Skip to main content

CERPEN; Kau Curang 4

Part 4

Keesokkan harinya, Fathia dikejutkan dengan satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Dia hanya membiarkan panggilan itu tanpa menjawabnya. Dia tidak berapa gemar untuk menjawab panggilan daripada nombor yang dia tidak kenal. Tapi pemanggil itu masih tidak berputus asa. Dalam keadaan terpaksa, Fathia menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum.” Jawab pemanggil yang tidak dikenali itu.

“Waalaikumussalam.” Balas Fathia. Walaupun dia tidak kenal, dia wajib menjawab salam itu.

“Can I speak to Miss Fathia?” Tanya pemanggil tersebut.

“Before that, may I know who is this?” Soalan dibalas dengan
soalan. Saja dia tidak mahu menjawab soalan pemanggil itu. Sebelum dia jawab, baik dia tahu siapa pemanggil itu dahulu.

“Opss, sorry. This is Emir.” Jawab panggil itu.

“Emir?” Terkejut Fathia apabila pemanggil yang menelefon dia adalah Emir, bekas kekasihnya masa di sekolah menengah dulu. Bekas kekasih merangkap teman baik suaminya.

“Thia? Are you still there?” Tanya Emir apabila dia dapat mengecam suara milik Fathia. Dia rindukan suara Fathia.

“Ermm, ya, ya. I’m here. Sorry. Thia terkejut sebab tiba-tiba je dapat panggilan daripada Emir.”

“Ohh, sorry sebab Emir tiba-tiba je call Thia.”

“Ada apa Emir call Thia ni? And mana dapat nombor Thia ni?”
Rasanya last dia jumpa dengan Emir masa dia bersanding dengan Hakimi. Tu pun 2 tahun yang lalu. Dan dia rasa dia tak pernah bagi nombor telefon dia pada Emir selepas dia berpisah dengan Emir dulu. Selepas Emir pergi tinggalkan dia, dia terus menukar nombor telefonnya. Sebab masa tu dia dah bersama Hakimi.

“Mana Emir dapat nombor Thia, semua tu tak penting. Yang penting sekarang tujuan Emir telefon Thia.” Terubat rindu dia apabila mendengar suara Fathia. Walaupun Fathia adalah isteri Hakimi, dia masih cintakan Fathia. Hatinya masih penuh dengan nama Fathia.

“Can we meet?” Sambung Emir lagi.

“Meet? For what?” Nak jumpa? Untuk apa? Dia agak kekok untuk berjumpa dengan Emir setelah beberapa tahun tidak bertemu.

“I have something to discuss with you. And Emir rasa tak sesuai untuk dibualkan dalam telefon. We have to meet, Thia.” Pujuk Emir. Dia tahu Fathia tidak akan mahu berjumpa dengannya kerana Fathia sekarang adalah isteri orang. Isteri kepada teman baiknya sendiri.

“Hmm, okay. Kita nak jumpa kat mana?” Tanya Fathia. Apa salahnya dia berjumpa dengan Emir. Sekarang dia hanya menganggap Emir sebagai seorang kawan dan juga abang. Sebab jejaka itu lebih tua daripada dia.

“Nanti Emir text Thia balik.” Senang hati Emir apabila Fathia setuju untu berjumpa dengannya.

“Okay. I got to go. Assalamualaikum.”

“Okay. Waalaikumussalam.”

Beberapa minit kemudian dia dapat mesej daripada Emir.

‘We meet at your favourite cafĂ©. Lunch nanti kita jumpa. See ya.’ - Emir

‘Okay. I’ll be there’ - Fathia
____________________________________________

Seperti yang dijanjikan, Emir dan Fathia berjumpa di café Starbucks, One Utama. Pada waktu lunch. Fathia melangkah ke dalam café tersebut. Tempat yang penuh bersejarah itu. Tempat dimana di lamar sebagai teman wanita Emir dan tempat perpisahan mereka berdua. Banyak kenangan yang dilakarkan bersama dengan Emir.

Anak mata Fathia meliar ke sekeliling café tersebut untuk mencari gerangan yang mahu berjumpa dengannya itu. Mata dia dapat menangkap satu susuk tubuh yang amat dia kenal itu. Di café kegemaraan dia. Di meja kegemaraan dia. Kenangan lama mula terbayang di mindanya. Arghh! Kenapa kenangan-kenangan itu mesti bermain di mindanya lagi?

Dia tidak mahu membua jejaka itu menunggu dia dengan lama. Laju sepasang kakinya melangkah ke arah meja tersebut. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengan Emir.

“Assalamualaikum, Emir, Dah lama tunggu?” Tegur Fathia.

“Waalaikumussalam. Tak. Emir baru je sampai.”

“Thia, this is your favourite. Chocolate ice. Like usually.” Ucap Emir sambil menghulurkan air itu pada Fathia.

“Emir still ingat my favourite?” Tanya Fathia sambil menyambut huluran Emir.

“Yes, all about you. Termasuk cafĂ© ni, tempat duduk ni and that chocolate ice.” Jawab Emir.

