Part II
Hakimi
terkejut. Ternyata isterinya kawan baik Suraya, tunangnya. Pucat wajah itu.
Terkejut barangkali.
“Su,
ini tunang kau?” Fathia berpura-pura tidak mengenal Hakimi. Dia hanya terenyum
hambar apabila Suraya merangkul erat lengan Hakimi. Air mata yang ingin
mengalir di tahan.
“Bie,
ini Fathia. Kawan baik sayang dari sekolah menengah lagi tau. Thia, inilah
Haris yang aku cakap kat kau tu.” Suraya senyum bahagia sambil memperkenalkan
Hakimi kepada Fathia.
Hakimi
hanya mendiamkan diri semasa Suraya berbual dengan isterinya. Dia hanya
memandang wajah pucat isterinya. ‘Sakitkah dia?’ Rasa bersalah menyelubungi
dirinya. Dia hanya membiarkan Suraya memeluk lengannya. Dan Fathia hanya
mendiamkan diri. Tidak ada wajah marah, cemburu hanya ada riak kecewa dan
pucat.
“Su,
aku balik dulu. Dah lewat ni.” Fathia mengalihkan matanya saat suaminya
memandang ke arahnya. Tidak mahu memandang muka lelaki itu.
“Nak
balik dah?”
Fathia
hanya mengangguk kan kepalanya. Dia berpelukan dengan Suraya lalu berpaling
menuju ke kereta Mini Cooper pemberian arwah papanya. Masuk saja ke dalam
kereta, air mata yang cuba di tahanya tadi, akhirnya jatuh mengalir di pipi
nya.
“Kenapa
dengan Fathia tu?” Hakimi tidak lepas memandang isterinya. Dia bimbang
kalau-kalau isterinya itu buat sesuatu di luar jangkaannya.
“She’s
pregnant” Kata Suraya sambil tersenyum manis ke arah Hakimi.
“What?
Pregnant?” Terkejut Hakimi mendengarnya. ‘Thia mengandung? Ya Allah!”
_________________________________________________________________________________
“Kenapa
abang buat Thia macam ni? Apa salah Thia? Abang curang dengan Thia. Thia benci
abang.” Fathia memukul stereng keretanya lalu menghembamkan wajahnya di stereng
kereta. Beberapa minit kemudian, dia menghidupkan keretanya lalu memandu ke
tempat yang boleh membuatkan dia lebih tenang.
_________________________________________________________________________________
Sudah
2 jam Hakimi pulang tapi dari tadi kereta Mini Cooper milik Fathia tiada di
porch rumah mereka.
“Thia,
where are you, sayang?” Hakimi menelefon Fathia tetapi gagal.
“Thia<
please pick up my call, sayang.” Hakimi duduk di sofa lalu meraup wajahnya. Dia
menyesal kerana curang. Dia betul-betul rasa bersalah. Dia risaukan keadaan
Fathia dan kandungan yang di bawa.
Fathia
tidak pernah pulang lewat macam ni. Walaupun dia berkecil hati dengan Hakimi.
“Argghh! Mesti Thia marahkan aku! Thia, baliklaa. Abang mintak maaf.”
_________________________________________________________________________________
Tepat
pukul 12 tengah malam, kereta Fathia kedengaran. Cepat-cepat Hakimi menyambut
Fathia di depan muka pintu.
“Thia,
Thia pergi mana ni?” Hakimi memandang wajah milik isterinya. Kelihatan mata
Fathia sembap. Fathia menangis.
Fathia
tidak menghiraukan Hakimu lalu memanjat anak tangga. Belum sempat memanjat anak
tangga yang ketiga, Hakimi memegang tangan Fathia dengan lembut.
“Thia,
sayang pergi mana? Kenapa tak angkat abang call?” Hakimi bertanya dengan lembut.
Tidak mahu melukakan hati isterinya lagi.
“Thia,
abang nak cakap sesuatu dengan Thia ni. Pasal kita and that baby. Thia pregnant
kan? Kenapa tak beritahu abang?” Hakimi tersenyum gembira apabila menyebut
perkataan ‘pregnant’.
Fathia
merentap tanganya.
“Saya
penat. Saya nak tidur. Tak ada apa yang perlu kita cakap kan. And
about this
baby, saya dah call awak. Awak busy kan. Phone tak aktif. Busy dengan tunang
kot, kan?” Fathia tersenyum sinis lalu meninggalkan Hakimi di atas tangga.
