Hey, hey! This is my first CERPEN! Sya tak tahu korang suke atau tak but bace dulu, okay? Then, leave a comment! Semue comment korang, Sya terime dengan hati terbuka. :)
Part 1
“Hmm, mane abang
ni tak balik-balik lagi ni?” Fathia menunggu suaminya pulang sejak petang tadi.
“Dah pukul 1 pagi dah ni.” Fathia mengeluh pelahan. Dia betul-betul sunyi
apabila ketiadaan suaminya. Kalau lah ada anak.
Sudah 2 tahun mereka berkahwin, mereka belum tiada rezeki untuk
menimang cahaya mata. Ibu mentuanya selalu menghina dirinya. Kata dirinya
mandul tidak boleh mengandung. Bukan dia nak, dia pun inginkan seorang anak.
Tapi belum ada rezeki. Fathia hanya mampu berdoa. Tanpa dia meminta, air mata
mengalir pelahan-lahan di pipi gebu milik Fathia. Dia terlelap di atas sofa.
_______________________________________________________________________________
Kereta BMW milik
Hakimi memasuki perkarangan rumah banglo miliknya. Dia mengeluh. Kalau lah ada
anak. Tidak perlu dia balik lewat macam ni.
Hakimi membuka pintu
rumahnya. Alangkah terkejut apabila terpandang isterinya sedang nyenyak tidur
di atas sofa. ‘Mesti Fathia tunggu aku balik.’ Hakimi melangkah perlahan-lahan
menuju ke arah Fathia. Tidak mahu Fathia terjaga.
Hakimi duduk di
tepi sofa lalu mengelus perlahan rambut milik Fathia. ‘Sayang, abang mintak
maaf. Abang sayangkan sayang. Abang tak nak sayang menderita lagi sebab anak.’
Hakimi mengucup lembut bibir mungil milik isterinya.
Fathia terjaga. Terkejut dia melihat suaminya di hadapan dia. “Eh, abang dah lama abang balik? Mintak maaf. Thia terlelap tadi masa tunggu abang. Lewat abang balik. Banyak kerja?” Fathia menyalami tangan Hakimi.
Hakimi sebak
dengan layanan Fathia. Kalau lah Fathia tahu apa yang dia sudah lakukan
terhadap isterinya, adakah Fathia akan tinggalkan dia? Fathia terlalu baik
untuk di lakukan seperti itu. Fathia jaga makan pakai dia. Layanan Fathia tidak
pernah cacat celanya. Semuanya sempurna. Cuma, dia inginkan seorang anak. Anak dari benihnya.
“Hey, abang
kenapa ni? Abang penat? Abang dah makan? Thia ada masak makanan kegemaraan
abang. Abang nak makan? Thia panaskan. Abang pergi mandi dulu. Lepas tu kita
makan.”
“Abang dah makan
tadi dengan kawan abang. Thia tak makan lagi?”
Terkejut Fathia. Dia menunggu suaminya untuk makan bersama. Sudah lama dia tidak makan bersama suaminya. Suaminya selalu outstation. Hmm. Fathia menggelengkan kepalanya. “Belum, Thia ingatkan nak makan dengan abang hari ni. Thia dah lama tak makan dengan abang.”
Hakimi rasa
bersalah apabila terpandang wajah isterinya yang berubah kelihatan mendung.
“Dah berapa kali abang cakap. Kalau Thia nak makan Thia makan jangan tunggu abang. Nanti sakit siapa yang susah? Abang juga.”
“Dah berapa kali abang cakap. Kalau Thia nak makan Thia makan jangan tunggu abang. Nanti sakit siapa yang susah? Abang juga.”
Terkejut Fathia mendengar suara
suaminya yang tinggi. Suaminya tidak
pernah meninggikan suaranya. Fathia cuba menahan air mata yang ingin mengalir.
Dia menunduk kan wajahnya.
“Thia mintak
maaf. Sepatutnya Thia call abang dulu. Hmm, Thia mengantuk. Thia tidur dulu.
Selamat malam.” Laju Fathia bangun dari sofa lalu memanjat tangga. Sampai di
bilik tidurnya, air mata yang ditahan laju keluar dari matanya.
‘Arghhh! Bodohnya
aku. Yang aku pergi tengking isteri aku tu kenapa?! Dia tunggu aku nak makan
sama-sama tapi aku pergi marah-marah dia plak. Mesti dia terasa dengan aku.’