“Ohh. Hmm, so ada apa Emir nak jumpa deng Thia ni? Macam penting je samoai tak boleh nak cakap kat phone.” Fathia mula menukar topik apabila dia dapat merasakan bahawa Emir mula mahu mengingati kisah-kisah lama di antara mereka.

“Hmm, do you happy with Hakimi?”

Terkejut Fathia apabila Emir menanyakan soalan sebegitu. Apa Emir tahu bahawa Hakimi tengah menduakan dirinya? Nak jawab ya atau tak?

“Err.. Ya.. I’m happy now. Why?”

“I know you’re not, Thia. Kenapa Thia mesti tipu Emir?” Emir kecewa apabila Fathia tidak mahu berterus terang dengannya.

“Err.. I’m not lying. Thia tak tipu Emir. Thia betul-betul bahagia sekarang.” Tipu Fathia.

Emir mengeluh perlahan apabila Fathia masih mahu menipunya.

“Thia. Tell me the truth. Kimi dah lukakan hati Thia, right?”

Tersentap Fathia apabila Hakimi tanya soalan sebegitu. Apa yang 
Emir tahu tentang rumah tangga dia dan Hakimi?

“What do you mean? Apa yang Kimi dah ceritakan pada Emir?”

“Semuanya. Pasal dia duakan Thia. Pasal pertunangan dia dengan perempuan tu. And I know that girl, kawan baik Thia kan? Suraya, right?”

Semalaman dia memerah kepala otaknya untuk mencari siapa kawan baik Fathia. AKhirnya dia dapat tahu. Fathia hanya ada seorang kawan baik. Siapa lagi kalau bukan Suraya. Mereka bertiga satu sekolah dulu. Dan dia hanya tahu Fathia cuma rapat dengan seorang perempuan saja. Tu pun dengan Suraya je.

Air mata mula mengalir di pipi Fathia. Dia tidak sangka Emir akan dapat tahu tentang hal ini. Dia cuba menepis air mata itu tapi usahanya gagal apabila air mata itu tidak mahu berhenti. Terus mengalir di pipinya.

Terkejut Emir apabila melihat air mata mengalir di pipi gebu Fathia. Perasaan bersalah mula hadir dalam diri dia. Dia tak patut tanya Fathia dengan soalan macam ni. Nal-nak Fathia sekarang tengah mengandung.

“Thia, Emir mintak maaf. Emir tak patut tanya Thia dengan soalan macam ni. Emir…”

“Kenapa Kimi buat Thia macam ni? Apa salah Thia? Thia ni tak cukup baik ke untuk jadi isteri dia?” Fathia memotong percakapan Emir.

“No. Thia dah cukup baik buat Kimi. Kimi tu aje yang buta. Tak cukup dengan satu. Bagi Emir, Thia dah cukup sempurna untuk menjadi seorang isteri. Kimi memang tak tahu nak menghargai Thia.” Pujuk Emir apabila Fathia masih teresak-esak. Malah, makin menjadi-jadi.

“Apa yang Thia perlu buat Emir? Hati Thia terluka sangat.”

“Emir dah nasihatkan Kimi, but… entahlah Emir sendiri tak faham dengan Kimi tu.” Eh, ada ke dia nasihatkan si Hakimi tu? Bagi amaran adalah. Eh, sama je tu.

“Hmm, so how baby?” Emir menukar topik. Dia tidak mahu perjumpaan di antara mereka berakhir sebegini.

Hampir satu jam mereka berbual-bual. Daripada masalah rumah tangga Fathia hingga ke baby dalam kandungan Fathia itu. Setelah berbual-bual, Fathia meminta diri untuk pulang. Dia tidak kuat untuk berlama-lama dengan Emir. Cukuplah untuk hari ini saja.

“Kalau ada apa-apa, just give me a call . I’ll be there for you.”


Hanya itu yang Emir pesan sebelum dia meninggalkan café tersebut.

bersambung...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 9

9 Fathia dan Suraya memandang Hakimi yang berdiri di muka pintu rumah mereka. “Bieee. Isteri you tiba-tiba je tampar muka I.” Meleret suara Suraya yang meminta simpati daripada Hakimi. Fathia pula meluat melihat lakonan perempuan itu. “Apa yang kau dah buat ni, hah? Kenapa kau tampar dia?” Soal Hakimi dengan nada kasar. Dia mengusap lembut pipi Suraya. Terkejut Fathia dengan perubahan mendadak daripada Hakimi itu. Sebelum ini, bukan main lagi memujuknya sekarang? Disebabkan perempuan ini, Hakimi sanggup memarahinya lagi? “Kalau perempuan murahan ni tak kurang ajar dengan saya, saya tak akan tampar dia.” Sembur Fathia. Dia sudah tidak kisah kalau Hakimi mahu memarahinya. Hatinya saat ini, sudah tawar untuk berbaik dengan Hakimi. Baru saja dia mahu menerima Hakimi kembali saat melihat Hakimi memujuknya, tapi apabila muncul perempuan ini, Hakimi berubah. “Kau panggil dia apa?” Soal Hakimi tidak berpuas hati. “Perempuan murahan!” Pang!! Suraya ter...