hadapannya
itu. Dia ingin tahu sama ada pesawat yang membawa si dia sudah mendarat atau
belum. Seketika, dia terdengar pengumuman bahawa pesawat dari London itu sudah
selamat mendarat. Dia tersenyum lebar. Teruja untuk berjumpa empat mata dengan
si dia setelah 3 tahun tidak bertemu. Beberapa saat kemudian, dia mengerutkan
dahinya. Ibu angkatnya, Puan Iman memandang anak yang dijaganya sejak bayi itu
dengan aneh. Dah kenapa pulak ni? Kerana risau, cepat tangannya mencuit bahu
Encik Hisyam, suaminya itu.
“Kenapa?”
Soal Encik Hisyam dengan riak blur.
“Adel, kenapa ni?” Soal Puan Iman risau. Dia memandang Encik Hisyam. Yelah. Takut
anaknya itu sakit ke. Apa ke. Adellya bukannya pandai nak maklumkan pada
sesiapa yang dia tengah sakit ke a pa ke. Semuanya dia pendam.
“Adel,
rasa macam nak…”
“Nak apa sayang? Cuba beritahu ibu.” Gesa Puan Iman.
“Adel?
Kenapa ini?” Giliran Encik Hisyam pulak bertanya. Dah kenapa dengan anak
gadisnya ni?
“Adel rasa macam nak pergi toilet lah, ibu.” Sengih Adellya.
“Ya
Allah! Budak ni. Suka sangat buat orang risaukan.” Marah Puan Iman lalu menepuk
bahu Adellya pelahan. Tergelak Encik Hisyam dengan gelagat anak angkatnya itu.
“Dah,
pergi cepat. Nervous lah tu.” Usik Puan Iman.
Adellya
hanya tersengih dan berlalu pergi menuju ke tandas yang berhampiran.
****************************************
“Ibu, ayah!” Jerit seorang lelaki.
Encik
Hisyam dan Puan Iman tercari-cari wajah yang menjerit itu tadi. Selepas
ternampak wajah yang di carinya muncul, senyuman mula terhias di wajah pasangan
suami isteri itu.
“Hareez.”
Panggil Puan Iman dengan sebak. Mana taknya. Sudah 3 tahun anak tunggalnya itu
pergi bekerja di London. Bekerja untuk memnuhi permintaan sebagai seorang pilot.
Dan selama 3 tahun itu jugalah dia tidak balik kerana sibuk dengan pekerjaannya
itu.
Mereka
saling berpelukkan. Melepaskan rindu yang sudah lama terpendam itu. Akhirnya,
anak mereka sudah pulang ke pangkuan mereka.
“Rindunya
ibu dengan kamu, Reez.” Ucap Puan Iman sambil mengucup wajah anaknya itu. Encik
Hisyam hanya tersenyum melihat gelagak isterinya itu.
“Reez
pun rindukan ibu dan ayah. Rindu sangat.” Balas Hareez dengan memeluk ibu dan
ayahnya kejap.
“Kalau
dah tahu rindu, kenapa tak rajinkan diri balik sini? Jeguk ibu dan ayah?” Laju
Puan Iman menyembur anaknya itu selepas pelukkan mereka dirungkai.
“Ala,
ibu ni. Kan Reez dah cakap. Reez busy dengan kerja, bu. Lagipun, tiket flight
kan mahal. Manalah Reez nak cekau duit nak beli tiket tu.” Jawab Hareez. Kalau
ibunya dah membuka mulut, hah. Ayahnya pun boleh terdiam.
“Eh,
kamu tu kan pilot. Free je kan kalau nak terbang ke sini kalau kamu yang
terbangkan. Ah. Macam ibu tak kenal kamu ni, Reez. 28 tahun ibu besarkan kamu.
Kamu ni memang pandai cari alasan. Kalau malas tu cakap je lah malas. Bukannya
susah.” Puan Iman menjeling anaknya itu.
“Hah,
lupa pulak nak kenalkan ibu dan ayah dengan seseorang.” Tersenyum lebar Hareez.
Sudah lama dia menunggu saat ini.
“Siapa,
Reez? Kawan Reez ke?” Terjungkit kedua-dua belah kening Encik Hisyam. Siapa
pulak manusia yang Hareez nak kenalkan pada mereka ini?
“Kejap
eh. Leena!” Jerit Hareez memanggil seseorang.
Puan
Iman berpandangan dengan suaminya itu. Siapa pulak gadis yang berjalan menuju
ke arah mereka itu? Jangan-jangan? Ya Allah! Hareez jangan cari pasal, nak.
Bisik hati Puan Iman.
