Skip to main content

CERPEN: Maafkan Aku, Sayang! I


Satu

Alangkah terkejutnya sebaik saja dia membuka pintu rumahnya terdapat seorang lelaki yang satu ketika dulu menghalaunya keluar dari rumah. Cepat-cepat dia menutup pintu tetapi tangan lelaki itu lebih pantas bertindak.

“Awak? Macam mana awak…” Qaseh bertindak seperti biasa sedangkan dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu bertapa terkejutnya dia melihat lelaki itu.

“Sayang, merata tempat abang cari sayang. Rupa-rupanya dekat sini sayang sembunyi. I miss you like crazy, tau tak.” Raffe meraih tangan wanita dihadapannya tetapi Qaseh menepis dengan kasar.

“Apa awak panggil saya? Sayang?” Naik geli Qaseh mendengar perkataan itu. Qaseh tersenyum sinis. “Raffe, dahlah. Baik awak balik. Saya tak nak nanti jiran-jiran saya salah faham plak.”

“Kenapa plak? I’m your husband. Kenapa dorang nak sibuk plak? Tak salah kan suami nak jumpa dengan isterinya.” Sekali lagi Raffe cuba untuk meraih tangan Qaseh tetapi gagal.

“Raffe, please. Baliklah.” Qaseh menutup pintu tetapi di halang oleh Raffe. “ Sayang, what’s wrong with you? Huh?” Raffe mendekatkan dirinya dengan Qaseh. Qaseh cepat-cepat masuk dan duduk di sofa di ruang tamu rumahnya.

“Raffe, apa lagi yang awak nak? Tak cukup lagi ke luka yang awak hadiahkan untuk saya?” Raffe terpana dengan kata-kata yang keluar dari bibir mungil itu. Tetapi dia tidak menyalahkan Qaseh. Ini semua salah dia. Dia perlu membetulkan semuanya.

“Sayang, I’m very sorry. Abang, tahu abang salah. Abang dah lukakan hati sayang. Abang datang ni sebab abang nak mintak maaf dan please, balik pada abang, ya sayang?” Raffe melutut di depan Qaseh.

Qaseh merengus dengan kasar. “Saya dah lama maafkan awak. Tapi, untuk balik pada awak, maaf, saya tak boleh. Hati saya dah tertutup untuk lelaki macam awak, Raffe.” Qaseh memandang ke arah lain. Dia tidak sanggup untuk menatap muka lelaki di hadapannya sekarang. Bukannya dia tidak sayang lelaki itu, tetapi dia tidak mahu hatinya terluka lagi. Cukup lah dua kali hatinya sakit disebabkan lelaki yang dia cintai.

“Sayang dah tak sayangkan abang? Dah tak cintakan abang? Please, answer me. Jangan diam macam ni.” Raffe mengelus lembut pipi Qaseh. Qaseh memandang muka Raffe. Muka dia tetap macam dulu, handsome. Mata dia berwarna biru. Mata itu yang membuatkan Qaseh tidak senang duduk. Tetapi, muka dia kelihatan cengkung. Kenapa? Tidak sihatkah lelaki ini?

“Sayang,” Qaseh terkejut dari lamunan apabila dia terasa pipinya dikucup. Hangat. Qaseh menyentuh pipinya. Raffe tersenyum. Arghh, Qaseh tetap macam dulu. Kenapa dia bodoh sangat dulu. Menghalau Qaseh.

Cepat-cepat Qaseh sedar. “Raffe, awak jangan berani nak ambik kesempatan. Nanti saya menjerit.” Qaseh takut dia tidak dapat mengawal dirinya. Sumpah dia rindukan belaian daripada seorang suami. Dia rindukan pelukan daripada lelaki itu. Sungguh!

Qaseh bangun dari sofa lalu berlari memanjat tangga dan menuju ke biliknya.

 Raffe mengejar Qaseh dari belakang. Dia tidak akan berputus asa. Dia akan berusaha untuk mendapatkan Qaseh. Qaseh belum sempat menutup pintu biliknya Raffe mendahului dan menghalang pintu.

“Sayang, abang merayu dengan sayang. Please berikan abang satu lagi peluang. Abang janji, abang tak akan sia-siakan sayang. Tak akan.” Raffe menyeka air mata yang mengalir di pipi Qaseh. Dia tidak mahu air mata itu mengalir lagi di pipi isterinya. Dia menarik Qaseh ke dalam pelukannya. Raffe tersenyum apabila Qaseh tidak menghalang perbuatannya. Raffe mengucup dahi Qaseh. Lama bibirnya mendarat di 
dahi isterinya.