____________________________________________________________________________
Hakimi menapak ke
bilik tidurnya. Dia terpandang susuk tubuh Fathia terbaring di atas katil
mereka. Dah sebulan dia tidak ‘bersama’ Fathia. Bukannya Fathia tidak mahu tapi
dia sendiri tidak mahu. ‘Arhh. Kalau bersama pun bukannya dapat anak. Tetap tak
jugak.’ Dia menghempas pintu biliknya lalu menuju ke bilik tetamu. Dia mahu
tidur di bilik tetamu.
Fathia menangis
teresak-esak. ‘Sampai hati abang. Dah sebulan kita tak tidur bersama. Abang dah
berubah. Abang dah tak macam dulu.’ Fathia memeluk erat batal Hakimi. Bagaikan
dia memeluk Hakimi. Dia betul-betul rindukan Hakimi.
____________________________________________________________________________
Keesokkan hari,
Fathia bertemu dengan kawan baiknya, Suraya. Mereka makan tengah hari bersama
kerana Hakimi tidak akan pulang pada tengah hari itu.
“Su, aku dah tak
tahu nak buat apa lagi. Bukannya aku yang mintak tak nak anak. Tapi belum ada rezeki lagi. Kimi
betul-betul dah berubah sekarang.”
Suraya menarik tanga sahabatnya lalu
mengelus lembut tangan itu.
“Thia, kau kena
banyak bersabar. Mesti Kimi ada masalah dekat pejabat.”
“Masalah pejabat?
Kitorang dah berjanji. Masalah pejabat tak akan
buat balik kat rumah. Dulu, masalah pejabat jugak, tapi dia tetap layan
aku dengan baik. Tapi sekarang, jangan kan nak ‘bersama’ aku, tidur sekatil pun
dah tak nak.”
Terkejut Suraya
mendengar. “Are you serious?” “Yes, I’m. Dah nak dekat sebulan dah kitorang tak
tidur sekatil. Dia selalu tidur dalam bilik tetamu. Aku rindukan dia. Aku tak
nak kehilangan dia. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi kecuali dia. Mama dan papa
dah lama tinggalkan aku.”
“Kau sabar, Thia.
Satu hari nanti, Allah akan makbulkan doa kau, Thia. Kau banyakkan berdoa.
InsyaAllah, Allah akan bantu kau. Kau
jangan nangis macam ni, dah tak cute dah aku tengok. Lap air mata kau
tu.” Suraya menghulurkan tisu kepada Fathia. ‘Kesian kau Thia. Kimi tak patut
buat kau macam ni.’
“Oh ya, next
week, aku nak kenalkan kau dekat fiancée aku.”
“Fiancee? Kau dah
bertunang? Bila? Sampai hati tak beritahu aku.” Terkejut Fathia mendengar.
“Kitorang baru
lagi bertunang. Tunang pun tiba-tiba. Aku tak sempat nak jemput kau dengan
kawan-kawan yang lain. Family aku je yang tahu. And kau sorang je kawan aku
yang tahu. Aku tunang dah dekat sebulan dah.”
“Oh really? Siapa
tunang kau? Congratulations, Su. Handsome tak tunang kau? Dia atau suami aku lagi
yang handsome?” Fathia mengangkat kedua-dua belah keningnya.
“Eh, kau ingat
tak Haris yang aku cerita kat kau dulu. Haris yang kitorang putus sebab dia nak
kat orang lain. Btw, aku tak pernah jumpa suami kau pun. Macam mana aku nak
tahu. Nanti aku kenalkan kau. Next week. Kau jangan tak datang pulak. Kita
jumpa kat sini jugak.” Suraya begitu bersemangat untuk perkenalkan tunangnya
kepada Fathia.
“Ooo. Haris yang
tu. Dah tu kekasih dia macam mana? Okey, aku janji. Kat sini, next week. Okey. Aku
happy bila kau happy, Su.”
“Kekasih dia aku
tak tahu. Tapi dia cakap, dorang dah berpisah dah.”
“ooo.” Fathia
hanya menganggukan kepalanya saja.
____________________________________________________________________________
Fathia tersenyum
melihat kereta BMW milik suaminya terparking di bawah porch rumahnya.
“Assalamualaikum.”
“Lewat Thia
balik.” Tiada secalit senyuman pun di wajah Hakimi. Yang ada wajah yang masam.
