Skip to main content

Posts

WATTPAD

Assalamaualaikum and hai, readers! Ehem, ehem. Dah lama rasanya Sya tak update dekat blog ni kan? Dah dekat setahun kalau tak silap? Am I right? Haha. Firstly, Sya nak mintak maaf dekat semua reader. Sya tak akan aktif selalu dekat sini. Sya sekarang aktif dekat Wattpad sebab lagi senang Sya nak post my stories.  But, insyaAllah dekat sini pun Sya akan post jugak cuma tak selalu. Dan dekat Wattpad Sya ada story baru. So, kalau korang free you guys can go to my acc  SyaMohammad Sya baru je habis sem 4 bulan April hari tu. Tunggu nak masuk sem 5. Uitm kan sekarang tengah cuti 5 bulan. Study yang boleh habis tahun 2017, terpaksa habis next year. Erghhh! Entah apa apa Uitm ni. So, tanam anggur di rumah sajalah selama 5 bulan ni. Masa memang banyak. Cuma, jari jemari ni berat nak menaip. Idea memang banyak. But, sekali dah buka laptop duduk depan laptop nak start menaip tu, pufff! Idea tetiba je lari macam tu je. Geram tahu tak geram! Terus rasa nak give up menaip.  Bila difikir
Recent posts

KEMAAFAN YANG DIPINTA 4

4 Kaki melangkah turun tangga perlahan-lahan. Mata meliar mencari bayang Datin Farida. Terdengar bunyi bising dari arah dapur, kaki terus meluru ke sana.  "Assalamualaikum, Papa, Ma." Tegur Syafa dengan senyuman. "Waalaikumussalam, Syaf. Come, join us." Ajak mertuanya. Tangan menarik kerusi dan punggung dilabuhkan. "Erm, Rayqal tak balik ke semalam?" Soal Datuk Rahim. Mata memandang Syafa. "Tak, pa." Jawab Syafa perlahan. Tidak sangka soalan itu yang ditanya mertuanya. "Yang, Rayqal tak datang pagi ni ke?" Datuk Rahim menyoal isterinya pula. "Tak, bang. Saya call dia tadi, dia cakap dia breakfast dekat office terus. Tak sempat nak datang sini." Tak sempat atau tak nak tengok muka aku? Soal hati kecil Syafa. Bukannya dia tak tahu kalau suaminya itu mengelak dari berjumpa dengan dia. Kalau macam nilah keadaan mereka berdua, sempat ke nak mintak maaf daripada Rayqal? "Erm, Papa, Mama." Panggil Syafa

KEMAAFAN YANG DIPINTA 3

3 “Saya nak bercerai dengan awak. Saya langsung tak sayangkan awak, Rayqal. Apatah lagi cintakan awak. Tolong, Rayqal. Ceraikan saya. Kalau kita teruskan perkahwinan ini, kita berdua tak akan bahagia. Please.” Suara itu hilang apabila dia dikejutkan dengan suara perempuan lain. Dia memandang di sekelilignya sebelum memandang wajah di depannya itu. “Sayang, you menungkan apa tu? Dari tadi I bercakap, you buat tak tahu je. Kenapa ni? Ada problem ke?” Soal Anna dengan lembut lantas memegang tangan Rayqal yang berada di atas meja itu. “Nothing.” Sepatah jawapan yang keluar dari mulut Rayqal itu membuatkan Anna tidak berpuas hati. “Ish! Siapa I pada you sebenarnya, Rayqal?” Soal Anna geram. “Hey, apasal you soal I macam tu?” Terhenti jarinya yang tadi sibuk bermain dengan sudu. “Dah tu, kalau you anggap I ni sebahagian daripada hidup you, you kenalah share problems yang you hadapi dengan I. Jangan simpan sorang-sorang. Apa gunanya I ni kalau tak boleh nak bant