“Ibu,
ayah. Ni, Hareez kenalkan. Eleena. My special one.” Hareez memperkenalkan gadis
yang berdiri di sebelahnya itu kepada ibu dan ayahnya. Sebenarnya, cuak juga
dia dengan reaksi Puan Iman dan Encik Hisyam.
“What?!”
Mereka
berempat mengalihkan pandangan pada gerangan yang tiba-tiba menjerit itu. Ya
Allah! Lupa pulak dia pada Adellya. Macam mana ni? Kata hati Puan Iman.
**********************************
Encik Hisyam mengeluh perlahan. Dia memandang anak lelakinya itu dengan
pandangan tajam.
“Sekarang
ni, macam mana?” Soal Encik Hisyam tegas.
Hanya
dia dan anaknya saja di ruang tamu itu. Eleena sudah pulang ke rumah orang
tuanya. Bagus juga kalau gadis itu tidak ada di sini. Dia tidak berapa gemar
akan gadis itu. Sombong. Berlagak. Isterinya pula, masih di atas sedang memujuk
anak mereka seorang lagi.
“Macam
mana, apa?” Selamba saja Hareez menjawab pertanyaan ayahnya itu.
“Hareez.
Sebelum kamu buat keputusan nak bercinta dengan Eleena, kamu tak fikir ke,
siapa yang sedang menunggu kamu di sini?” Encik Hisyam geram dengan sikap anak
lelakinya ini. Senang dia je nak ambil sambil lewa mengenai hal ini.
Hareez
faham apa yang ayahnya mahu bincangkan. Tapi, dia tidak berminat mahu
berbincang mengenai soal itu.
“Siapa
yang Reez perlu fikirkan?”
“Adellya,
Reez. Adellya. Isteri kamu yang sah. Yang kamu kahwin 4 tahun dulu.” Encik
Hisyam kembali bertenang. Dia perlu bertenang untuk menguruskan sikap anak
lelakinya ini.
“Reez,
Adel. Dia menunggu kamu dah 3 tahun. Kenapa kamu sanggup buat dia macam tu,
Reez? Masa kamu di sana, apa kamu lupa
yang kamu masih ada seorang isteri di sini? Hah?” Sambung Encik Hisyam apabila
Hareez hanya mendiamkan dirinya.
“Ayah.
Reez cintakan Leena, yah.”
“Ohh.
Kamu cintakan Eleena. Habis tu, isteri kamu pulak macam mana? Apa kamu dah lupa
macam mana kamu melutut, merayu dengan ayah dan ibu supaya kahwinkan kamu
dengan Adel 4 tahun yang lalu? Kamu paksa Adel untuk terima kamu. Kamu pujuk
kami suruh buat Adel terima kamu. Dan, sekarang. Bila dia dah dapat terima
kamu, sayang kamu, cintakan kamu, sanggup kamu buat dia macam ni pulak? Eh,
Hareez. Kamu tahu tak? Seminggu selepas kamu pergi tinggalkan dia. Dia demam
panas. Sebab apa? Sebab dia rindukan kamu. Suami dia. Suami yang dia cinta.
Yang dia sayang.” Kata Encik Hisyam. Dia yang menjadi saksi di mana Adellya
menangis.Terseksa sebab rindukan Hareez.
“Ayah, itu
dulu. 4 tahun yang lalu. Sekarang, Reez dah tak cintakan dia lagi ayah. Hanya
Eleena di hati Reez. Apa yang Reez nak ada dalam diri Eleena. Dan semua tu tak
ada dalam diri Adel. Dan tujuaan Reez balik sebenarnya ada sebab. Reez dah buat
keputusan. Reez nak berpisah dengan Adellya.”
“Hareez!”
Encik
Hisyam dan Hareez memandang Puan Iman yang berdiri di atas tangga dengan riak
yang marah. Selepas itu, Hareez perasan seseorang berdiri di belakang ibunya.
Adellya! Gadis itu hanya berdiri terkaku dengan wajah yang pucat. Mungkin dia
sudah dengar bicara Hareez sebentar tadi. Hareez hanya terdiam. Terkaku seperti
isterinya itu.
Bersambung…
So,
how? Sekarang, Sya tengah berusaha cari idea untuk siapkan semua cerita cerita
ni semua. So, harap bersabar ye sayang-sayangku semua. Teruslah setia bersama
Sya Mohammad. Acececeh! Haha! Muahhh! ;*
cepat2 smbung ye. hehe ^_^
ReplyDeletekeep writing. :)
insyaAllah. Dalam proses. Thanks sebab sudi bace ;'D
Delete