Qaseh terpana dengan tindakan Raffe. Dia hanya membiarkan Raffe mengucup mukanya. Dia mula terleka dengan belaian daripada seorang suami. Dia rela. Raffe berhak ke atas dirinya. Raffe menarik Qaseh ke katil. Malam itu, berlaku lah hubungan suami isteri di antara mereka. Raffe tersenyum bahagia. 

Bersambung...


*sorry kalau tak best. :) Sila tinggalkan comment anda.

Comments

  1. Replies
    1. Thanks :) InsyaAllah, masa akan datang Sya akan sambung. Just wait and see, okey ;)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CERPEN: Kau Curang 8

8 Seminggu Fathia ditempatkan di wad. Hari ini, dia dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia rindukan rumah dia. Pergerakan dia terbatas bila dia tinggal di hospital. Seminggu dia di hospital, seminggu tu jugalah Emir datang melawat Fathia walaupun sudah beberapa kali dilarang oleh Hakimi. Emir tetap menebalkan mukanya untuk datang. Fathia hanya membiarkan Emir. Dia langsung tidak melarang. Seminggu dia di hospital seminggu itu jugalah Suraya tidak datang menziarahi dia. Dia tidak tahu kenapa Suraya sanggup memfitnah dia. Dan Hakimi, selama beberapa tahun dia bersama dengan suaminya, lelaki itu masih tidak mempercayainya. Dia tidak akan sanggup mencederakan sesiapa. Dia tidak kejam untuk mencederakan orang lain. Walaupun orang itu menyakiti hati dia. Hakimi pula, sepanjang dia dihospital lelaki itu tidak pernah meninggalkan dia keseorangan kecuali ketika dia mahu solat atau mandi. Walaupun sudah beberapa kali Fathia menghalau lelaki itu pergi, Hakimi tetap berkeras. Fathia jadi ...

CERPEN: Kau Curang 10 LAST!

10 “Aku terima nikah Nur Fathia binti Ahmad Farid dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.” “Sah?” “Sah.” “Sah.” Sekali lafaz, berwalikan hakim, kini Fathia telah menjadi hak milik Emir. Fathia langsung tidak menyangka bahawa cinta pertamanya dulu kini telah menjadi suaminya. Dan dengan izinNya akan menjadi cinta terakhirnya. Amin. Emir pula, perempuan yang dia cintai dulu dan pernah menjadi isteri kepada kawan baiknya dulu telah menjadi isterinya kini. Syukur Alhamdulillah. Sungguh dia tidak sangka doanya suatu ketika dulu telah dimakbulkan. Sangkanya perkahwinan Fathia dan Emir akan berterusan hingga ke Jannah. Namun, masa depan tiada siapa yang tahu. Tapi dia berdoa agar Allah kekalkan perkahwinannya dan Fathia hingga ke Jannah. Amin! ************************************* Saat Fathia dan Emir sibuk melayan tetamu yang hadir mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Fathia hanya berlagak biasa. Dia tidak mahu menunjukkan rasa terkejutnya itu. ...

CERPEN: Kau Curang 3

Part III Hakimi menyediakan sarapan buat mereka suami isteri. Memandangkan Fathia masih marahkan dirinya, Hakimi bercadang untuk memujuk hati Fathia dengan memasak makanan kesukaan Fathia, Nasi Goreng Kampung buatan Hakimi. Selepas dia siap menyediakan sarapan, dia memanjat anak tangga untuk mengajak Fathia makan. Sepatutnya awal-awal lagi Fathia turun. Kerana kebiasaannya Fathia yang akan menyediakan sarapan sebelum Hakimi bertolak ke tempat kerja. Semasa Hakimi memanjat satu persatu anak tangga, hatinya mula berasa sesuatu. Berdebar-debar. Setibanya dia dhadapan pintu bilik utama mereka, Hakimi mengetuk daun pintu tersebut. “Sayang, jom sarapan dengan abang. Abang ada buatkan makanan kesukaan sayang. Nasi Goreng Kampung.” Sunyi. Hati Hakimi mula berasa tidak sedap. Sekali lagi dia mengetuk pintu dan memanggil nama Fathia. “Sayang. Fathia. Sayang dah bangun ke belum ni?” Sepi. “Sayang, abang tahu sayang still marahkan abang sebab abang dah lukakan hati...