KEMAAFAN YANG DIPINTA 2

2 “Mama!” Rayqal menjerit sambil menuruni anak tangga. “Mama! Papa!” “Kenapa Rayqal?” Soal Datuk Rahim. Tersedak dia yang tengah meneguk minuman di dapur. Terkejut dengan jeritan anak lelakinya itu. Dah kenapa pulak anaknya ini? “Kenapa Qal? Kenapa pucat wajah kamu ni? Macam nampak hantu je?” Soal Datin Farida pula. Dia dah menjangka reaksi Rayqal setelah melihat kejutan tersebut. “What’s this, mama? Papa? Can you please explain to me what’s going on here?” Kalau inilah kejutan yang mamanya mahu tunjukkan padanya. Ya, memang dia terkejut. Sangat. Sangat! “Terangkan apa, Qal?” “Mama. Inikan kejutan yang mama nak kasi tahu Qal? Perempuan tu? Apa ni, mama?” Marah Rayqal. “Qal, dia dah balik. Orang yang kita tunggu selama ni dah balik, Qal.” Sayu suara Datin Farida. “Ma, mama tahu kan yang Qal tak suka kalau perempuan tu muncul. Why suddenly? Why? Apa lagi yang dia nak?” Wajahnya diraup dengan kasar. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Syafa Aqira akan

KEMAAFAN YANG DIPINTA 1

1 “Kak.” Syafa Aqira berpaling saat adik perempuannya, Syifa Aqila memanggilnya. Beg pakaiannya sudah selamat di letakkan di dalam bonet teksi. Dia sudah siap sedia untuk pergi. “Ya?” “Kak Syaf betul-betul nak pergi ke?” Soal Syifa dengan ragu-ragu. “Kak Syaf perlu pergi, sayang.” Jawab Syafa dengan tenang. Dia menarik tangan Syifa dan mengenggamnya dengan penuh kasih sayang. “Kak. Syifa takut kalau mereka dah tak nak terima akak lagi. Syifa takut kak.” “Syifa, insyaAllah, mereka akan terima akak. Syifa doakan ya. Dan semasa ketiadaan akak, Syifa tolong tengokkan mak. Nanti, bila tiba masanya, akak akan balik. Akak akan selalu call Syifa. InsyaAllah. Doakan akak bahagia.” Pinta Syafa dengan sebak. Sebak mula mencengkam dada Syifa. Dia sedih mendengar permintaan kakaknya itu. Hanya Syafa Aqira yang dia punya dan maknya. Ayah sudah lama pergi tinggalkan mereka kerana menghidap penyakit kanser. Dia mengucup tangan kakaknya. “Kak, Syifa sentiasa doakan ak

Result.

Assalamualaikum and hai to my readers. 13 November 2015, Jumaat. Result final exam keluar. Tepat pukul 12:00 pagi duk bertahan depan laptop sebab nak tahu result. Berdebar tu tak payah cakap laa. Macam nak terkeluar jantung ni haaa. Takut cuak semua ade bercampur jadi sayu meletup kebaboooom! Alhamdulillah! Tak sia sia duk tunggu depan laptop hampir 1 jam. My result, lulus semua walaupun tak dapat dekan, still bersyukur. Daa lulus tu pun, daa bersyukur gile.  Thanks kepade yang doakan kejayaan Sya :* XOXO, Sya!

Imaginasi.

Assalamualaikum and hai to my lovely readers. Imaginasi. Ade orang cakap, novel, cerpen semua cerita cerita dalam blog semua macam tak logik akal je. Kuat sangat imaginasi korang semua. Yaaa, memang imaginasi kami terlampau kuat, terlampau tinggi sampai kadang kadang fikirkan balik, macam tak boleh nak terima langsung. That's why, ia di namakan CERITA. Nak harapkan apa yang kita impikan akan terjadi dalam dunia nyata memang taklah kan. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Di sebabkan kami tak mampu nak jadikan ia nyata, kami jadikan ia sebagai cerita yang di buat oleh kami sendiri. Hanya itu yang dapat membuatkan hati kami sebagai seorang penulis novel and cerpen puas. Korang tengok plak cerita aksi sekarang. Avenger, Transformers, Ninja Turtles and seangkatan dengannya. Kalau di fikirkan balik, wujud ke semua benda tu? Tak kan? It's imagination, right? Sama jugak dengan kami punya. Tapi, kami punya version lembut, romantik, cinta, sedih. It's just imaginatio