“Thia kan dah
beritahu abang, Thia pergi jumpa kawan Thia. Kebetulan dia ada kat KL.” Fathia melabuhkan
punggungnya di sebelah suaminya. Dia mengucup pipi suaminya. Lama. Dia
betul-betul rindukan suaminya.
Hakimi bangun
dari kedudukan lalu berjalan menuju ke dapur. Fathia kecewa dengan layanan
dingin Hakimi. Fathia mengekori Hakimi ke dapur.
“Abang, next week
Thia nak keluar dengan kawan Thia, boleh?” Fathia sedikit takut kerana Hakimi
masih dalam keadaan marah.
“Pergilah. Next
week abang tak ada. Outstation.” Hakimi menuangkan air ke dalam gelas.
“Berapa hari
abang nak pergi?” ‘Abang nak tinggalkan Thia lagi?’ Fathia mengeluh pelahan.
“Ermm, maybe 3
days.”
“Ooo. Nanti Thia
kemaskan pakaian abang.”
“Abang nak keluar
sekejap. Nak jumpa kawan.” Belum sempat Fathia membalas percakapan Hakimi,
hakimi telah menghilangkan diri di dalam kereta.
Setitik air mata
turun laju dari pipi gebu Fathia. “Abang, Thia rindukan abang.”
____________________________________________________________________________
Fathia rasa kepalanya
di hempap batu. Sakit sangat. Hari ni, Suraya nak kenalkan tunang dia kat
Fathia. Dan, kelmarin Hakimi pergi outstation. Hm, terpaksa pergi klinik laa
jawabnya.
Fathia cuba bangun
untuk ke bilik air dengan berhati-hati. Selesai mandi Fathia bersiap untuk
pergi ke klinik. Dia sudah tidak tahan dengan sakit yang di hadapinya.
____________________________________________________________________________
“Tahniah, puan.
Puan mengandung 3 minggu.” Fathia terkejut mendengar ucapan dari mulut doctor
muda di hadapannya. “Men..gan..dung?” Air mata Fathia mengalir perlahan.
Akhirnya, Allah makbulkan doanya.
“Ya, puan. Boleh
saya berjumpa dengan suami puan?”
“Suami? Maaf,
suami saya outstation.”
“Ooo. Kalau macam
tu. Temu janji seterusnya, saya nak jumpa dengan dia, ya puan.”
“InsyaAllah.”
Setelah mendengar
penerangan dari doctor muda itu, Fathia segera menelefon suaminya, tetapi
panggilan tidak di jawab. ‘Meeting kot’
Fathiah memandu
kereta dengan berhati-hati. Dia menuju ke café tempat dia berjanji dengan
Suraya.
____________________________________________________________________________
“Suraya!” Fathia
memeluk Suraya dengan gembira.
“Kau kenapa ni,
Thia? Hakimi marahkan kau lagi ke?” Terkejut Suraya apabila melihat Fathia
menangis di dalam pelukannya.
“Tak.” Fathia
melepaskan pelukannya.
“Habis tu?”
Suraya mengerutkan dahinya.
“I’m pregnant!”
Lalu Fathia memeluk Suraya. Bertapa gembiranya dia.
“Alhamdulillah!
Thia, akhirnya Allah makbulkan doa kau! Dah berapa bulan?”
“3 weeks” sambil
menunjukkan 3 jarinya.
“Aku tumpang
gembira. Nanti aku dapat anak buah baru. So, hubby kau dah tahu?”
Fathia mengeluh
perlahan. “Dia outstation.”
“Kau tak call
dia?”
“Tak angkat. Busy
kot. Nanti la aku call dia. So, where is your fiancée?” Fathia
menukar topic.
Tidak mahu pertemuan mereka bertukar menjadi hambar.
“Haris tengah
cari parking. Nanti dia datang.”
Semasa Fathia dan
Suraya berbual, seorang lelaki datang menegur mereka.
“Sayang?”
Fathia terkejut.
Dia kenal dengan suara garau itu. Fathia mengangkat wajahnya. Lalu wajah lelaki
itu di pandangnya. ‘Abang!’
Bersambung...
So, how? Sorry kalau cerita ni tak memuaskan hati korang semua. Please, leave a comment! Thank you! :)
Sambung lh lgi. Best sgt ����
ReplyDelete