Hakimi
terkedu di atas tangga. ‘Saya? Awak?’ Hakimi terduduk di atas tangga. Dia
meraup wajahnya dan mengeluh kecil.
Fathia
bersandar di pintu bilik tidur miliknya dan Hakimi. Air mata mengalir laju di
pipi gebunya. “Thia benci abang!”
_________________________________________________________________________________
Halimi
cuba membuka pintu bilik tidurnya tetapi gagal. Fathia mengunci pintu itu dari
dalam. Hakimi negetuk pintu itu dengan perlahan. “Thia. Thia. Buka pintu ni.
Abang nak tidur.”
Fathia
masih tidak menyahut. “Thia. Fathia. Sayang, buka lah pintu ni.”
Fathia
membuka pintu sambil memisat-misat matanya.
“Awak
nak apa?”
“Kenapa
kunci pintu? Abang nak tidurlah.”
“Kalau
nak tidur, pergi jelah. Tak payah ganggu saya.” Fathia ingin menutup pintu itu
kembali tetapi gagal apabila Hakimi menahan pintu itu dengan tanganny.
“Thia,
inikan bilik kita. So, abang kena lah tidur dalam bilik ni.”
Fathia
membuka pintu lalu keluar dari bilik itu. Belum sempat Fathia melangkah, Hakimi
menarik tangan isterinya dengan lembut.
“Sayang
nak pergi mana ni?”
“Tidur
lah. Tak akan terjun bangunan plak.” Fathia merentap tangannya tetapi gagal.
‘“Hakimi,
lepaslah.”
“Sayang
nak tidur kat mana? Inikan bilik kita. Abang nak tidur dengan sayang.”
“Selama
ni, okey je tidur sesorang. Kenapa malam ni nak tidur dengan saya?”
“Thia,
please.” Hakimi berharap agar Fathia ingin tidur dengannya. Dia betul-betul
rindukan isterinya.
“Hakimi,
please jangan paksa saya. Saya penat. Saya tak ada mood!” Suara Fathia mula
meninggi. Dia tahu berdosa meninggikan suaranya dengan suamianya, tetapi Hakimi
betul-betul hancurkan hati dia.
“Okey,
abang tak akan paksa Thia. Thia tidur la dalam bilik ni, abang tidur bilik
tetamu.”
Fathia
berjalan masuk ke dalam biliknya, lalu menutup rapat pintu biliknya. Hakimi
terdiam. Hakimi mengeluh kecil. ‘Thia betul-betul marahkan abang.’
_________________________________________________________________________________
Pagi
itu, Hakimi tidak pergi kerja. Dia ingin memujuk Fathia. Dia memandang ke arah
isterinya yang sedang membaca buku mengenai ibu mengandung. Dia melabuhkan
punggungnya lalu merangkul pinggang Fathia.
Fathia
menepis tangan Hakimi lalu menjarakkan dirinya dengan Hakimi. Hakimi kembali
merapatkan dirinya dengan isterinya.
“Awak
nak apa? Jangan rapat boleh tak? Saya rimas.” Fathia menolak lembut badan
Hakimi.
“Sayang,
kenapa ni? Masih marahkan abang pasal semalam?”
Diam.
“Sayang,
abang mintak maaf.”
Sepi.
Hakimi
mengeluh kecil. Dia tidak tahu macam mana lagi ingin memujuk Fathia.
Tiba-tiba,
“Kenapa
awak buat saya macam ni?” Fathia menahan sebak di dada.
“Awak
dah tak sayang kan saya?”
“Thia,
abang bukan,”
“Abang
masih cintakan Suaraya?”
Hakimi
terkejut dengan pertanyaan isterinya. Hakimi diam.
“Awak
diam maknanya, betul la. Awak cintakan Suraya.” Fathia menangis.
‘Sampai hati
abang.”
“Sayang,
abang,”
“Jangan
panggil saya sayang, kalau awak sayangkan orang lain.” Fathia bangun lalu
meninggalkan Hakimi seorang diri di sofa.
Hakimi
terkedu.
Bersambung...
#lambat update sebab nak habiskan MN: MSG XD Selamat membaca! ;*
Comments
Post a Comment